BAB 22

121 15 2
                                    

Yuju memimpin Sowon sehingga Sowon duduk di atas sofa di ruang tamu. Yuju juga turut duduk di samping Sowon lalu menggenggam kedua-dua tangan sahabatnya itu. Seolah-olah Yuju sedang memberi kekuatan bagi menggantikan kesedihan yang ditanggung.

"Sowon, kwenchanhayo? Waeyo? Dari tadi aku tengok kau belum berhenti menangis lagi." Pertanyaan Yuju dibiarkan tidak berjawab. Yuju menarik Sowon ke dalam pelukannya lalu menepuk-nepuk perlahan belakang badan Sowon. Yuju tahu pasti sesuatu perkara telah berlaku hingga menyebabkan Sowon menjadi begini.

Dia cuba mengingat kembali. Sowon ada memberitahunya untuk meluangkan masa bersama Kogyeol selepas waktu sekolah. Dan sebelum dia mendapati Sowon keseorangan di padang sebentar tadi, dia sempat melihat Kogyeol berlari dan melintasinya. Dia pula tidak sempat menanyakan pada Kogyeol mengapa dia tiba-tiba sahaja berlari.

"Sowon, hajima. Esok kau dah nak pergi sana, kan? Tak naklah tengok kau sedih-sedih macam ni. Nanti aku pula yang sedih. Aku dah tak sempat jumpa kau besok." Yuju menggosok pula belakang badan Sowon. "Aku nak lupakan dia, Yuju. Aku tak mahu jumpa dia lagi." Yuju melepaskan pelukan itu.

"Apa kau mengarut ni? Siapa dia? Jangan cakap yang dia tu..."

"Kogyeol." Kata-kata Yuju pantas dipotong Sowon. "Nae, aku nak lupakan dia. Dia pun kata dah tak akan jumpa aku lagi." Sowon mengesat air matanya. Tangannya mencapai telefon pintarnya dari dalam begnya. Lalu kad nombornya dikeluarkan dari telefon itu dan ia terus dipatahkan.

Yuju hanya memandang apa yang dilakukan Sowon. "Kau rasa apa yang kau buat ni betul? Tak semestinya apa yang dia kata tu betul. Mungkin dia tak dapat kawal perasaan kecewa dia." Sowon menuju ke bakul sampah yang berada di dapur lalu membuang kad nombor yang dipatahkan tadi. Lalu dia kembali semula ke ruang tamu.

"Tak perlu. Apa yang dia cakap semua betul. Appa aku tak restu hubungan aku dengan dia. Jadi, mungkin kami tidak dilahirkan untuk satu sama lain." kata Sowon perlahan. Satu idea mula muncul di minda Yuju. Pantas tangannya menyambut laju telefon yang berada di tangan Sowon. "Yahh!"

Sowon cuba mencapainya tetapi gagal. Yuju membuka gambar yang tersimpan di dalam galeri Sowon. Ternyata banyak gambar kenangannya bersama Kogyeol. Yuju membuka salah satu daripada gambar itu lalu ditunjukkan kepada Sowon.

"Aku tahu kau akan simpan semua gambar ni. Aku tahu, kau tak akan mudah lupakan dia. Sowon, aku dah lama kenal kau. Ingat tak apa yang kau katakan pada aku dulu? Kau kata kau akan cinta dan sayang cinta pertama kau sepenuh hati. Dan inilah cinta pertama kau, namja yang bernama Go Min Soo yang juga merupakan ketua kau."

Sowon pantas merampas semula telefonnya. "Kau tengok apa yang aku akan buat." Sowon memilih gambar-gambar yang diinginkan. Dan akhirnya dia menekan butang 'padam' lalu serta-merta gambar yang dipilih tadi telah dipadamkan. Dia menunjuk telefonnya di hadapan Yuju. "Tengok. Kosong."

"Kau ego, Sowon. Bila aku fikir semula, perangai kau tak ubah macam dia. Kau dengan dia sama saja di mata aku." Yuju tergelak kecil. Sowon terdiam, baru sedar bahawa dia sedang menonjolkan sikap egonya. Sekelip mata, dia teringat pada Kogyeol. Sememangnya Kogyeol terkenal dengan sikap ego.

Sowon menggelengkan kepalanya. Dia tidak perlu memikirkan Kogyeol jika ingin melupakannya, fikirnya. Tetapi dia tidak tahu mengapa gambaran Kogyeol sentiasa hingga di mindanya. Dia tidak sedar bahawa Yuju sedang memeluknya sekarang.

"Kuat berkhayal betul chingu aku ni. Ini pelukan terakhir sebelum kau pergi." kata Yuju. Sowon membalas pelukan itu. Sekali lagi, dia teringat saat-saat Kogyeol memeluknya dengan manja, dengan penuh kasih sayang. Sangat sukar untuk dia membuang jauh-jauh memori itu.

"Tolong jaga diri kau di sana. Jangan cari namja lain. Tumpukan pada dia seorang saja. Dan... jangan lupakan aku dan Sunyoul." Tidak lupa juga untuk mendoakan kebahagiaan Yuju dan Sunyoul.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now