BAB 28

143 12 0
                                    

"Yein-ah, jebal. Sayang saya, bukan? Tolonglah saya~" kelihatan Yuju cuba merayu kepada Sunyoul mengenai sesuatu. Sunyoul menghela nafasnya. Ingin menolak tetapi berasa kasihan terhadap yeoja chingunya. "Tapi, awak tak rasa yang ini mengganggu Kogyeol?" Soal Sunyoul.

Yuju berfikir sejenak. Bimbang pula jika rancangannya itu menyusahkan Kogyeol. Sowon pula memang tiada masalah. "Bukankah syarikat awak akan diberikan tempoh yang lama untuk bercuti?" tanya Yuju. Fikirnya, rancangan ini akan dilaksanakan pada hari raya Chuseok yang akan menjelma.

"Boleh tak kalau kita pulang dulu? Saya akan tanya Kogyeol nanti. Bimbang kalau pengurus awak sedar yang awak tiada di asrama." Ujar Sunyoul pula. Dia tidak pasti sama ada rancangan Yuju itu berjaya maka dia perlu mempertimbangkan dahulu dengan meminta pendapat Kogyeol.

"Ahhh~ Gomawoyo, Sunyoul-ssi. Ni yang membuatkan saya sayang awak sejak dulu lagi." Yuju memeluk Sunyoul. Sempat pula mereka keluar pada waktu malam tanpa pengetahuan pengurus mereka. Mereka juga memakai topeng bagi mengelakkan sesiapa menjejaki mereka berdua di situ. Bimbang jika hubungan mereka tersebar.

---------------------------------------------------

Jinhoo meminta anak-anak buahnya berkumpul di ruang tamu bagi menyampaikan maklumat yang penting. Dengan segera, semua ahli berlari-lari ke ruang tamu. Mereka duduk membentuk satu bulatan. "Okay, tadi pengurus dah beritahu hyung tentang cuti sempena hari raya Chuseok yang akan datang."

Kelihatan semua ahli-ahli amat teruja mendengarnya. Mereka amat menunggu saat-saat ini kerana dalam karier mereka, jarang sekali mereka dapat pulang ke kampung halaman dan luangkan masa bersama keluarga. Ini berpunca daripada jadual mereka yang penuh dengan program muzik dan sebagainya.

"Jadi, berapa lama kita akan bercuti?" tanya Gyujin.

"Kita akan bercuti selama dua minggu."

Semua ahli UP10TION menjerit keriangan. Sunyoul mengambil peluang untuk bertanyakan pada Kogyeol. "Kogyeol, kau akan pulang ke kampung, bukan?" Kogyeol mengangguk bermaksud dia akan pulang ke kampung halamannya untuk bertemu dengan keluarganya.

"Kau akan balik apabila cuti bermula ataupun kau akan balik lambat sedikit?"

"Dalam dua atau tiga hari lepas cuti bermula aku akan balik. Waeyo?" Kogyeol hairan mengapa Sunyoul bertanya begitu. Mungkin Sunyoul ingin menyertainya untuk pulang bersama kerana memang sejak kecil mereka tinggal di kawasan yang sama, fikirnya.

"Aku mahu minta pertolongan kau."

"Tolong apa?"

Sunyoul berbisik sesuatu pada Kogyeol.

"MWO?!"

Serentak dengan itu, semua orang yang berada di situ memandangnya. Kogyeol menutup mulutnya. "Aniya, aniya. Teruskan bergembira." Semua ahli kembali bersembang kosong. Kogyeol pula kembali memandang Sunyoul. "Kau serius? Dia tak boleh balik sendiri?"

"Aku tak pasti tapi aku memang perlukan bantuan kau sekarang. Maaf, pembetulan. Aku dan Yuju perlukan bantuan kau sekarang." Sunyoul sengaja menyebut nama Yuju bagi meyakinkan kata-katanya itu. Kogyeol terdiam sebentar. Adakah dia perlu membantu mereka berdua? Ataupun lupakan sahaja rayuan itu hanya kerana ingin bertemu dengan keluarganya?

"Aku dah berikan nombor telefon dia pada kau. Jadi sekarang hanya kau yang perlu berurusan dengan dia." Nombor telefon... Sowon? Ya, Sowon. Dia perlu membantu Sowon  mencari appanya yang sudah lama menghilangkan diri. Namja paruh baya yang pernah melarangnya menjalinkan hubungan istimewa dengan anak perempuannya.

"Aku cuba. Tapi kalau tak jumpa juga mungkin appa dia dah tiada." Kata-kata Kogyeol membuatkan Sunyoul mengenangkan kisah yang pernah diceritakan oleh Yuju. Sangat perit sekali kisah silam Sowon ketika itu. Apapun, Kogyeol akan menolongnya selepas ini.

"Macam nilah chingu aku."

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now