Xi masuk ke dalam rumahnya. Ommanya terus menerpa ke arah Xi. "Yahh~~ Xiao-ah. Ni bertumbuk dengan siapa?" tanya ommanya. "Mana ada saya bertumbuklah. Saya... Saya terjatuh saja tadi." bohong Xi. Dia tahu ommanya pasti akan mengamuk jika mengetahui dia ditumbuk.
"Terjatuh apa kalau dah bengkak ni? Aigoo~ lain kali jaga keselamatan diri kamu tu." "Kwaenchanha, Xi okay. Saya masuk bilik dulu." Xi cuba mengelak daripada ommanya. "Yahh! XIAO-AH! Haishh..."
------------------------------------------------------------------------------
Xi menutup pintu biliknya dan duduk di katilnya. Kata-kata Kogyeol terngiang-ngiang di mindanya.
'Kalau kau cuba apa-apakan Sowon lagi, nyawa kau ada dalam tangan aku.'
"Kalau suka pada dia, cakap sajalah. Tak perlu tumbuk aku." kata Xi lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
------------------------------------------------------------------------------
Sunyoul bersiar-siar di sebuah taman selepas meninggalkan bar sebentar tadi. Ada seseorang yang berada di fikirannya sekarang, Choi Yu Na atau lebih dikenali sebagai Yuju. Dia sudah lama menyimpan perasaannya terhadap Yuju. Sunyoul tersenyum apabila mengenangkan kisah silam mereka.
[[[FLASHBACK ON]]]
Sunyoul berusaha memujuk ommanya untuk pergi ke rumah chingu ommanya. "Omma... Saya tak mahu pergi... Berilah peluang saya berehat di rumah." Rayu Sunyoul. Ommanya mengeluh, masak benar dengan perangai anaknya. Memang begitulah sejak kecil.
"Ikut omma. Tiada bantahan." Kata ommanya sebelum keluar daripada rumah. Sunyoul mengeluh kesah lalu mengikuti sahaja ke mana ommanya pergi. Apabila tiba di destinasi, ommanya mula bersuara. "Yein, tolong ketukkan pintu untuk omma." mata Sunyoul terbuntang. "Jebal..."
Sunyoul maju ke hadapan pintu lalu diketuknya pintu itu berkali-kali. Pintu dikuak oleh seseorang, "Nuguya?" Sunyoul terdiam. Yeoja itu merupakan rakan sekelasnya. "Yein, apa yang kamu tercegat di situ. Tak mahu kata apa-apa?" sindir omma Sunyoul. "Eo?"
"Yuju-ah, nuguya?" kelihatan omma Yuju tiba di muka pintu. "Oh, kenapa awak datang tak beritahu? Jemputlah masuk." pelawa omma Yuju. Omma Sunyoul dan Yuju mula melangkah masuk ke dalam rumah tetapi Sunyoul dan Yuju masih berdiri tanpa berkata apa-apa.
Lama-kelamaan Yuju mula sedar. "Oh, masuklah." Sunyoul juga baru tersedar. "Nae." Sunyoul berjalan melintasi Yuju yang kemudiannya menutup pintu. Sunyoul duduk di atas sofa bersebelahan ommanya. "Yuju, pergilah sediakan air untuk mereka." Pinta ommanya. Tanpa berlengah, Yuju terus ke dapur untuk menyediakan air.
Tidak lama kemudian, Yuju datang dengan membawa dulang berisi air minuman lalu diletakkan di atas meja berhadapan mereka. Kemudian, Yuju duduk bersebelahan ommanya. Jika dia terus masuk ke biliknya, mungkin tetamu akan fikir bahawa dia kurang sopan.
Sunyoul & Yuju hanya mendiamkan diri sepanjang omma mereka berbual. Air juga semakin berkurangan tetapi masih cukup untuk diminum. Kerana itulah Sunyoul tidak berapa gemar mengikut ommanya bertandang ke rumah chingunya. Hanya termenung dan tiada apa-apa yang boleh dilakukan.
"Sunyoul, tiada guna kamu duduk di sini tanpa buat apa-apa. Baik kamu dengan Yuju ambil angin di luar." kata omma Yuju. Yuju dan Sunyoul saling berpandangan. "Nae..." jawab mereka serentak lalu mereka berdua menuju ke halaman rumah.
Mereka tidak berkata-kata walaupun sepatah. Sehinggalah Yuju membuka bicara. "Awak suka anjing?" tanya Yuju apabila matanya tertangkap pada haiwan peliharaannya. "Suka." jawab Sunyoul. Yuju tersenyum mendengar jawapan Sunyoul.
Dia memanggil haiwan peliharaannya. "Young Soon-ah. Yeogiseo." anjing berwarna putih bersih itu menuju ke arah Yuju. "Comel, kan?" Tanya Yuju kepada Sunyoul yang berada di sebelahnya. Sunyoul mengusap kepala anjing itu sambil ketawa kecil. "Dia tak secomel Choi Yuju."
[[[FLASHBACK OFF]]]
Sunyoul tersenyum, senyum, senyum dan senyum. Yuju cukup membuat dia tersenyum. Tidak hairanlah jika perasaannya pada Yuju tidak pernah padam.
![](https://img.wattpad.com/cover/73916420-288-k714736.jpg)
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19