Bab 31

219 14 0
                                    

IZRAEL melapangkan fikiran di hotel untuk beberapa hari berikutnya.

Sumbangan besar seorang dato’ yang bersimpati dengan keadaannya itu jelas menunjukkan yang dato’ itu benar-benar tahu perasaannya. Dan seakannya juga tahu keadaan dirinya.
Izrael tidur di dalam bilik hotel itu dengan perasaan sedih dan gelisah. Entah mengapa dia merasakan yang perkara malang dalam hidupnya belum lagi tamat sampai ke situ.

Bagaimanapun Izrael tetap terus menjejak orang tua kutuk yang telah menjadikan dia pembunuh. Dan beberapa minggu tanpa sebarang penemuan, dia akhirnya mendapat klu yang membawa kepada orang tua itu.

“Mastura,” bisiknya.

Wajah Datin Mastura bersama orang tua di dalam gambar itu dia pandang dengan tajam. Dia mengenali perempuan itu. Dia adalah isteri kepada Dato Hamid yang telah membiaya penginapannya di hotel.

Setelah tetap dengan keputusan itu, Izrael mula gelisah. Melibatkan orang luar dalam permasalahannya bukanlah suatu pilihan yang dia sukai, namun dia hanya mahu mengumpan orang tua itu. Dia tidak berniat untuk membawa kecelakaan kepada sesiapa.

Izrael tarik telefon bimbitnya dan dia mula mendail nombor wanita itu.

“Helo Datin Mastura.”

“Ya?”

“Boleh kita berjumpa?”

“Mengenai apa?”

“Margas.”

“Orang tua kutuk itu?”

Mastura gelak, membuatkan Izrael terkejut. Kini barulah dia percaya yang wanita itu adalah sekutunya. Mastura juga nampaknya membenci orang tua itu, walaupun pernah beberapa kali dilihat bersama.

“Baiklah, jumpa aku di gudang lama.”

**

GUDANG itu gelap, sengaja digelapkan. Izrael tidak tahu mengapa. Namun itu tidak penting baginya sekarang, kerana dia sememangnya tidak kisah. Kegelapan adalah dunia yang sebati dengan dia, terapi terbaik untuk dia mengingati waktu lalunya.

Satu susuk wanita tiba-tiba muncul, membuatkan Izraq berjaga-jaga.

“Jadi kenapa kamu nak berjumpa denganku, Naga... Langit?”

“Naga Langit?” bisik Izrael.

Dia tidak pernah mendengar nama itu, dan ianya adalah nama yang pelik. Mengapa semua orang menggelarkannya dengan nama yang pelik-pelik?

“Apakah itu adalah namaku sebenar?” tanya Izrael.

“Kau masih tak tahu? Suami aku belum beritahu kau apa-apa?”

“Tidak. Dia tak beritahu aku apa-apa. Dan... kenapa mesti kau gelapkan kawasan ni?”

Wanita itu makin menghampirinya. Dan Izrael dapat rasakan kehadiran beberapa lagi figura di belakang Mastura. Dia pasti yang mereka itu adalah lelaki.

“Siapa lagi yang bersama kau?”

“Tiada sesiapa.”

Suara Mastura terdengar seperti sedang tersenyum, memandang ke arah lelaki di belakangnya.

“Hanya... beberapa rakan. Anggota polis?”

Izrael terkejut. Dia seperti pernah melihat anggota polis yang dimaksudkan itu. Namun wajahnya dia tidak nampak. Jadi, Izrael tak pasti.

“Kita dah di sini, Naga Langit. Beritahulah aku apa yang kau nak sebenarnya? Atau kau hanya nak perbicaraan kita berakhir hanya di sini?”

Izrael masih celaru. Dia tidak suka dengan nama itu. Entah kenapa.

ParutWhere stories live. Discover now