BAB 1

518 43 8
                                    

Sowon menahan tangisan yang keluar dari matanya. "Appa! Jangan... sakit... sakit..." Rayuan Sowon langsung tidak diendahkan oleh appanya. "Tahu sakit? Kenapa masih tidak berubah?! Kamu selalu buat appa sakit hati!" Appanya masih tidak berhenti mendera Sowon dengan penyangkut baju.

Beginilah kehidupan Kim So Jung. Hampir setiap malam dia didera oleh appanya. Sejak ommanya meninggal dunia, dia hanya menjadi hamba kepada appanya sendiri. Memasak, membasuh baju, mengemas rumah, semua dilakukan oleh gadis itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa personaliti appanya berbeza sekali jika mahu dibandingkan ketika ommanya masih ada.

Sowon terus-terusan menangis dalam mengerang kesakitan. Dan appanya masih tidak berhenti mendera anakanya.

--------------------------------------------------------

Sowon masuk ke bilik dengan sedikit sisa tangisan di pipinya. Lalu diduduknya di atas katil. Sowon menyelak sedikit bajunya bagi melihat badannya yang telah disakiti oleh appanya. Sungguh, hampir seluruh badannya merah. "Kalaulah omma masih ada..." dia teringat kenangannya bersama omma dan appanya sewaktu kecil dahulu...

[[[FLASHBACK ON]]]

"Appa! Kenapa omma tidak memasak hari ni? Kenapa tiba-tiba appa pula yang masak?" Tanya Sowon kepada appanya yang sibuk memasak di ruang dapur. "Omma kamu tidak sihat. Appa tengah buatkan bubur untuk omma kamu." Kata appanya. "Omma sakit apa?" Tanya Sowon dengan riak yang sedikit terkejut.

"Omma kamu cuma pening kepala dan batuk. Jangan risau, sayang. Omma kamu tidak apa-apa." Kata appanya sambil tersenyum memandang anaknya itu. "Saya nak pergi tengok omma di dalam bilik, boleh?"

"Pergilah."

Sowon berlari anak menaiki tangga lalu menuju ke bilik omma dan appanya. Dibukanya tombol pintu dengan perlahan supaya tidak mengganggu ommanya. "Omma?" Sowon mendekati ommanya yang terbaring di atas katil. Kelihatan ommanya membuka matanya dengan perlahan lalu mengalihkan pandangannya ke arah anaknya.

"Sojung-ah... " Ommanya tersenyum.

"Omma kwenchanhayo?"

"Kwechanha." Ommanya tersenyum lagi lalu mereka ketawa bersama.

[[[FLASHBACK OFF]]]

Sowon mengesat air matanya lalu merebahkan dirinya di atas katil.

-----------------------------------------------------

Pada keesokan harinya, Sowon masuk ke kelasnya. Dia berjalan ke arah tempat duduknya lalu melabuhkan duduk di situ. Tiba-tiba sahaja mejanya dihentak kuat.

"Hari ni giliran kau, aku sudah penat hampir setiap hari cakap dengan Mrs. Lee." Kata Kogyeol, ketua kelas itu. Sowon sebagai penolongnya hanya menurut kata. Tapi seperti ada sesuatu yang menghairankan fikirannya.

Dibukanya buku catatan harian, memastikan siapa yang perlu memberitahu Mrs. Lee tentang kehadiran kelas. Ternyata ini adalah minggu Kogyeol! Lalu dengan marahnya, Sowon pergi pula ke tempat Kogyeol dan menghentak meja dengan kuat seperti apa yang telah dilakukan oleh Kogyeol padanya sebentar tadi.

"Kau ni dah kenapa? Hentak meja orang suka-suka hati sahaja!" Bentak Kogyeol. "Aku? Aku suka hentak meja orang? Apa yang kau dah buat dengan meja aku tadi? Itu bukan hentak namanya? Sekarang ni... aku nak kau tengok betul-betul. Siapa yang perlu beritahu Mrs. Lee minggu ni?"

Kemarahan Sowon semakin membara apabila Kogyeol mengatakan bahawa dia suka menghentak meja orang lain sesuka hatinya. Sedangkan mejanya dihentak oleh Kogyeol setiap hari.

Sowon melayang-layangkan buku catatannya di hadapan Kogyeol bagi memudahkan Kogyeol melihatnya. "Janganlah terbangkannya. Aku tidak nampak." Kogyeol memegang tangan Sowon bagi memberhentikan 'layangan' buku itu.

'Minggu ni minggu kedua. Aku?!'

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now