IZRAQ tersedar sebaik dia mendengar bunyi riuh di bawah. Bunyi yang semakin lama makin kuat itu membuatkan dia bangun daripada katil.“Kalau kau nak dia, kau kena hadapi aku dulu!”
Izraq turun dari tingkat atas dan nampak nek Ros sedang marah, masih tak nampak siapa orangnya yang sedang dihadapi oleh orang tua itu. Lalu Izraq maju ke hadapan. Dan kedua nek Ros dan lelaki itu tiba-tiba sahaja menghilang. Izraq ikut berlari turun. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum dia akhirnya terpaku, dan perlahan-lahan berundur ke belakang.
Bamm!
Nek Ros dan lawannya sudah berada di belakang Izraq dalam pakaian aneh.
“Tak guna, siapa yang benarkan kau keluar hah, budak?” Nek Ros menegang urat lehernya sambil dia menahan belati berkembar pihak lawannya itu.
Lawan nek Ros berpaling kepada Izraq.
“Jahanam, kau jangan fikir kau boleh dapat dia!”
Nek Ros lepaskan serangan bertalu-talu. Dan Izraq yang masih terpana tergeliat lalu jatuh. Lawan nek Ros kini nampak peluangnya lalu dia mengejar belakang Izraq. Namun nek Ros masih tak beri peluang. Dia mencelah di antara Izraq dan lawan keparatnya itu. Kepala ditoleh ke belakang.
“Tekan suis merah di belakang sofa, 45 darjah daripada muka pintu, menghadap ke kanan.” Nek Ros memberi arahan.
Lalu Izraq bergegas merangkak ke arah suis yang dimaksudkan. Ditekan, dan bunyi gegaran bagai guruh berdentum di belakang rumah nek Ros, membuatkan Izraq terpaku. Dia kembali memandang ke arah nek Ros.
Namun apa yang sedang dilihatnya, dua kali lebih mengejutkan daripada bunyi guruh yang sedang bergempita.Bpang! Bunyi tembakan daripada Glock 18 dengan penyenyap bunyi yang telah sedia terpasang padanya itu masih dapat Izraq dengar. Bunyinya yang agak kuat, namun masih mampu ditenggelamkan oleh bunyi guruh daripada luar.
Izraq terus kaku melihat nek Ros yang kemudiannya mengangkat mayat lelaki itu naik ke tingkat atas. Dan dia mengikut sama.
“Lain kali, kalau aku tak beritahu, kau jangan sesekali turun!”
“Tapi siapakah lelaki ini sebenarnya?”
Nek Ros sudah mengangkat tangan. "Masih mahu bertanya..!""Tapi saya layak tahu! Kalau benar... dia mati sebab saya."
Nek Ros melepaskan keluhan dan menggeleng.
“Dia... Andre.” Perlahan nada orang tua itu. “Kalau kau tak turun, aku mungkin boleh pujuk dia sertai kita, Izraq. Tapi sekarang, nyawa kau lebih penting.”
“Lebih penting? Saya tak faham. Apa kepentingan saya? Mengapa saya begitu penting, nek Ros?”
Nek Ros telan air liur, “Perkara pertama yang perlu kau tahu Izraq, adalah kau cucuku.”
Izraq tersentak, diam.
“Ibu kau adalah anak aku dengan Kilat.”
“Kilat? Mu... musuh bapak?”
Izraq keliru. Dan berbau geram. Dia tidak faham sepenuhnya apa yang terjadi, dan untuk menjadikannya lebih teruk, semua orang seakan mahu terus menyimpan rahsia masing-masing.
“Ya... kerana bapak kamu mengkhuatiri apa yang bakal dia lakukan pada kamu.”
“Kalau betul saya cucunya, kenapa dia nak mengapa-apakan saya pula?”
“Adalah kerana kau cucunyalah dia mahukan kau. Dah tak ada cara lain.”
Izraq makin keliru. Dan nek Ros menghampiri kembali mayat Andre itu sebelum dizip begnya.