"Ohh, kamu tidak tahu lagi? Sunyoul yang bawa kamu ke sini dan jaga kamu ketika omma sedang sibuk bekerja." kata ommanya. Yuju tergamam. Namja itu sentiasa mengambil berat tentangnya dan dia sedar akan itu. Itu kerana hubungan rapat omma mereka berdua.
"Yuju, omma bawakan bubur untuk kamu. Makanlah supaya kamu cepat sembuh." ommanya mengeluarkan sebuah bekas berisi bubur lalu dihulurkan kepada Yuju. Yuju menyambutnya dan mengucapkan terima kasih kepada ommanya. Dia menikmati makanan itu dengan tenang setelah menahan kelaparan sejak malam semalam lagi.
------------------------------------------------------------------------------------
Sunyoul menuju ke meja Sowon. "Sowon, awak nak ikut saya pergi hospital? Omma Yuju pesan pada saya untuk datang melawat dia selepas sekolah." pelawa Sunyoul. Memang benar, tadi omma Yuju telah menghantar pesanan mesej kepada Sunyoul untuk menjaga Yuju kerana dia perlu pulang ke tempat kerjanya. Sunyoul fikir mungkin Sowon boleh menolongnya untuk menjaga Yuju.
"Melawat Yuju? Okay, saya nak ikut awak. Tapi, boleh tak ajak dia sekali?" Sowon menuding jarinya ke arah Kogyeol yang sedang mengemas barangnya untuk pulang. Sowon tergelak kecil. "Mestilah dia perlu ikut. Kalau awak hanya pergi dengan saya, nanti dia pula yang cemburu. Jangankan Xi saja yang dibelasah, mungkin saya juga akan dibelasah."
Apabila mendengar nama Xi, Sowon terdiam sebentar. Dia baru sedar tentang keadaan Xi yang telah dibelasah teruk oleh Kogyeol pada malam itu. Hari ini juga dia masih tidak menjumpai kelibat Xi di sekitar kawasan sekolah atau di mana-mana. Walaupun dia tahu Xi telah memperdayakannya, dia tetap tidak akan melayan Xi dengan teruk. Baginya, Xi tetap rakannya.
Sunyoul yang melihat Sowon sedang mengelamun terus melambaikan tangannya di hadapan muka Sowon. Sowon baru tersedar, dua namja sudah berdiri di hadapannya dan memandangnya hairan. "Oh, mianhae. Kajja." Sowon terus mengorak langkah ke luar kelas dan itu membuatkan Kogyeol dan Sunyoul memandang sesama sendiri. Mereka ketawa lalu mengikuti Sowon di belakang.
---------------------------------------------------------------------------------
Yuju sedang lena dalam tidurnya di atas katil empuk itu. Sehingga dia merasakan sesuatu di hidungnya. Tangannya menepis sesuatu yang mengganggu lenanya. Tetapi objek itu masih bermain dengan hidung mancungnya. "Hmmmm... Hajima..." Tangannya menepis lagi objek itu. Dia menepis lagi, lagi, lagi dan lagi.
Akhirnya dia tidak dapat menahan amarahnya lalu membuka matanya. Dia mahu menjerit tetapi mulutnya pantas ditutup oleh tangan seseorang. "HMMMPPHHHH!!!" Dia melihat wajah gerangan yang menutup mulutnya. Dan ianya adalah Sowon. "Senyap. Ini akulah." Sowon mengalihkan tangannya dari mulut Yuju. "Yah, Kim So Jung. Kalau aku sesak nafas, kau perlu bertanggungjawab." Yuju memandang Sowon dengan pandangan yang menikam.
Sowon tidak ambil kisah apa yang dikatakan Yuju. "Kau datang sini seorang diri?" soal Yuju. "Wae? Kau ada tunggu seseorang?" Sowon mengusik Yuju pula. Yuju sebenarnya mencari Sunyoul kerana dia sudah dimaklumkan oleh ommanya bahawa namja itu akan datang melawatnya selepas pulang dari sekolah. "Aniyo." Yuju menafikannya, bimbang jika Sowon mengesyak sesuatu.
"Ya, ya. Jangan risaulah. Dia pun datang juga." kata Sowon membuatkan Yuju tersentak. Dia tidak tahu siapa yang Sowon maksudkan tapi dia pasti Sowon maksudkan Sunyoul. "Dia? Nugu? Aku tak cakap aku tunggu sesiapa pun." Yuju berpura-pura tidak faham. Kelihatan Sowon melambaikan tangan ke arah pintu masuk bilik Yuju.
Kogyeol dan Sunyoul masuk ke dalam bilik Yuju setelah melihat lambaian tangan Sowon. Kogyeol dan Sunyoul menundukkan sedikit badan mereka. "Mianhae, kami lambat sedikit." kata Kogyeol dengan lembut. Dia tahu Sunyoul mahu berjumpa Yuju maka dia telah merancang dengan Sowon untuk berbuat begitu.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19