Kogyeol bangun dari baringnya lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
-------------------------------------------------------
Selepas membersihkan diri, dia mengambil telefonnya dan menghubungi salah seorang rakannya. Dia mencari nama 'Sunyoul' di situ. Selepas menjumpainya, dia menekan butang 'call' dan mendekatkan telefon itu ke telinganya.
"Yeoboseyo, Sunyoul-ssi. Kau free tak sekarang?" tanya Kogyeol sambil memandang ke luar tingkap. "Aku? Aku sentiasa free. Waeyo?" Tanya Sunyoul pula. "Aku nak ajak kau keluar kejap lagi. Dalam satu jam lagi?" "Okay, deal." Kogyeol menutup telefonnya lalu mempersiapkan diri untuk makan tengahari yang telah disiapkan oleh ommanya.
----------------------------------------------------
Kedengaran bunyi loceng rumah Sowon semakin kuat bergema. "Chakamman!" Sowon berlari dari arah dapur lalu membuka pintu rumahnya. Disangkakan appanya yang pulang, rupanya Yuju. "Hish, kau ni. Aku ingatkan appa aku dah balik. Kenapa nak datang tak cakap dulu?"
"Perlu ke?" Yuju membalas pertanyaan Sowon dengan pertanyaan semula. Kemudian menyambung, "Ni... aku nak ajak kau kau pergi taman petang ni. Nak tak?" Sowon mendiamkan diri seketika. Dia menoleh ke arah jam dinding di dalam rumahnya. Kemudian memandang semula rakan baiknya itu. " Boleh je tapi aku kena balik sebelum pukul 6. Boleh kan?"
"Tentang tu, kau tak perlu risau. Aku faham perasaan kau,Sowon-ssi." Yuju tersenyum.
Sowon berterima kasih kepada Yuju yang memahaminya. Yuju juga risau kalau Sowon didera dengan appanya lagi. Sowon melihat Yuju beredar dari rumahnya.
------------------------------------------------------
Di taman...
"Kogyeol-ssi, kenapa kau tiba-tiba ajak aku keluar petang ni?" Tanya Sunyoul. "Salah ke? Aku cuma bosan dan tak tahu nak buat apa di rumah." Kata Kogyeol selamba.
Sedang mereka berjalan dan berborak, Kogyeol tiba-tiba menangkap susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Siapa lagi jika bukan yeoja yang selalu menolongnya setiap hari. Kogyeol tertumpu pada yeoja itu sahaja, dia tidak menyedari yang Sunyoul sedang bercakap seorang diri di sebelahnya.
"...Kenapalah cikgu tak datang pagi tadi agaknya? Kogyeol?" Sunyoul memandang Kogyeol. Rupanya dia hanya bercakap seorang diri dari tadi. Dia melihat Kogyeol memandang seorang yeoja dari jauh. Kogyeol tidak menyedari bahawa Sunyoul sedang memandangnya juga. Tetapi bukan yeoja yang sama, sebaliknya tertumpu pada rakan di sebelah yeoja itu.
------------------------------------------------------
"Sowon-ssi, memang appa kau balik lambat ke hari ni?" Tanya Yuju. Mereka berdua berjalan beriringan sambil berborak kosong. Kerja sekolah, mungkin sudah lama disiapkan di sekolah lagi. Jadi mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat, melainkan bersiar-siar di taman pada waktu petang.
"Appa aku? Aku tak tahu. Dia bukan jenis yang selalu nak inform kat aku." Kata Sowon pula. Mereka terjumpa sebuah bangku. "Kajja, kita duduk dulu. Penat pula jalan lama-lama." Yuju dan Sowon duduk di atas bangku selepas membersihkan sedikit habuk di atasnya.
Tiba-tiba, mata Sowon tertumpu pada dua orang namja yang sedang merenung mereka berdua dari jauh. Matanya dan namja yang tinggi itu bertemu seketika. Lantas dilarikan pandangannya dan memandang Yuju.
"Yuju-ah, cuba kau tengok hadapan. Straight." Kata Sowon sambil kepalanya menunduk ke bawah. Yuju memandang ke hadapan. Dia pula bertentang mata dengan seorang namja yang lebih rendah daripada namja di sebelahnya. Pandangannya turut dilarikan.
Dua orang namja itu mendekati mereka. Semakin lama semakin dekat. Sowon dan Yuju berpura-pura tidak menyedari kehadiran mereka. Mereka menunduk sahaja ke bawah, tiba-tiba kelihatan dua pasang kaki berhenti tepat di hadapan mereka...
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfic[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19