Yuju cukup membuatnya tersenyum. Tidak hairanlah jika perasaan Sunyoul pada Yuju tidak pernah padam.
---------------------------------------------------------------------------
Yuju berjalan di bahu jalan yang sebelahnya terdapat sebuah taman di mana Sunyoul berada. Jarak Sunyoul dan Yuju tidak jauh tetapi mereka tidak menyedari kehadiran sesama sendiri. "Macam mana mahu lintas jalan? Kenapa banyak sangat kereta malam ni?"
Yuju risau, dia mahu pulang ke rumah dengan segera agar ommanya tidak risau. Maka, dia hanya berdiri di situ sambil menunggu kereta berkurangan. Apabila jalan raya sudah mula renggang, Yuju bersedia untuk melintas jalan.
Yuju melintas jalan tetapi apakan daya, dia tidak menyedari ada sebuah kereta memecut laju ke arahnya. Yuju tidak sempat mengelak apabila melihat cahaya kereta itu semakin lama semakin menghampirinya.
Dia dilanggar kereta itu.
-----------------------------------------------------------------------------
Sunyoul yang mendengar bunyi brek kereta yang kuat memandang ke arah jalan raya. Terdapat kemalangan di sana. Tanpa membuang masa, dia terus berlari ke sana untuk melihat kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke kereta tersebut, dia terkejut.
Yuju sudah terbaring dan tidak sedarkan diri. Kepalanya mengeluarkan darah yang semakin lama semakin banyak. "Sunyoul-ssi. Cepat tolong dia. Telefon ambulans sekarang." kata seorang namja yang berada di sisi Yuju.
Sunyoul hairan. Bagaimana namja itu mengetahui namanya? Apabila melihat wajah namja itu, dia terkejut lagi bercampur perasaan marah. Tetapi apapun, dia perlu menolong Yuju dahulu. Dia terus menelefon ambulans dan menyatakan tempat kemalangan berlaku.
-------------------------------------------------------------------------------
Di hospital
Yuju sudah dimasukkan ke wad kecemasan. Sunyoul dan namja itu menunggu di luar. Hati Sunyoul diselubungi rasa gelisah. Dia bimbang jika apa-apa terjadi pada Yuju di depan matanya. Dia juga masih belum menghubungi ommanya dan Yuju atas apa yang berlaku.
Sunyoul memandang namja itu. "Gyeoul, aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang berlaku tadi." kata Sunyoul. Ya, Gyeoul yang melanggar Yuju. Ketika dia memandu, matanya mula terpejam sedikit demi sedikit kerana mengantuk. Sehinggalah dia tidak sedar, kakinya menekan pedal yang membuatkan keretanya memecut laju.
"Wae? Kenapa aku? Aku tak sengaja nak langgar dia." kata Gyeoul dengan selamba. Dia langsung tidak menyedari kesalahannya. Apa yang dia tahu, dia sukakan Yuju tetapi keselamatan Yuju tidak diendahkannya. Sunyoul menggenggam tangannya dengan kuat.
Dengan pantas Sunyoul menumbuk pipi kiri Gyeoul. Gyeoul jatuh terduduk di lantai. "Geurae, kau boleh balik sekarang." jari telunjuk Sunyoul menunjuk ke arah pintu keluar hospital. Gyeoul terus menggagahkan diri untuk berdiri. Ditujunya ke arah pintu keluar untuk pulang, malas mahu melayan Sunyoul.
Sunyoul mengambil telefonnya untuk menghubungi ommanya dan omma Yuju. Pasti omma Yuju sangat risau kerana anaknya masih belum pulang, begitu juga dengan ommanya.
-------------------------------------------------------------------------------
Sowon masuk ke kelasnya. Tempat Yuju kosong. Dia hairan, Yuju tidak memaklumkannya sebab tidak hadir pada hari ini. Biasanya Yuju akan memaklumkan padanya. Dia mencari ketuanya ataupun sekarang sudah merangkap sebagai namja chingunya. Kogyeol sedang menyelak beberapa kertas kerja.
"Kogyeol, awak tahu mengapa Yuju tidak hadir hari ni?" Kogyeol memandang tempat Yuju. "Mollayo. Cuba awak tanya Sunyoul." Kogyeol sengaja meminta Sowon menanyakan keadaan Yuju pada Sunyoul. Dia tahu Sunyoul sentiasa ambil berat tentang Yuju.
Sowon melangkah ke arah tempat Sunyoul. "Sunyoul, awak tahu mengapa Yuju tidak hadir?" tanya Sowon. Wajah Sunyoul bertukar muram dan ianya disedari Sowon. "Sunyoul, waeyo? Cakaplah apa jadi pada Yuju!" hatinya mula resah, risau jika apa-apa terjadi pada chingunya. "Saya lupa mahu beritahu awak." kata Sunyoul perlahan. "Apa?"
"Yuju... dia kemalangan."
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19