IZRAEL bangun di dalam sebuah bilik yang gelap. Dia lihat beberapa orang yang juga tidak menyedarkan diri di situ.
“Atau... apakah itu adalah mayat?”
Jantung Izrael berdegup kencang. Dia bangun dengan perlahan, mula mencari suis lampu. Dan sebaik dia berpaling, Izrael hampir pengsan melihat beberapa mayat bergelimpangan di situ.
“Ap... apakah ini?”
“Izrael...”
“Kai!”
“Mengapa kau masih lagi membunuh?”
“Aku... aku terpaksa.”
“Ayah kau dah tinggalkan kau di rumah nek Ros! Kenapa kau datang ke sini dan membunuh lagi!?”
“Aku... aku tak bunuh mereka,” ujar Izrael sambil menunjukkan pada arah mayat-mayat yang bergelimpangan.
“Aku tak maksudkan mereka. Bayi yang kau bunuh itu, bayi kedua yang telah kau bunuh! Kau tak kasihan kepadanya?”
“Aku... aku tak bermaksud. Bayi itu... sekejap. Kai, apa maksud kau bayi yang kedua?”
“Kau dah pernah bunuh seorang bayi untuk Mastura sebelum ini. Kau mencari nahas dengan membunuh bayi. Setiap kalinya. Dan aku rasa kau perlu dapat pengajaran yang lebih baik kali ini. Aku akan pastikan kau ke jel.”
Kai mengeluarkan telefon bimbitnya, dan Izrael segera merempuh tubuhnya, membuatkan telefon bimbit itu jatuh.
“Lawan dengan aku dan aku akan benarkan kau buat apa sahaja kalau kau berjaya kalahkan aku.”
Kai tersenyum.
“Kau... tak pernah serik?”
“Serik?”
“Kau dah pernah kalah dengan aku sebelum ini. Kalau tak disebabkan ‘nasib baik’ pada hari itu, kau takkan pernah mampu menandingi aku. Aku adalah klon sempurna.”
“Kau fikir... aku kisah dengan semua benda tu?”
“Jangan banyak cakap lagi.”
Zass! Pisau belati itu terus menghala pada lengan Izrael, mengejutkannya. Dan Kai menghampirinya tanpa membuang masa. Pisau itu dia tarik kembali, dan segera ditujukan pula pada dada Izrael, namun segera Izrael tangkis.
Izrael berundur ke belakang dan baru sempat menarik kerambitnya. Cincin kerambit itu dia usap berkali-kali, sambil terus mengatur strategi. Dan setelah dia merasa tetap dengan langkah serta pertahanannya, Izrael segera meluru ke arah Kai. Daripada depan, dia hiris urat pada bahu pemuda itu, menjadikan tangannya terkulai layu.
“Tak guna!” marah Kai dan dia cuba untuk menikam tubuh Izrael sekali lagi, kena pada lengannya.
“Lepaskan aku Kai. Aku tak mahu membunuh lagi. Dan... dah cukup apa yang kau dapat tu. Kau masih nak meneruskan perlawanan ni lagi?”
“Kau dah fikir kau menang? Jahanam. Jangan terus membuat keputusan. Aku masih lagi bernyawa!”
Zruss! Zass! Zass! Zass!
Bunyi siren polis setelah itu mengejutkan Izrael lalu lari dari kawasan pembunuhan itu. Dia tidak bermaksud untuk membunuh sahabatnya. Namun itulah yang telah terjadi kini.
**
MEMASUKI rumah Mastura yang jahanam itu, Izrael sudah hilang perasaan lagi. Sungguh dia tidak mahu membunuh lagi. Dia sudah serik, bosan dan sangat lelah sekali dengan pembunuhan. Setiap pembunuhan yang terpaksa dia lakukan menarik jiwanya bersama pergi.
“Tolonglah jangan ditambah lagi mangsaku, Tuhan,” bisik Izrael yang sudah tiada padanya reaksi wajah.
Hanya muka kaku, dan parut yang melintang daripada dahi ke pipi.
Izrael masuk, dan dia menemui Dato’ Hamid. Lelaki berbaju tiduryang terkejut dengan kehadirannya itu langsung tidak mampu untuk mengecam wajah Izrael.
Malahan Dato’ Hamid mengacukan pula pisau ke arahnya. Berniat untuk melindungi diri. Izrael faham dengan tindakan orang tua itu. Dan dia berharap untuk dapat memohon kemaafan daripadanya.
Telah banyak jasa orang tua itu dicurahkan kepadanya. Dan dia sendiri terus digelumangi dosa demi dosa.
“Ma... afkan... aku... maaf.”
Izrael menghampiri dan Dato’ Hamid yang masih terpana, tergelincir, dan tidak sengaja telah menusukkan pisau itu ke perutnya sendiri.
Mastura yang keluar daripada bilik beberapa minit selepas itu pun terpaksa Izrael tangani. Namun saat Mastura melihat tahi lalat pada dahinya, Mastura menangis, dan terbongkar sesuatu yang tidak pernah Aslan bayangkan selama ini.
**
Bapa Izrael tiba kurang setengah jam selepas pembunuh itu, siap untuk menanggung segala jenayah yang telah dan tidak dilakukan oleh Izrael pun.
“Aku mahu menebus dosaku. Apa yang aku terima ini, tidak setanding dengan rasa bersalahku kepadamu, anak.”
Bapa Izrael sebelum dia cium ubun anaknya itu dalam tangisan yang melebat.
“Bapa...”
“Izraq, bapa sayangkan kamu. Kamu harus ingat itu. Kamu mungkin tidak ingat apa yang berlaku, tapi kalau suatu hari nanti jika kamu pulih daripada amnesia ini, ingatlah yang semua yang telah bapa lakukan, ianya kerana bapa tidak memahami sepenuhnya siapa kamu, siapa kita. Dan kerana kasih sayang bapa terhadap kamu, bapa... ayah juga telah menjadi buta dan bapa dengan tindakan bapa sendiri. Maafkan bapa.”
“Tapi bapa..”
“Pergi,”
Izrael dan Mastura masih belum berganjak.
“Pergi! Pergi! Pergi!!”
**
BERITA kematian Arsalan dan isterinya Kara yang baru mencecah usia satu tahun beberapa minggu sebelum itu Izraq sambut dengan wajah kayu tanpa perasaan. Bayi hasil perkahwinan mereka yang diberi nama Arsalina itu Izraq pangku dan cium sebagai anak angkatnya kini.
“Kita ke rumah nek Sofea, ya Ersa?” ujar Izraq sambil dia terus menuju ke rumah nek Rosnya.
Sofea yang telah sebulan dia tinggalkan di sana menyambut mereka dengan perasaan terkejut namun masih menerima dengan hati yang lapang. Izraq kini bebas daripada hambatan, jasa daripada pembelaan bapanya sendiri. Sanggup bapanya mengakukan ke semua kesalahan yang telah dan tidak Izraq lakukan. Kemudian membunuh diri pula di dalam kandang pertuduhan.
Izraq juga sudah tidak berdaya hidup dengan bebanan dosa dan rasa bersalah yang begitu banyak menggunungi sudut hatinya itu. Kalaulah tidak kerana Ersa dan Sofea. Izraq memang sudah lama menyerahkan diri kepada pihak polis.
Tidak sukar untuk dia menyerahkan diri kini memandangkan Margas kini telah pun mati. Namun, tanggungjawab dan bebanannya pula yang menghalang keinginan itu daripada terlunas.
“Aku hidup hanya untuk mereka kini, dan... untuk janji itu. Janjiku dengan Kilat, datuk tak guna. Aku akan tunaikan apa yang kau mahukan. Lagipun... kita sama-sama juara pulau itu, kan?”
Izraq mendongak, menadah langit.
“Kau tak boleh rancang kehidupan dengan sempurna. Apatah lagi untuk mengubah takdir yang telah mengikat kau dengan sebuah jalan lengkap yang tertulis. Kau hanya boleh lalu. Kau tak boleh cipta jalan baru, atau mengubahnya. Kau hanya boleh ubah diri kau untuk mengambil jalan terbaik yang telah pun tersedia. Tak semua helang mahu jadi kejam. Dan tak semua kelicap mahu hidup suci. Tapi mereka adalah apa mereka yang sebenarnya.”