BAB 8

179 21 0
                                    

Kogyeol sedang bersiap untuk ke bar. Tiba-tiba dia mendapat satu mesej daripada sahabatnya, Sunyoul. 'Lebih baik kau jangan pergi.' Kogyeol semakin hairan. Tadi mengajaknya pergi ke bar tetapi kali ini, memintanya untuk melupakan sahaja rancangan itu? Akibat tidak puas hati, Kogyeol tetap berkeras memandangkan dia sudah bersiap untuk ke bar.

'Kau dah kenapa? Tadi kau ajak aku, sekarang cakap yang aku tak perlu pergi. Memandangkan aku dah siap, aku pergilah. Dan kau pun kena pergi.' Mesej itu dihantar kepada Sunyoul. Telefon pintarnya disimpan di dalam poket jaketnya. Kogyeol mengambil kunci keretanya lalu terus meninggalkan rumah dengan izin ommanya.

---------------------------------------------------

Sowon juga sedang bersiap untuk ke bar. Xi akan tiba di hadapan rumahnya sebentar lagi. Nasib baik appanya sudah memberitahunya bahawa dia pulang pada awal pagi kerana menguruskan satu majlis penting. Sowon hairan juga dengan appanya, hari cuti umum juga appanya bekerja. Appanya hanya akan bercuti pada hari Ahad sahaja.

Sowon mengenakan seluar pendek berwarna biru tua dan baju yang berkain tebal berwarna krim memandangkan cuaca sejuk di bandar. Dia juga melakukan sedikit tatarias ke atas mukanya supaya tidak kelihatan pucat.

Suatu bunyi datang dari arah luar rumah. Sowon menyelak sedikit langsir pada tingkapnya untuk melihat apa yang berada di luar. Ternyata ianya Xi. Xi telah menunggunya di hadapan rumah. Tanpa berlengah lagi, Sowon terus menutup pintu biliknya, dicapainya kunci rumah lalu mengunci pintu rumah dan pagar.

Sowon mendekati Xi. Xi pula melihat Sowon dari atas hingga ke bawah. Sowon berasa kurang selesa dan tidak sedap hati dengan pandangan Xi. "Dah siap?" Suara Sowon memecah keheningan. "Oh, mianhae. Awak sangat lain malam ini." Kata Xi setelah tersedar dari pandangannya. Sowon memerhati diri sendiri. Baginya, langsung tiada kelainan pada dirinya.

"Dahlah, kajja." Xi membukakan pintu untuk Sowon. Sowon terus masuk ke dalam perut kereta. "Kamsahamnida." Ucap Sowon apabila Xi juga masuk ke dalam kereta. Mereka terus ke bandar sepertimana yang dijanjikan.

--------------------------------------------------

Di bar.....

Sowon dan Xi masuk dengan tenang tetapi Sowon berasa kurang selesa dengan pandangan pelanggan di sekelilingnya. "Xi, tak mengapakah kita datang ke sini?" Tanya Sowon dengan nada yang risau. "Kwaenchana. Waeyo?" "Kenapa... kenapa semua orang macam pandang saya?" Sowon menundukkan kepalanya. "Mungkin awak sangat cantik. Tentu mereka cemburu dengan saya."

Xi menghulurkan tangannya kepada Sowon. Sowon dengan ragu-ragu menyambut tangan Xi lalu mereka duduk di meja yang berhadapan dengan tempat membuat soju. Seorang pelayan datang ke arah mereka dan meminta pesanan. "Hari ini saya bawa seseorang yang istimewa jadi berikan saya 3 botol soju."  Kata Xi.

Sowon terkejut. Seumur hidupnya, dia tidak pernah sesekalipun menyentuh botol soju apatah lagi meminumnya. Dia fikir, pasti Xi sudah sering datang ke sini. Dari pandangannya, pelayan-pelayan di sini kelihatan agak ramah dengan Xi. Mungkin sebab itulah, pelanggan yang lain memandangnya pelik malam ini kerana Xi sentiasa datang ke sini seorang diri, fikirnya lagi.

Sementara itu, Cheng Xiao sedang menunggu kehadiran Kogyeol. Dia pasti Kogyeol akan menjadi miliknya malam ini. Tidak lama selepas itu, Kogyeol pun masuk ke dalam bar tersebut. Dia pasti mencari Sunyoul. Cheng Xiao tersenyum sinis lalu berbisik pada diri sendiri, "Pabo.". Dia melambaikan tangannya dengan tinggi bagi menarik perhatian Kogyeol.

Kogyeol menjumpai lambaian tangan Cheng Xiao. Dia menghela nafas kecewa. Hasrat ingin berjumpa Sunyoul tetapi yeoja itu pula yang muncul. Dia terus meluru ke arah Cheng Xiao. "Mana Sunyoul?" Tanyanya dengan geram. "Hmm? Sunyoul? Dia ada cakap nak datang? Saya tak tahu apa-apa." Cheng Xiao berbohong.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now