"Yuju, perlu balik sekarang. Dah nak petang." kata Sowon seraya melihat jam tangannya. Sudah lama mereka berbual kosong di bilik rawatan Yuju. Jadi dia merancang untuk pulang bagi membersihkan diri. "Cepatnya. Siapa nak jaga aku?"
"Aigoo~ Yuju. Sunyoul ada, kan?" Kogyeol mengusik Yuju membuatkan satu tamparan oleh Sunyoul hinggap di bahunya. "Ah, sakitlah." Kogyeol menggosok bahunya. Jarang sekali dipukul oleh Sunyoul sebegitu rupa. "Kau jagalah dia. Tak mungkin aku nak biarkan Sowon balik seorang diri." kata Kogyeol membuatkan Sowon tersipu-sipu malu.
Yuju yang melihat Sowon mula membuat muka yang menjengkelkan. Dia juga cemburu dengan Sowon. "Eh, sudah-sudsh. Sowon pergilah balik dulu. Biar NAMJA CHINGU kau temankan." Yuju sengaja menekankan perkataan itu, jelas menunjukkan dia cemburu pada pandangan Sowon dan Kogyeol. "Yuju cemburu nampaknya. Tadi Sunyoul dah cemburu, sekarang Yuju pula." kata Kogyeol.
Yuju terkejut. "Nae, aku balik dulu. Esok aku datang lawat kau lepas sekolah." kata Sowon. "Nae, annyeong." Sowon dan Kogyeol menuju ke luar bilik untuk pulang ke rumah. Kini, hanya tinggal Yuju dan Sunyoul dalam bilik itu. Suasana tegang seketika, masing-masing hanya diam seribu kata. Sehinggalah suara Yuju memecahkan suasana yang tegang itu.
"Gomawo, Sun- Sunyoul-ssi..." Ucap Yuju dengan gagap. Walaupun omma mereka merupakan teman rapat dan mereka pula sudah lama mengenali antara satu sama lain, mereka tetap kekok. Sunyoul hairan mengapa Yuju tiba-tiba sahaja berterima kasih padanya. "Eo?" Sunyoul memandang Yuju dengan hairan.
"Gomawo sebab jaga saya ketika omma saya tiada." Kata Yuju, mukanya langsung tidak memandang Sunyoul kerana malu. "Macam tak ikhlas saja." Sunyoul memerli Yuju pula kali ini. "Hmm?"
"Kalau nak berterima kasih sekalipun, biarlah ikhlas. Pandang muka orang yang awak sedang bercakap." jelas Sunyoul. Yuju masih tidak memandang muka Sunyoul. Sunyoul tahu Yuju pasti malu dengannya. Lantas dia bergerak ke hadapan Yuju. Riak wajah Yuju terus terkejut. Sunyoul menundukkan sikit badannya dan wajahnya betul-betul berada di hadapan wajah Yuju.
"Cakaplah." Sunyoul tersenyum. "Go-Goma-woyo..." tergagap Yuju mengucapkannya.
Terdengar pintu bilik itu dikuak oleh seseorang dan ternyata ianya omma Yuju. Sunyoul pantas menarik wajahnya dari terus memandang Yuju. Dia bimbang jika omma Yuju mengesyak sesuatu tentangnya. "Sunyoul-ah, kamu pun ada? Gomawo sebab datang melawat Yuju." kata omma Yuju.
"Nae, kalau tiada apa-apa lagi saya mahu pulang dulu." kata Sunyoul dengan lembut. "Nae, nae. Kamu pulanglah ke rumah. Biar ahjumma saja yang jaga Yuju. Berehat dengan cukup, ya." pesan omma Yuju. Sunyoul lantas mengambil begnya lalu keluar dari bilik itu. Bahagia rasanya apabila mengenangkan peristiwa sebentar tadi, melihat wajah Yuju secara dekat.
-----------------------------------------------------------------------------------
Seminggu telah berlalu, Yuju semakin sembuh dan masih tinggal sehari sebelum dia boleh dikeluarkan dari hospital. Sunyoul semakin yakin untuk impiannya, meluahkan isi hatinya apabila Yuju sudah keluar dari hospital. Kogyeol dan Sowon pula, semakin bahagia dengan hubungan mereka.
Pada hari jumaat, hari terakhir mereka bersekolah pada minggu itu. Kogyeol dan Sowon menjalankan tugas mereka dengan baik sebagai pemimpin kelas itu. Malah hubungan mereka masih tidak tersebar ke seluruh sekolah. Xi kini hanya menjalani kehidupannya seperti biasa, malah dia juga tidak lagi bertegur sapa dengan Sowon setelah kejadian itu. Cheng Xiao? Juga sama seperti Xi, mungkin takut akan amaran Sunyoul kepadanya.
Waktu pulang sudah tiba, mereka mula mengemas barang kita. Setelah Kogyeol siap berkemas, dia mendekati meja Sowon. "Sowonnie~" Sowon memandang wajah Kogyeol yang gembira itu. "Mwoya?" Sowon masih lagi mengemas barangnya. "Esok awak free, kan?" Sowon menutup zip begnya. "Nae, saya free. Kenapa?"
"Jom pergi jalan-jalan."
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19