"Jom pergi jalan-jalan." pelawa Kogyeol. Sowon memandang Kogyeol. "Jeongmal?" Kelihatan Sowon amat teruja mendengar pelawaan Kogyeol. Kogyeol mengangguk. "Eodiseo?" Sowon sudah lama tidak pergi bersiar-siar sejak kecil. Sejak ommanya meninggal dunia, appanya langsung tidak menghiraukannya.
"Hmm... Everland?"
"Hehe, gomawo." Sowon tersenyum. Mereka meninggalkan kelas itu setelah memastikan semua lampu dan kipas ditutup. Selalunya memang mereka berdua orang terakhir meninggalkan kelas. Sunyoul sudah pulang dahulu sebelum mereka kerana dia akan menguruskan kepulangan Yuju daripada hospital bersama ommanya.
-------------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, Sowon mendekati appanya yang sedang menikmati kopi. Dia takut untuk bertanyakan sesuatu tetapi dia perlu juga lakukannya. "Appa..."
"Wae?" Appanya langsung tidak memandang wajah anak perempuan yang juga merupakan anak tunggalnya itu. "Esok... Esok saya akan keluar dengan namja..." Sowon dapat menangkap wajah appanya yang mulai berubah apabila dia hampir menyebut perkataan itu. "Esok saya akan keluar dengan chingu saya. Saya akan tinggalkan makanan di atas meja untuk appa."
Appanya tidak memberi sebarang reaksi, malah hanya mengambil telefon pintarnya. "Appa tak kisah pun kamu keluar dengan siapa... pergilah. Itu bukan urusan appa." Kata appanya, selamba. Sowon sedikit kecewa dengan respon yang diberikan oleh appanya. Dia lega jika appanya memberi kebenaran untuk bersiar-siar tetapi appanya tidak mengambil berat langsung terhadap dirinya.
Sowon terus menuju ke biliknya. Dia menghantar satu mesej kepada namja chingunya, Kogyeol.
'Kogyeol, saya akan pergi dengan subway atau awak akan jemput saya di rumah?'
Tidak lama kemudian, satu mesej telah diterima.
'Tak mungkin saya mahu biarkan yeoja chingu saya bersusah-payah. Saya akan jemput awak di rumah. Jumpa esok ^^'
Setelah mesej itu dibaca, dia lantas menutup lampu meja di sebelah katilnya lalu melelapkan matanya.
-------------------------------------------------------------------------------------
Sowon sudah menunggu di hadapan rumahnya, menunggu namja itu datang menjemputnya. Setelah lima minit menunggu, kelihatan sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya. Dia sangat mengenali kereta itu. Kereta itu juga merupakan saksi kisah percintaannya suatu ketika dahulu. Seorang namja keluar daripada kereta itu lalu menuju ke arah Sowon.
"Dah lama tunggu?" Tanya Kogyeol. Dia mengenakan seluar jeans, dua lapisan baju panas dan sehelai jaket. Sowon pula mengenakan seluar panjang, sehelai baju panas, sehelai jaket dan sehelai kain pashmina di lehernya. Mereka berdua nampak sepadan dan serasi bersama. Cuma ada satu kelainan pada Kogyeol yang diperhatikan Sowon.
"Sejak bila awak tukar gaya rambut?" soal Sowon. Baginya, Kogyeol sangat kacak ketika itu. Kogyeol meraba-raba rambutnya. "Tak kacak? Penat-penat saja saya tukar." Kogyeol memuncungkan mulutnya. Sowon tergelak kecil. "Mengada-ngada. Kajja." Sowon menutup pintu pagar rumahnya.
Kogyeol membukakan pintu keretanya untuk Sowon. Sowon masuk ke dalam perut kereta diikuti Kogyeol. Mereka bertolak ke Everland yang terletak di Seoul. Mereka tidak menyedari bahawa seseorang sedang memerhatikan mereka dari dalam rumah.
-------------------------------------------------------------------------------------
"Yuju, malam ni saya nak ajak awak pergi sesuatu tempat." bisik Sunyoul kepada Yuju ketika omma mereka sedang rancak bersembang. "Buat apa?"
"Adalah..." Sunyoul menghulurkan sehelai kertas yang menyatakan tempat yang perlu dituju oleh Yuju.
'Cheonggye Stream'
-------------------------------------------------------------------------------------
Yuju menuju ke Cheonggye Stream. Tempat itu terkenal kerana sungai yang dibina sendiri oleh manusia sepanjang lapan kilometer. Suasananya sangat cantik pada waktu malam. Dia mula menuruni anak tangga untuk menuju ke sungai itu.
Sebaik sahaja dia menuruni anak tangga, kelihatan banyak taburan kelopak bunga ros putih yang ditabur sepanjang sungai itu. Yuju tanpa berlengah terus mengikuti arah taburan itu sehingga dia menjumpai penghujungnya.
Seorang namja yang memakai kot berwarna merah jambu sedang berdiri sambil memegang sebuah buku nota. Dia menyelak helaian muka surat pertama.
'CHOI YUNA, SARANGHAEYO.'
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19