BAB 3

316 35 0
                                    

'Kringgg~~~'

Bunyi loceng sekolah yang memenuhi seluruh kawasan sekolah manandakan waktu pulang dari sekolah. Sowon mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Begitu juga Yuju, rakan baiknya.

"Sowon, saya minta maaf ya. Boleh tak kalau awak balik seorang diri hari ni? Saya ada kerja presentation yang nak kena buat di makmal komputer." Kata Yuju. Sowon hanya tersenyum, dia boleh pulang seorang diri kerana dia pernah melakukannya beberapa kali.

"Kwenchanha, Yuju-ah. Saya boleh balik seorang diri. Pastikan awak boleh siapkan kerja itu hari ni juga. Okay, annyeong chingu-ya." Sowon terus beredar dari kelas dan melambai ke arah Yuju.

Apabila dia melangkah keluar dari kelasnya, kelihatan susuk tubuh yang sangat dikenalinya selama ini.

"Annyeong,Sowon-ssi." Kata lelaki itu sambil tersenyum ke arah Sowon. Sowon pula membalas senyuman lelaki itu. "Annyeong, Xi. Tunggu siapa?" Tanya Sowon pula. "Saya tunggu penolong kelas ni. Ada tak?" Jawab lelaki yang bernama Xiao atau lebih selesa dipanggil Xi itu. Sowwn berfikir sejenak. Dalam kelas ini, tiada orang lain yang dilantik menjadi penolong ketua kelas selain dirinya.

"Ohh, buat apa nak jumpa saya?" Sowon sudah mula mengorak lengkah sedikit demi sedikit, Xi hanya mengikut dari belakang. "Kajja, saya teman awak balik." Kata Xi. Sowon memberhentikan langkahnya. "Emm... mianhae,Xi. Saya rasa saya nak balik seorang diri hari ni. Mianhae, jeongmal mianhae." Kata Sowon dengan rasa bersalah sambil menunduk hormat ke arah Xi.

"Ohh, jinjja? Kwaenchanha, saya boleh balik dengan kawan-kawan saya. Mianhae kalau saya tiba-tiba ganggu perjalanan awak." Kata Xi pula. Masing-masing senyap, sunyi sepi.

"Emm... saya balik dulu ya, Xi. Jumpa esok. Annyeong." Sowon melambaikan tangannya dan beredar. Xi hanya memandang Sowon dengan hairan dari belakang. Ini bukan kali pertama Sowon menolak permintaannya untuk pulang bersama tetapi untuk yang kesekian kalinya. Xi mula pelik dengan sikap Sowon. Dia tidak pernah pulang bersama orang lain selain Yuju.

-------------------------------------------------------

Sowon melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu menutup pintu. Ayahnya masih bekerja pada waktu ini dan akan pulang pada lewat malam. Jadi dia tidak merancang untuk menyiapkan apa-apa hidangan tengah hari.

-------------------------------------------------------

Kogyeol masuk ke dalam rumah banglonya. Tidak seperti sebelum ini, dia mencampakkan kasut sekolahnya di hadapan pintu. Dengan hati yang panas, dia berjalan laju untuk menaiki tangga.

"Kogyeol? Kenapa jalan cepat-cepat ni? Lepas ni ada apa-apa ya?" Tanya ommanya, Mrs. Kim. Kogyeol memberhentikan langkahnya seketika untuk menjawab pertanyaan ommanya itu. Jika dia tidak berhenti ianya dianggap kurang ajar pula.

"Nae, omma. Lepas ni ada latihan sukan di sekolah." Bohong Kogyeol. Malangnya, ommanya terus sahaja mempercayai anaknya itu. "Tapi taknak makan dulu? Omma dah masak tu. Kalau nak makan nanti turun ya." Pesan ommanya lalu beredar dan masuk ke biliknya. Selepas melihat kelibat ibunya hilang, Kogyeol masuk ke biliknya lalu mengunci pintu dan merebahkan dirinya di atas katil.

Dia mengenangkan perisitiwa yang telah dilihatnya sebentar tadi.

[[[FLASHBACK ON]]]

Kogyeol sedang menunggu beberapa rakannya keluar dari kelas sambil bersandar pada koridor. Ketika itu dia terlihat Sowon dan Xi sedang rancak bersembang. Hatinya sedikit demi sedikit mulai panas.

"Kogyeol? Tengok apa tu? Kajja."

"Mianhae. Kajja." Kogyeol beredar tanpa melihat ke arah Sowon lagi.

[[[FLASHBACK OFF]]]

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now