Bab 19

222 17 0
                                    

“JADI, kau akan terus berjumpa dengannya?” tanya Timber sebaik dia dan Izraq sampai ke depan khemah guru Meor.

“Ya, sampaikan salam kepada guru Meor. Katakan kepadanya yang aku selamat. Selepas bertemu dengan Kilat... aku akan kembali semula.”

Timber hanya mengangguk, sebelum dia berpaling ingin masuk ke khemah itu dan begitu juga dengan Izraq yang menuju ke kem gurunya, Kilat.

“Hei Timber...”

Timber berpaling, namun tidak menjawab. Dia sudah tahu apa yang mahu disampaikan oleh Izraq. Dan Izraq juga tahu yang Timber sudah membaca fikirannya. Namun dia masih ingin memperkatakan apa yang ada di mindanya.

“Aku gembira dapat berjumpa lagi dengan kau lagi.”

Timber tunduk. Kemudian dia mengangkat muka, tersenyum.

“Yaa... namun akhirnya kita semua akan tetap berpisah juga, kan?” soal Timber, meninggalkan rasa kurang senang kepada Izraq.

Sungguh pun Izraq sudah sememangnya tahu mengenai hal itu, tapi kata-kata Timber membuatkan dia merasakan yang pengharapan terhadap sesuatu yang tidak pasti itu, seakan tenggelam.

Apakah akan dia yang memenangi pertandingan itu? Ataukah orang lain yang akan membunuh dia dan memenangi pertandingan itu? Atau apakah dia yang akan memenangi, dan orang lain terbunuh, dan apakah jadinya dia, pemenang ataukah pembunuh terulung?

Izraq menyusup melalui hutan itu dengan laju. Dia benar-benar ingin berjumpa dengan Kilat. Hatinya, dan persoalannya mengenai Pertandingan Maiya kali yang lepas, memerlukan jawapan daripada orang tua itu. Namun takdir malang menimpanya dengan tidak semena-mena.

Izraq tergelincir masuk ke dalam tinggalan perangkap lama, menyebabkan dia tersekat hampir seharian di dalamnya. Pelbagai cara dia lakukan untuk melepaskan diri daripada perangkap itu. Namun entah bagaimana nasib malang terus menimpa dia. Usaha demi usaha yang dia lakukan, gagal. Dia tak mampu melepaskan diri daripada lubang itu. Mindanya langsung tidak dapat menghasilkan taktik yang bernas untuk meloloskannya.

Namun setelah dia mengambil keputusan untuk berehat buat beberapa waktu, Izraq akhirnya mendapat akal dengan menggunakan ceracak buluh yang tidak menjadi itu bersama dengan tali yang ada. Kali ini hayunannya kepada dahan pokok di atas akhirnya berjaya dia belitkan.

“Arghh... Kenapa aku tidak terfikirkannya?”

Izraq berjaya keluar. Dan hari sudah pun merangkak malam.

Izraq mengeluh mengingatkan kecelusannya itu tadi. Namun langsung dia lupa akan kemungkinan perangkap lain di luar lubang itu, membuatkan Izraq terpadah lagi menerima  jerat seterusnya.

Dua bidasan mata pisau tepat mengenai paha dan sipi dahinya. Lalu Izraq melangkah menjauhi kawasan itu, terjatuh dalam keadaan lapar, penat, dan kecewa. Luka dibalut, sedang mulutnya tidak henti-henti membebel. Dia cuba untuk melepaskan kekecewaannya dengan terus mengingati Yang Maha Melapangkan. Dan dia berakhir tertidur di pokok yang berdekatan.

Sebaik Izraq bangun pada subuh keesokkan harinya, dia memaksa dirinya menempuh hutan itu untuk ke kem Kilat. Dia perlu menyelesaikan teka-teki yang bersarang di mindanya. Namun sebaik Izraq sampai ke kem Kilat dia terkejut melihat kemusnahan pada kem itu. Izraq berdebar masuk dan terus mencari bayang Kilat. Dia melangkah, dan melihat keadaan kerusi yang terbalik, keadaan pangkin yang sudah patah riuk dan keadaan tunggang-langgang di dalamnya.

“Kilat!” panggil Izraq melihatkan tubuh Kilat yang terbaring.

Izraq berlari terkocoh-kocoh, mendekati tubuh orang tua itu. Dan serta-merta dia kaku. Kecederaan pada tubuh datuknya itu dia teliti sebelum tangannya diangkat, berniat untuk menyentuhnya. Namun Kilat tiba-tiba tersedar, dan segera menahan tangan Izraq.

ParutWhere stories live. Discover now