"Awak masih datang ke fansign kami? Tak sangka awak masih tak mengalah." Ujar Kogyeol sambil tersenyum sinis.
Cheng Xiao ketawa sinis. "Saya tak pernah lupakan awak sejak dulu, Kogyeol. Awak saja yang tak ingin pada saya." Ujarnya. Kogyeol hanya memberikan tandatangan pada album mereka itu tanpa sebarang kata-kata.
Setelah siap tugasnya, dia memulangkan semula album itu pada Cheng Xiao. Kemudian, dia melihat Kuhn di sebelah kanannya yang melayan peminatnya dengan gembira. Manakala Bitto di sebelah kirinya juga sama. Lantas dia bergerak lebih dekat ke arah Cheng Xiao lalu berbisik kepadanya.
"Kau dengar sini. Seberapa banyak kali pun kau datang dalam fansign atau fanmeeting macam ni, aku tetap tak akan kembali pada kau. Sejak Minhyuk hyung tinggalkan Bucheon Highschool, senang-senang saja kau nak kembali pada aku. Kau fikir perbuatan kau pada aku itu perkara kecil? Aku tak akan sesekali maafkan kau walaupun kau melutut pada aku."
Cheng Xiao terdiam mendengar kata-kata Kogyeol. Kogyeol hanya berpura-pura memberikan senyuman manis seolah-olah dia ialah peminat yang paling tegar kepada Kogyeol. Malangnya, Kogyeol sudah mengenalinya terlalu lama. Segala kisah silam yang pahit itu masih tertulis di dalam minda hitamnya.
Cheng Xiao terus bergerak ke hadapan Kuhn untuk mengelak daripada Kogyeol. Nasib baik ketika itu, peminat sebentar tadi sudah beredar dan meninggalkan sebuah kerusi kosong itu untuk Cheng Xiao. Dia menyapa Kuhn seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelumnya.
Kini, Kogyeol sudah menunjukkan belangnya, sudah menyerlahkan kuasanya sebagai seorang namja. Dia tidak boleh mudah kalah dengan yeoja yang sudah memperdayakannya beberapa tahun lalu. Kini, di hatinya hanya tertulis nama seorang yeoja yang amat dirinduinya, Kim So Jung.
-----------------------------------------------------
Sowon mengelap rambutnya yanng masih basah setelah selesai membersihkan dirinya. Tiba-tiba, satu pesanan mesej masuk ke dalam telefonnya. Lalu dicapai telefon pintarnya di atas meja soleknya lantas dibukanya mesej itu.
'Annyeong Sowon-ssi, have you been well? ' Mesej itu dihantar oleh Xi, temannya kini. Xi kini sudah berubah sejak tamat pengajian di sekolah tinggi. Dia juga menyertai ujibakat yang diadakan oleh AQ Entertainment dan dia melepasi ujibakat itu. Xi menyertai kumpulan VAV dan menjadi seorang rapper. Kariernya sebagai artis membuatkan dia lebih rapat dengan Sowon.
'Ohh, annyeong Xi. Saya sihat saja. Awak pula bagaimana?' Sowon membalas mesej itu.
'Saya sihat.'
Mereka bersembang kosong pada malam itu. Sowon pasti Xi sudah berubah sepenuhnya kerana keputusan ujiannya untuk masuk ke universiti lulus hampir semua subjek tetapi dia membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran.
Sowon percaya pada Xi kerana Xi merupakan anak majikan appanya. Tetapi sehingga kini, appanya tidak dapat dijejaki sejak dia meninggalkan Sowon di luar negara. Entah mengapa appanya bertindak sedemikian rupa terhadap anak perempuannya yang tidak bersalah ini.
Kedengaran pintu diketuk dan dipanggil oleh seseorang. "Sowon, kajja kita makan di bawah!" Teriak Yuju dari luar bilik. "Nae!" Sowon pantas meletakkan telefon pintarnya kembali di atas meja solek berwarna biru langit itu. Tanpa menyelesaikan rambutnya yang basah itu, dia terus menuju keluar. Kelihatan Yuju sudah menunggunya.
"Ni mesti borak dengan Xi lagi ni. Cukup-cukuplah kau layan dia tu. Kau tak ingat apa yang dia dah buat pada kau? Baik kau hubungi Kogyeol yang dah lama kau tak jumpa tu, betul tak?" Tanya Yuju.
"Kajja makan." Sowon pantas menarik tangan Yuju tanpa menjawab persoalan Yuju sebentar tadi.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19