Sowon dan Kogyeol berhenti di sebuah perkampungan di daerah Bucheon setelah menaiki bas dalam masa 15 minit dari Stesen Bucheon. Selain mereka, ada beberapa orang juga yang turun di perhentian bas itu. Tanpa berlengah masa, Kogyeol dan Sowon terus bergerak ke destinasi yang ingin dituju.
Mereka tiba di sebuah taman yang biasa mereka kunjungi sewaktu di zaman sekolah tinggi. "Boleh kita berehat sekejap? Kita boleh duduk di kerusi tu." Ajakan Sowon dipersetujui oleh Kogyeol. Mereka duduk di sebuah kerusi batu yang disediakan di taman tersebut. Kogyeol tahu Sowon berasa penat kerana menarik begnya kesana dan kemari tanpa berehat.
Mereka berbual mengenai zaman sekolah tinggi tetapi sedikit pun tidak menyentuh tentang hubungan lama mereka. Sowon menceritakan kisahnya ketika berada di taman itu bersama dengan seorang namja.
"Dulu, saya pernah datang ke sini dengan Yuju, dan kebetulan Xi dan Gyeoul pun berada di sini. Saya dan Xi berbual tetapi dia cuba meluahkan perasaannya terhadap saya. Saya tolak dengan baik dan saya cuma anggap dia sebagai kawan, tidak lebih daripada tu. Tapi itu bukan sebab yang sebenar saya tolak luahan dia. Sebenarnya, ketika tu saya menyukai namja lain... dan namja tu ialah awak. Dia pun tak kisah jadi kami hanya kawan. Tak sangka lepas saya tolak dia, dia jadi lebih agresif."
Kogyeol tekun mendengar kisah Sowon. Sowon tidak tahu bahawa Kogyeol berada di tempat yang sama ketika Xi meluahkan perasaannya pada masa itu. "Ohh, saya dengar dia dah jadi penyanyi sekarang." Sowon mengangguk. "Sekarang kami masih berkawan tetapi susah mahu berjumpa disebabkan jadual yang sangat padat."
Sejujurnya, Kogyeol berasa cemburu mendengar kisah hidup Sowon. Dia fikir, adakah Sowon tidak sedar apakah yang Xi sudah lakukan terhadapnya? Mengapa masih berkawan dengan namja yang hampir sahaja mengambil maruahnya? Mengapa kini dia senang menerima Xi sebagai kawan? Soalan-soalan itu kini sedang bermain di mindanya.
"Adakah awak sukakan Xi? Atau... awak masih menyimpan perasaan terhadap saya?"
Sowon terdiam sejenak. Sangat sukar baginya untuk menjawab soalan yang telah dilontarkan oleh Kogyeol. Dia cuba memikirkan jawapan untuk soalan itu. Kogyeol mula sedar soalannya keterlaluan sehinggakan Sowon terdiam seribu kata. "Mianhae, soalan saya agak..."
"Kwaenchana."
Kogyeol terkaku.
"Saya..." Sowon menatap wajah Kogyeol yang sedang menunggu kata-kata Sowon itu.
".....masih cintakan awak, Go Min Soo."
Air mata Kogyeol mula berkaca, disertai dengan senyuman yang terukir di bibirnya. "Jinjja?" Sowon mengangguk sambil tersenyum manis. Lantas Kogyeol memeluk Sowon dengan erat. "Saya juga masih cintakan awak, Kim So Jung. Saya tak pernah lupakan awak selepas awak ke luar negara. Terima kasih kerana awak masih lagi mengingati saya sehingga sekarang."
Sowon membalas pelukan itu."Terima kasih juga kepada awak sebab tidak lupakan saya. Saya fikir kita tak akan jumpa lagi lepas perjumpaan terakhir di padang sekolah hari tu." Ujar Sowon lalu melepaskan pelukan itu dan tersenyum. "Saya pantang kalau orang yang saya sayang tinggalkan saya. Saya tahu awak sayang pada saya, tak mungkin saya akan tinggalkan awak." Sowon mencuit hidung Kogyeol. "Hehe, betul juga."
Tiba-tiba, telefon Kogyeol berdering minta diangkat. Tanpa berlengah lagi, dia terus melihat nama yang menghubunginya. "Jakkaman, noona saya telefon." Sowon mengangguk. Ketika Kogyeol menjawab panggilan itu, Sowon mendengar seseorang sedang menjerit untuk meminta pertolongan.
"Xi!"
Kedengaran dua orang yeoja memanggil nama yang sama.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19