"Yuju... dia kemalangan." katanya. Sowon hanya terdiam, malah air matanya mula bertakung. Kakinya semakin lemah untuk terus berdiri. Akhirnya, dia rebah ke atas lantai.
Sunyoul panik. "Kogyeol!" Sunyoul memanggil Kogyeol yang sedang tekun memeriksa kertas-kertas tugasannya. Kogyeol memandang ke arah Sunyoul yang sedang cuba menyedarkan Sowon. Kelas itu mula riuh-rendah. Kogyeol berlari ke arah Sowon dan cuba menyedarkannya, mana tahu jika nasibnya baik maka Sowon akan sedar.
"Sowon-ah. Sowon-ah!" Kogyeol menepuk perlahan pipi Sowon. Sowon masih tidak memberikan sebarang respon. Kogyeol lantas mengangkat Sowon dan membawanya ke bilik kesihatan di sekolah mereka. Sebelum itu, sempat dia berpesan kepada Sunyoul. "Sunyoul-ah, nanti tolong pesan pada Mrs. Lee yang aku hantar dia ke bilik sakit. Nanti aku balik ke kelas semula."
"Nae." Kogyeol terus berjalan pantas ke bilik kesihatan sambil mengangkat Sowon. Kelas mereka kembali senyap setelah Mrs. Lee melangkah masuk ke kelas mereka. Sunyoul terus memaklumkan tentang Sowon dan Kogyeol, tidak lupa juga tentang Yuju. Mrs. Lee memahaminya lalu meminta Sunyoul untuk kembali ke tempatnya. Mereka memulakan pembelajaran.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kogyeol meletakkan Sowon di atas katil pesakit. Seorang doktor khas di bilik itu datang mendekati Kogyeol yang baru sahaja menyelimutkan Sowon. "Kenapa dengan dia?" tanya doktor yeoja yang berumur lebih kurang 30-an itu. "Mollayo. Dia tiba-tiba saja rebah. Kwenchanha, nanti saya akan tanya Sunyoul mengapa dia jadi begini." Kogyeol memandang Sowon, yeoja chingunya itu.
Kogyeol menggenggam erat tangan Sowon, seumpama memberikan kekuatan terhadap yeoja chingunya itu. Mengharapkan supaya Sowon kembali sedar seperti sediakala. Dia amat sayangkan Sowon, sepenuh hatinya. Tangan yeoja itu diciumnya. Doktor itu menepuk bahu Kogyeol lalu berkata, "Kamu pasti sangat sayangkannya. Kwenchanha, saya akan menjaga dia di sini. Kamu pulanglah ke kelas."
Kogyeol tersenyum memandang doktor itu. Ya, sudah tentu dia sayangkan Sowon. Dia meletakkan tangan Sowon. "Saya balik ke kelas dulu. Jaga dia baik-baik ya, doktor." katanya. Doktor itu mengangguk.
Setelah Kogyeol keluar dari bilik kesihatan, doktor itu mendekati Sowon dan merenung mukanya yang berseri itu. "Kamu sangat bertuah kerana mempunyai namja yang sangat menyayangi kamu." Katanya sambil tersenyum. Dia kembali ke meja kerjanya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pada waktu rehat, Kogyeol dan Sunyoul pergi ke bilik kesihatan untuk melihat keadaan Sowon selepas ke kantin. Dalam perjalan ke sana, Kogyeol mengambil kesemoatan yang ada untuk menanyakan apa sebenarnya yang terjadi pada Sowon. "Sunyoul, apa yang menyebabkan Sowon pengsan tadi?" tanya Kogyeol.
"Oh, sebenarnya dia tanya tentang Yuju." balas Sunyoul. Dia menerangkan bahawa dia tidak sempat menghabiskan kata-katanya sebelum Sowon pengsan. Kogyeol membuat andaian mungkin Sowon terlalu terkejut. Mereka masuk ke dalam bilik kesihatan itu dan menanyakan tentang keadaan Sowon kepada doktor yang menjaganya tadi.
"Dia dah sedar. Kamu boleh menjenguknya sekarang." katanya. Kogyeol dan Sunyoul mendekati Sowon yang duduk di atas katil sambil menundukkan kepalanya. "Sowon-ah." Sowon mengangkat mukanya, kelihatan Sunyoul dan Kogyeol datang dengan membawa sedikit makanan di tangan mereka.
"Kwenchanhasseo?" tanya Kogyeol sambil menyisir rambut Sowon ke belakang telinga. Sowon mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada Kogyeol, menandakan dia baik-baik saja. Sunyoul meletakkan makanan itu di sebelah Sowon. "Kami bawakan makanan ini untuk awak." Kata Sunyoul.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fiksi Penggemar[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19