BAB 36

119 9 1
                                    

"Appa awak... dah pergi..." Gelas yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai dan pecah. Mata Sowon tertumpu ke arah appanya yang tidak bergerak, lantas kakinya melangkah dengan perlahan ke sisi appanya. Dia menggenggam tangan insan yang dia sayangi itu, sehingga air matanya yang tidak dapat ditakung mengalir di pipinya. "Appa..."

Kogyeol berasa simpati melihat yeoja itu sedang meratapi appanya. Lalu dia pun memegang kedua-dua bahu Sowon. "Uljima." Kogyeol juga menggosok-gosok bahu Sowon apabila Sowon semakin melayan emosinya. "Uljima, Sowon-ssi..."

----------------------------------------------------

Dua hari telah berlalu sejak pemergian appa Sowon. Kini Sowon hilang tempat bergantung. Tiada siapa yang akan sentiasa berada di sisinya melainkan Yuju, rakan karibnya. Namun begitu, mereka mungkin tidak akan bersama selamanya. Selepas sahaja kontrak kumpulannya bersama syarikat tamat setelah lima tahun, Yuju berkemungkinan akan meneruskan hidupnya bersama Sunyoul memandangkan mereka telah dirancang untuk disatukan.

Sowon? Dia tidak pasti jika dia boleh meneruskan hidup bersama namja chingunya, Kogyeol. Jika mereka ditakdirkan untuk bersama, dia pasti akan hidup bahagia bersama namja itu bagi menggantikan kedua orang tuanya. Tetapi apa yang dia pasti, dia amat menyayangi Kogyeol, begitu juga dengan namja itu.

"Dah siap?" Kogyeol menanyakan Sowon jika dia telah bersedia untuk ke destinasi yang terakhir iaitu rumah keluarganya. Mereka berdua kini berada di sebuah hotel dan akan meneruskan perjalanan sebentar lagi. Kogyeol dan Sowon mendapatkan hotel sementara pengurusan kematian appanya diselesaikan. Mereka telah menempah dua buah bilik yang bersebelahan agar senang untuk memudahkan urusan.

Sowon hanya tersenyum manis sambil mengangguk. Dia cuba untuk kuat dan mengembalikan semangatnya agar hidupnya diteruskan. Dia perlu menyambung kerjayanya untuk mendapatkan keperluan hidupnya.

"Kajja."

Kogyeol dan Sowon meninggalkan perkarangan hotel itu dan terus menuju ke perhentian bas yang terdekat. Mereka duduk sementara menunggu ketibaan bas. "Kwenchanhayo?" Kogyeol memandang Sowon. Senyuman Sowon jelas menunjukkan dia baik sahaja. "Dah beribu kali awak tanya. Kwenchanha, saya okay. Tak perlu risau tentang saya." Ujar Sowon membuatkan Kogyeol kembali mengira berapa kali dia menanyakan Sowon soalan yang sama.

Walaupun beribu itu tidak benar, tetapi benar kata Sowon. Dia pun tidak tahu kali ke berapa dia menanyakan soalan itu. Dia cuma bimbang jika kesedihan itu terus berlanjutan sehingga menyebabkan kerjayanya terganggu. Nasib baik sebentar lagi mereka akan ke rumah Kogyeol, dan dia pasti keluarganya akan melayan Sowon dengan baik seperti anak sendiri.

Bas yang ditunggu tiba jua. Mereka melangkah masuk ke dalam bas, kenderaan itu lantas meneruskan perjalanannya.

--------------------------------------------------------

'Ting tong'

"Nuguya?" Kelihatan seorang yeoja paruh baya melihat ke luar tingkap. Anak yang dirinduinya sudah tiba di hadapan rumahnya. Puan Kim meloncak keriangan. Dengan pantas dia menekan butang yang membenarkan pintu dibuka.

Kogyeol dan Sowon melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Sowon kagum melihat rumah namja chingunya itu, jelas menunjukkan dua kali ganda lebih besar daripada rumahnya. Dengan lampu kristal yang berada tinggi di siling, penghawa dingin dan pemanas yang nyaman. Pasti Kogyeol sangat selesa berada dalam keluarga ini, fikirnya.

Kogyeol memeluk erat dan mencium pipi omma yang dirindui itu. Sowon yang melihat berasa cemburu, namja itu masih mempunyai orang tua, dia pula sebaliknya. "Minsoo-ya, ni siapa ya?"

Sowon menunduk hormat ke arah Puan Kim. "Naneun Sowon imnida. Chin..."

"Yeoja chingu. Dia yeoja chingu saya."

Sowon tersenyum malu, pada masa yang sama geram di dalam hati. Mengapa Kogyeol begitu senang berterus terang mengatakan bahawa dia ialah yeoja chingunya?

"Ohh... Pandai kamu pilih yeoja chingu yang padan dengan kamu. Sudahlah cantik, tinggi pula."

Kogyeol berbisik pada ommanya agar tidak didengari Sowon. "Yeoja chingu sejak sekolah tinggi."

"Ohh dah lama rupanya. Kenapa sekarang baru cakap? Kalau tak, dah lama omma satukan kamu berdua."

Sowon hairan tentang apa yang Puan Kim telah katakan.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now