ARSALINA melangkah dengan jantung yang sedang berdegup kuat. Ini adalah kali pertama dia benar-benar dibawa ke tempat yang dicanangkan oleh penjaganya.
Dup! Dup! Dup! Dia berpaling perlahan-lahan memandang kepada hampir seratus lagi peserta lain di situ. Dan di dalam keramaian itu, dia mula mencari satu wajah. Abangnya, Afwan. Yang sedang bergayutan di atas dahan pokok.
Abangnya sendiri tidak mengenali siapakah diri seorang Ersa. Selepas kematian ibu dan bapanya berbelas tahun yang lalu, Ersa telah dijaga oleh pemilik pulau ini. Semua rahsia dan selok-belok kehidupan dan pertarungan telah diturunkan kepadanya. Semuanya adalah untuk hari itu. Untuk apa yang mereka tentang. Dia tidak dibawa bersosial, atau bertemu dengan ramai orang, termasuk abangnya sendiri.
Tapi, sebaik diberitahu oleh penjaganya itu mengenai hal sebenar tentang abangnya, Arsalina baru tahu sebab apa penjaganya itu memasukkan dia dalam kelas silat itu.
Ianya adalah kelas silat sama yang dimasuki oleh abangnya. Dan dia sememangnya dapat merasakan aura yang berlainan hadir daripada monyet itu berbanding pelajar lain. Abangnya suka bergayut. Dia tangkas dalam serangan hendap daripada pokok. Ersalina memang teringin untuk melihat aksi sebenarnya dengan kemahiran itu.Dan jauh di atas pokok tinggi itu, seorang wanita yang berhud, dan sedang memegang busur silang di atas pokok tinggi itu Arsalina perhatikan lagi. Wanita itu telah beberapa kali mencuri pandang kepada dia sebelum ini. Dia perasan.
Dia juga pernah melihat wanita itu di dalam kem penjaganya. Wanita yang datang dengan pandangan mata kemerahan. Memandang hanya ke hadapan, tiada sisinya. Wanita itu adalah rakan lama penjaganya. Dan Arsalina tidak suka melihat ketertarikan penjaganya terhadap wanita itu.
Keadaan mereka mencurigakan dalam perbualan panjang yang sangat perlahan, dan pandangan yang sangat redup dan selesa antara satu sama lain. Arsalina membencinya. Kalau boleh dia menumpaskan peserta lain di dalam pulau, Arsalina memilih untuk menumpaskan dia.
Seorang gadis tiba-tiba melangkah ke hadapan beberapa langkah mengepalai yang lain.
“Aku adalah ratu pedang...” katanya dan seorang jejaka pula mendekatinya.
“Aku adalah raja tempur. Aku lahir untuk ini!”
Semua orang bersorak. Tidak kurang yang hanya memandang kosong, malas untuk membalas atau menambahkan lagi keangkuhan mereka. Setelah itu, beberapa orang lagi memperkenalkan diri mereka, dan Arsalina hanya memandang kepada pokok yang sedari tadi kelihatannya bergerak-gerak di sana sini. Ada sesuatu bermain-main dengannya. Ataukah sesuatu itu sebenarnya sedang bersembunyi di sebaliknya?
Dum! Dum! Sumbu api yang naik tinggi itu mengejutkan semua peserta.
“Barangkali mereka telah terlupa kembali tujuan sebenar mereka ke mari,” bisik hati Ezrel sebelum dia masuk ke dalam, menyertai mereka.
“Selamat pagi semua peserta, hari ini adalah hari pertama kamu semua berada di sini. Namun sayangnya hari ini juga merupakan hari di mana bulan bakal mengambang penuh. Rasanya kamu telah pun diberi taklimat oleh guru serta orang tua kamu masing-masing, kerana hari ini kita terpaksa terus memulakan pertarungan kita. Saya selaku pemilik pulau Hakrel, kini menetapkan untuk tiada peraturan di dalam pulau ini. Kita hanya akan bertarung nyawa untuk menghabiskan mereka. Tiada simpati, kerana mereka juga dah lama hidup terseksa. Bersihkan pulau ini, sebelum kita terpaksa melihat lebih banyak kemusnahan disebabkan mereka.”
Izrael menghabiskan ucapannya, dan dia campakkan mikrofon itu, sebelum dia juga berlari melawan gombla itu sebaik medan gelombang yang berbentuk kubah itu terbuka. Izrael memusing-musingkan kerambitnya di tangan.
“Serang ginjal mereka!!”
#Ok bab akhir/epilog ni xpenting pun sebenarnya...tapi ini mungkin penanda kepada kemungkinan TRILOGI GINJAL? Kena tunggu la, kemungkinan itu masih ada. Ok terima kasih p pembaca y dah folo n vote n comment..you guys rock. Xoxo