BAB 38

180 9 1
                                    

Kogyeol mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat kemas yang telah dijumpai di rumah Sowon tempoh hari daripada poket seluarnya. Lalu dia menghulurkan kertas itu kepada Sowon. Sowon menyambutnya dengan hairan. "Apa ni?" Kogyeol menarik tangan Sowon untuk duduk berhadapan dengannya. "Awak bacalah. Saya pun tak tahu apa isi di dalamnya. Saya jumpa kertas ni di rumah awak."

Sowon membuka lipatan itu lalu membacanya.

'Kepada Kim So Jung, appa minta maaf jika appa tak sempat berjumpa kamu sebelum appa pergi. Appa sentiasa menyakiti kamu dan membuat kamu tertekan. Tujuan appa menulis surat ini untuk memberi tahu kamu sebab mengapa appa kurang mengambil berat dan menjaga kamu.

Ini kerana sebelum omma meninggalkan kita, dia berjanji untuk menyerahkan hartanya untuk appa. Tetapi apabila seorang pegawai datang untuk meminta persetujuan, nama kamu yang tertera di atas surat itu. Itu membuatkan appa berasa kecewa dengan omma dan timbul rasa sedikit benci terhadap kamu.

Appa minta maaf kerana menghilangkan diri di luar negara tempoh hari. Itu memang sebahagian daripada perancangan appa kerana appa rasa penat untuk menjaga kamu. Jeongmal mianhae, Sojung-ah...

Appa harap kamu maafkan appa yang banyak menyakiti kamu ini.

Daripada : appa'

Di akhir surat itu, disertakan juga tanda tangan Encik Kim membuktikan surat itu memang ditulis olehnya. "Kenapa saya tak jumpa surat ni di mana-mana?" Tanya Sowon. "Mungkin sebab awak hanya melayan appa awak sehingga tidak ambil kesah keadaan sekeliling. Saya jumpa ni di atas meja sebelah katil appa awak." Ujar Kogyeol pula. Sowon hampir sahaja mengalirkan air matanya tetapi dapat ditahan kesedihan itu.

"Saya pasti appa awak ada meminta maaf daripada awak dalam surat tu. Adakah awak memaafkannya?"

"Saya tak pernah berasa hati walaupun appa selalu menyakiti saya. Dia tetap appa saya dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya sayangkan dia jadi saya tak pernah nampak apa-apapun kesalahan dia terhadap saya." Ujar Sowon. "Saya terima takdir bahawa omma dan appa saya dah pergi meninggalkan saya."

Kogyeol berdiri dan menghampiri Sowon lalu menggosok bahunya. "Awak tak akan seorang diri lagi lepas ni. Awak ada saya. Saya boleh jaga awak macam diri saya sendiri." Kata Kogyeol sebelum membantu Sowon berdiri. "Kajja, kita turun makan."

------------------------------------------------------

Kedengaran bunyi loceng rumah ditekan berkali-kali. Kogyeol dan Sowon yang kebetulan baru sahaja tiba di tingkat di bawah segera menuju ke arah pintu. Puan Kim dan Encik Go juga menerpa ke arah pintu untuk menanti ketibaan anak sulung mereka. Lantas Kogyeol menekan butang yang membenarkan pintu dibuka. Lalu masuklah seorang yeoja ke dalam rumah itu.

"Selamat pulang, noona." Kogyeol menjadi orang yang pertama menyambutnya. Nayoung tersenyum melihat adik namjanya yang sudah semakin membesar itu. "Nayoung-ah, Bogosipda~" Puan Kim memeluk Nayoung begitu juga dengan Encik Go. Setelah itu, Nayoung melihat Sowon dengan hairan. "Awak... yeoja yang menyewa rumah di luar negara hari tu,bukan?" Tanya Nayoung.

Benarlah tanggapannya, Sowon sememangnya pernah berjumpa dengan Nayoung ketika di luar negara. Rumah yang didiami di sana sebenarnya diuruskan oleh Nayoung sendiri. "Nae, Nayoung unnie. Annyeong." Sowon menunduk hormat kepada Nayoung. "Apa kamu buat di sini?"

Puan Kim pantas menarik tangan Nayoung ke arah meja makan. "Nanti kita cerita. Sekarang mari makan. Omma dah masak makanan kegemaran kamu dan Kogyeol."

Kogyeol dan Sowon saling berpandangan lalu mereka ketawa. "Nampaknya awak ada peluang yang cerah untuk menjadi ahli keluarga ni."

"Hish..." Sowon cubit bahu Kogyeol membuatkan namja itu menahan kesakitan.

-----------------------------------------------------

Kogyeol dan Sowon keluar bersiar-siar di sebatang sungai di daerah Bucheon pada suatu petang. Mereka duduk di atas rumput hijau di seberang sungai.

"Dulu kita selalu bergaduh macam anjing dan kucing. Tak sangka kita juga akan disatukan suatu hari nanti." Ujar Kogyeol.

Sowon ketawa. "Kita dah ditakdirkan untuk bersama. Saya bahagia bersama awak, Kogyeol. Terima kasih kerana awak masih tak lupakan saya walaupun saya telah pergi jauh."

"Saya sayangkan awak, Sowon. Awak tak akan hilang di minda dan hati saya. Saranghae."

"Nado saranghae."

Sowon menyandarkan kepalanya ke atas bahu Kogyeol manakala Kogyeol meletakkan tangannya di atas bahu Sowon.

~TAMAT~

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now