3 tahun kemudian...
"Harap kamu semua bersedia untuk berjumpa dengan mereka esok." Kata lelaki yang berumur 30-an itu. Enam orang yeoja itu mengangguk lalu meninggalkan bilik latihan kepunyaan Source Music itu. Esok mereka akan bertemu dengan junior yang merupakan kumpulan namja yang baru sahaja debut pada bulan September yang lepas.
Sebelum mereka masuk ke bilik mereka masing-masing, Sowon yang merupakan ketua kepada kumpulan itu meminta perhatian daripada anak-anak buahnya. "Esok tolong bangun awal. Kita perlu ke sana lebih awal dari mereka." katanya. "Nae, Sowon unnie. Jaljayo." Ucap mereka serentak lalu masuk ke dalam bilik masing-masing.
Sowon pun masuk ke dalam biliknya setelah penat menjalani hari itu. Kini, hidupnya semakin sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi. Dia dan Yuju bersama-sama lulus dalam ujibakat sebagai penyanyi sekaligus meletakkan mereka dalam kumpulan yang sama. Jika bukan disebabkan oleh Yuju, hidupnya tidak selesa seperti ini sekarang.
Sowon menarik laci meja solek untuk menyimpan barang berharganya. Tetapi ketika dia ingin meletakkan barang, matanya tertumpu pada sekeping gambar kecil, lantas tangannya mencapai gambar itu. Gambar itu membuatkan Sowon mengenang kembali kisah percintaannya bersama Kogyeol.
Gambar itu diambil semasa mereka bersama-sama berkunjung ke Everland. Sowon tidak sedar siapakah yang menyimpan gambar itu selepas itu sehinggalah Kogyeol menyerahkan pada Yuju untuk dia menyimpannya. Dia sentiasa terfikir di manakah Kogyeol kini. Kogyeol langsung tidak menghubunginya sejak berpindah ke luar negara.
Malangnya, hidupnya di sana amat pedih sekali di mana dia dijual oleh appanya sendiri di sebuah kelab malam. Namun nasib dirinya tidak begitu teruk. Dia langsung tidak disentuh oleh mana-mana namja kerana sempat melarikan diri dari tempat itu. Apabila tiba sahaja di rumahnya, appanya sudah meninggalkannya dan terus pulang ke Korea semula, meninggalkan Sowon seorang diri di negara lain.
Berbekalkan rumah dan pakaian yang dibawanya, dia mencari kerja yang sesuai untuk dirinya. Dia bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan mewah. Dengan hasil usahanya itu, dia dapat pulang ke Korea lantas tinggal bersama Yuju. Yuju pula mempelawanya untuk menyertai ujibakat nyanyian. Akhirnya, mereka lulus dan sekarang ditempatkan dalam kumpulan yang sama.
Sowon pasti Yuju amat menunggu hari esok kerana dikatakan namja chingunya merupakan ahli kumpulan itu. Sunyoul dan Yuju sudah lebih daripada tiga tahun menjalinkan hubungan tetapi netizen tidak menyedari ataupun mengetahui hubungan mereka.
Sowon meletakkan semula gambar itu di dalam laci. Dia menuju ke katilnya lalu melelapkan matanya.
------------------------------------------------------------------------------------
"Kuhn hyung~ ireona~~~ palli ireona~~~" Kogyeol menarik ibu jari kakinya. Kuhn mengeliat lalu bangun dan duduk di atas katilnya. "Pergi mandi. Hari ni kita akan jumpa satu kumpulan yeoja." kata Kogyeol kepada teman sebiliknya itu. Dia sudah pun siap membersihkan diri kerana bangun pada awal pagi.
Kuhn lantas menuju ke bilik mandinya lalu menutup pintu. Kogyeol mengelap rambutnya yang basah. Dia memandang ke luar tingkap. Sedang memikirkan seseorang di mindanya. Gerangan itu sentiasa membuatnya tersenyum dan dia amat rindu pada yeoja itu. Dia masih tidak dapat menghubungi Sowon. Tambahan pula dengan kerjayanya kini.
Kini dia menjadi seorang penyanyi dalam syarikat TOP Media dan menganggotai kumpulan UP10TION. Hasil daripada pelawaan Sunyoul yang memintanya untuk menyertai dalam ujibakat dari syarikat TOP Media.

ANDA SEDANG MEMBACA
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19