BAB 26

137 11 3
                                    

"Ko-Kogyeol..."

Kogyeol memerhati sekeliling, bimbang jika ada kru atau ahlinya yang mengetahui mereka berdua di sini. Setelah memastikan tiada sesiapa di situ, perlahan-lahan dia menghampiri Sowon.

"Awak sihat?"

Sowon mengangguk. Sudah lama dia tidak mendengar suara Kogyeol menyapanya. "Awak pula sihat?" Sowon bertanya kembali. "Seperti apa yang awak lihat sekarang. Karier kita sama jadi pasti awak tahu keadaannya macam mana." Ujar Kogyeol dengan tenang.

Tiba-tiba mereka dengar bunyi tapak kaki menghampiri mereka. Mereka mula panik dan cuba untuk mencari tempat bersembunyi. Belum sempat bersembunyi, satu suara menegur mereka.

"Saya sudah agak mereka berdua akan bersemuka. Betul tak, Sunyoul?" Jelas suara itu kepunyaan Yuju. Mereka berdua melihat Kogyeol dan Sowon yang sedang menutup muka masing-masing. "Tak perlulah tutup muka. Ini kami, chingu kamu sejak Bucheon Highschool." Ujar Sunyoul pula.

Kogyeol dan Sowon mengalihkan tangan mereka lantas mengeluh lega. "Awak berdua sejak sekolah tinggi lagi memang tak pernah berubah." Sowon memandang Kogyeol pula. "Awak pun sama." Kogyeol terkejut, tiba-tiba sahaja dia dipersalahkan tanpa sebab. Sama ada Sowon mahu mempermainkannya atau dia benar-benar serius.

"Bergurau saja." Sowon tergelak diikuti Sunyoul dan Yuju.

Sunyoul mengarahkan Sowon dan Yuju kembali ke studio dahulu bagi mengelakkan syak oleh kru produksi. Setelah itu, barulah Sunyoul dan Kogyeol kembali ke studio. Mereka meneruskan aktiviti tarian mereka dan mengakhiri pertemuan mereka dengan kata-kata semangat antara satu sama lain.

-------------------------------------------------

Kogyeol merenung ke luar tingkap di asrama mereka. Ketika itu hanya dia keseorangan di dalam biliknya kerana Kuhn menyertai ahli-ahli yang lain menonton televisyen bersama. Kedengaran pintu diketuk dan dikuak oleh seseorang.

Sunyoul menutup pintu itu kembali lalu melangkah menghampiri Kogyeol. "Kogyeol, buat apa? Nampak macam rindukan seseorang saja." Soal Sunyoul. "Nae, pandai kau teka." Sunyoul ketawa kecil. Dia pasti siapa yang berada di minda chingunya itu. "Itulah kau, siapa suruh tinggalkan dia?"

"Yahh, masa tu aku tak dapat nak kawal diri akulah!" Kogyeol memandang Sunyoul dengan pandangan yang tajam. "Haha, bersabar. Aku gurau saja. Sekarang ni mesti kau nak nombor telefon dia, bukan?"

"Kau ada?"

"Aku boleh mintak daripada Yuju."

"Boleh juga."

Kogyeol berjaya mendapatkan nombor telefon Sowon pada malam itu melalui Sunyoul dan Yuju dan dia amat berterima kasih pada mereka berdua kerana menolongnya. Tetapi dia masih tidak mahu menghantar mesej kepada Sowon lagi kerana dia bimbang jika dia mula berhubung dengan Sowon, dia tidak agak fokus dalam jadualnya.

"Good night. Selamat bermimpi indah malam ni." Ucap Sunyoul kepada Kogyeol.

"Kau keluar dari bilik ni sekarang."

"Aku gurau sajalah."

-------------------------------------------------

UP10TION mengadakan fansign di mana mereka akan bertemu peminat, memberikan tandantangan dan berbual bersama peminat di daerah Gyeongju. Mereka banyak berbual dengan peminat dan peminat bebas menanyakan apa sahaja kepada UP10TION tentang kehidupan harian mereka di asrama.

Kogyeol menunggu peminat yang seterusnya. Datanglah seorang yeoja lalu duduk di hadapannya. Kogyeol amat mengenali yeoja itu. Sudah muak melihat wajahnya sejak sekolah tinggi lagi. Setelah tamat sekolah, yeoja itu menyambung pelajarannya di sebuah universiti dan sehingga kini, dia menjadi peminat tegar kepada Kogyeol serta UP10TION.

"Awak masih datang ke fansign kami? Tak sangka awak masih tak mengalah." Ujar Kogyeol sambil tersenyum sinis.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now