BAB 15

158 17 0
                                    

"Gomawo, nanti saya makan." kata Sowon. Sunyoul berasa bersalah terhadap Sowon kerana dia telah menjadi punca Sowon menjadi begini. "Sowon, mianhae. Awak pengsan disebabkan saya." Sunyoul menunjukkan wajah bersalahnya. "Kwenchanha, tapi bagimana dengan keadaan Yuju sekarang?"

"Itulah saya mahu beritahu tapi awak dah rebah dulu. Yuju dah sedarkan diri sejak semalam lagi. Cuma dia perlu masih tinggal di hospital sebab kepala dia masih kurang sembuh lagi." terang Sunyoul. Kogyeol juga mendengar apa yang dikatakan Sunyoul.

"Macam mana awak boleh tahu dia kemalangan sedangkan saya, chingu dia ni pun tak tahu?"

"Saya yang bawa dia ke hospital." Sunyoul menceritakan segala apa yang berlaku pada malam itu. Termasuk sikap Gyeoul yang tidak bertanggungjawab. Sowon sebak mendengar kata-kata Sunyoul. Dia berasa marah dengan sikap Gyeoul terhadap Yuju.

"Gyeoul ada di sekolah tak hari ni?" tanya Kogyeol, tiba-tiba. Sunyoul cuba mengingat kalau-kalau dia ada ternampak kelibat Gyeoul hari ini. Ternyata dia sempat menjumpai kelibat Gyeoul semasa dalam perjalanan ke kelasnya sebelum waktu sekolah bermula. Sunyoul mengangguk tanda mengiakan kata-kata Kogyeol.

"Awak tak perlu risau. Saya akan beri pengajaran pada dia." kata-kata Kogyeol membuat Sowon tersenyum. "Gomawoyo." ucap Sowon sambil menitiskan air matanya yang sudah lama bertakung. Kogyeol mengelap air mata Sowon dengan jari-jarinya. "Uljima."

Sunyoul membuat muka menjengkelkan di hadapan mereka. Dia sebenarnya cemburu dengan Kogyeol dan Sowon. Dia pun tidak tahu bilakah mereka menjalinkan hubungan mesra ini. "Sudah, sudah. Tak perlu nak romantik depan aku. Cemburu, tahu tak?" kata Sunyoul. Sowon dan Kogyeol memandang antara satu sama lain lalu mereka tergelak kecil.

"Cemburu? Kau dengan Yuju, bila lagi?" Kogyeol sempat mengusik Sunyoul. "Yah, Go Min Soo. Ingat aku ni tiada ciri-ciri yang yeoja nak? Eh sudah, sudah, saya nak cakap ni. Sekarang ni saya tak mahu libatkan awak berdua dalam masalah Gyeoul ni. Biar saya selesaikan sendiri." jelas Sunyoul setelah tidak tahan diusik Kogyeol.

"Tak mengapa ke? Betul awak boleh uruskan sendiri?" soal Sowon. Sunyoul mengangguk. Kogyeol pula menepuk bahu Sunyoul. "Bagus, bagus. Kau dah semakin berani. Tapi kalau ada apa-apa yang jadi, tolong maklumkan pada kami." Sowon mengiakan kenyataan Kogyeol. Sunyoul juga bersetuju.

"Sekarang, nak kami masuk kelas dulu atau teman awak makan di sini?" soal Kogyeol pada Sowon. Dia tahu Sowon pasti lapar setelah lama bersembang dengannya dan Sunyoul.  "Awak berdua masuklah dulu ke kelas. Kwenchanha, doktor ada untuk jaga saya di sini. Nanti saya akan pulang ke kelas." kata Sowon, dia juga tidak mahu menyusahkan Kogyeol dan Sunyoul untuk menemaninya setiap masa.

Kogyeol dan Sunyoul terus beredar dari bilik kesihatan. Sempat Kogyeol mengusik Sowon dengan berpesan pada doktor yang menjaganya sambil menguatkan sedikit suaranya. "Doktor, kalau boleh, jangan biarkan dia makan terlalu banyak. Nanti badan dia berisi." Sowon hampir tersedak ketika mengunyah makanan. "Yah, Kogyeol-ah. Saya dengarlah." Kogyeol terus berlari dan menuju ke kelasnya bersama Sunyoul.

-----------------------------------------------------------------------------------

Yuju hanya duduk termenung di katil dengan kepalanya yang masih berbalut dengan pembalut luka. Ternyata kepalanya cedera teruk ketika dilanggar pada malam itu. Tetapi dia masih tidak tahu siapa yang membawanya ke hospital dan menjaganya. Ommanya masuk ke dalam wad itu.

Akhirnya, Yuju mengambil kesempatan untuk menanya. "Omma, boleh Yuju tahu siapa yang bawa Yuju ke sini dan jaga Yuju ketika omma tiada?" soalan yang tersimpan di fikirannya akhirnya diluahkan juga. Dia benar-benar ingin tahu supaya dia boleh berterima kasih kepadanya.

"Ohh, kamu tidak tahu lagi? Sunyoul yang bawa kamu ke sini dan jaga kamu ketika omma sedang sibuk bekerja."

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now