Bab 16

239 15 0
                                    

IZRAQ hanya diam sewaktu sedang dirawat. Dia masih tak dapat melupakan apa yang telah terjadi. Dia masih tak dapat menerima dengan pemikiran dan ingatannya sendiri.

Guru Meor yang awalnya memberi kesempatan untuk dia menstabilkan kembali kewarasannya, kemudian terpaksa menarik dia kembali kepada alam nyata. Sudah seminggu dia begitu. Sedangkan itu bukan perlawanan terakhir yang akan berlangsung di pulau itu.

“Guru Meor...”

“Ya, Izraq?”

“Mengapa dia memanggilkan aku dengan nama si Tukang Cabut Nyawa?”

“Maksud kamu...”

Izraq pandang wajah guru Meor. Dia benar-benar berharap guru Meor dapat memberikan dia penjelasan. Perkara itu terlalu mengganggu diri dan kewarasannya.

“Kilat, si setan tu! Kenapa dia memanggil aku dengan nama Izrael?” soal Izraq.

Guru Meor terdiam. Sebentar kemudian dia meletakkan iodin ke atas meja.

“Menurut Kilat, itu adalah nama sebenar kamu...”

“Nama sebenar? Nama... sebenar? Tak mungkinlah manusia mahu diletakkan dengan nama malaikat? Nama saya Izraq! Dan... saya tak suka bila dia panggil saya dengan nama tu!”

Guru Meor hanya diam. Izraq pula terus menutup matanya. Dada dia sentuh. Dia tahu betapa kecil dia dan betapa besar kuasa Yang Terbesar. Setelah itu dia kembali memandang wajah guru Meor.

“Di mana Timber?”

Guru Meor diam.

“Guru...”

“Dia tiada di sini...”

"Hah!?"

Dada Izraq bagai terenggut.

“Dia... dah mati?”

Izraq tak mampu berpaling pada wajah guru Meor pun.

“Itu aku tak pasti. Aku hanya nampak dia dibawa pergi gombla...”

Izraq membulatkan matanya.

“Guru Meor nampak... di mana?”

Guru Meor mengangkat pandangannya.

“Dari bilik CCTV peribadi milik Kilat. Bersama guru-guru yang lain.”

Izraq telan air liurnya.

“Jadi... betul Timber dibawa pergi?”

Guru Meor membawa diri daripada khemah itu, membiarkan Izraq sendiri.

“Jangan lupa latihan pada tengah hari ni kalau kau tak mahu Kilat sendiri melatih kamu.”

Izraq lepaskan keluhannya. Dia bangun dan keluar daripada ruangan rehat itu, untuk suasana di luar yang  mengejutkan baginya.

Semua orang sudah kembali bersemangat. Mereka seakan manusia baru yang sudah lupa langsung dengan apa yang terjadi tiga hari sebelumnya.

“Nah Izraq.”

Guru Meor, melemparkan kayu buluh kepada Izraq, menghempap tepat kepada tubuhnya. Lalu Izraq angkat dan dia meneruskan kembali latihan yang telah dia tinggalkan bersama guru Meor sebelum ini.

Izraq tahu yang ilmu persilatan terlalu cetek dia kuasai kini. Dan dia tahu yang dia telah bergantung terlalu banyak hanya kepada kerambit sendiri sahaja. Dia nampak salah dia dan dia tahu apa yang perlu dia perbetulkan. Latihan silat bersama guru Meor terasa lebih berkesan dan lebih bermakna bagi dia sekarang.

“Kaki kamu, Izraq! Kalau berhenti hanya di situ, bagaimana kamu mahu menyerang muka lawan. Siku kamu tak dapat sampai bukan? Kamu harus mara setapak lagi. Sedepa lagi. Tolak pipinya dan siku wajahnya!!”

ParutWhere stories live. Discover now