Bab 37

191 14 0
                                    

IZRAEL tak pasti bagaimana dia nak selesaikan perkara tu. Dia tidak mahu membunuh lagi. Tapi pada masa yang sama, dia dah boleh disabitkan kesalahan dengan banyak kes sekarang. Dia tak boleh beritahu Aslan. Dia bimbang Aslan akan membencinya. Dan dia betul-betul tak mahu itu terjadi.

“Tapi, kalau aku tak beritahu perkara sebenar, aku terpaksa membunuh lagi. Dan aku tak mahu itu juga.”

Izrael mundar-mandir memikirkan permasalahannya.

“Tapi sekarang perkara ini melibatkan Afwan. Aku perlu beritahu seseorang.”

Izrael hubungi satu nombor yang dia dapat daripada Aslan.

Nombor polis itu dihubungi dan Izrael mula memberitahu hal sebenar. Kawasan tempat yang telah ditetapkan oleh Mastura dibocorkan tanpa berselindung lagi.

Dia pasti sebab pembunuhan terhadap budak lelaki itu pasti tidak kukuh. Dia mesti tidak bersalah, dibunuh sekadar untuk memenuhi keinginan nafsu gila perempuan tak betul tu.

“Baiklah. Laporan anda akan kami utamakan sekarang. Terima kasih. Tapi, boleh kami tahu siapa yang memberi laporan?”

“Naga Langit...”

Izrael letakkan telefon yang telah dia matikan ke bawah bantal. Dia tidak pasti dengan tindakannya. Tapi itu sahaja pilihan yang dia fikirkan terbaik buat masa sekarang.

Izrael bangun dan segera ke bahagian belakang rumah itu. Sekotak mancis dia bawa bersama dengan surat yang telah diserahkan oleh Afwan kepadanya petang tadi.

Merasakan kesejukan malam sewaktu dia melalui pintu dapur membuat Izrael menggesel lengannya pada tubuh itu. Kemudian dia pandang langit. Bulan yang bersinar terang itu membuatkan bulu romanya meremang kuat. Jantungnya juga berdegup kencang, dan pancainderanya tidak semena-mena menjadi lebih peka.

Izrael merasa tarikan kuat pada bulan. Namun pada masa yang sama dia juga tidak dapat menerima kehadiran perasaan yang sangat kuat itu.

Sebab itu sebaik dia habis membakar Izrael segera mengambuskan abu surat itu dan masuk ke dalam rumah dengan dada yang berdebar-debar.

Sruu! Angin kuat yang tiba-tiba bertiup membuat langkah Izrael terhenti. Dia dapat merasakan kehadiran seseorang daripada belakangnya, namun dia tidak terus berpaling.

Nalurinya memberitahu minda bawah sedarnya yang sebarang pergerakan mencurigakan akan membuatkan musuh rasa terancam
Dan itu pastilah tidak baik.

Zruuup! Satu anak panah tepat mengena kayu dekat muka pintu itu. Izrael berpaling dengan sepantas kilat, namun hanya mampu menangkap bayang musuhnya.

Musuhnya baru turun daripada pokok itu, dia pasti. Namun langkahnya pantas. Izrael tak sempat mempersiapkan dirinya untuk mengesannya.

Izrael pandang anak panah itu. Dia tarik dan mendapati yang bentuknya agak berbeza daripada anak panah daripada busur yang biasa dia lihat di dalam kaca televisyen.

“Anak panah daripada busur yang bagaimanakah ini?” bisik Izrael.

Satu nota yang terlekat pada anak panah itu dia keluarkan.

Hai, Izraq.

Izrael segera memasuki biliknya dan dia meletakkan anak panah itu ke dalam almari. Dan surat itu pula dimasukkannya ke dalam laci, sebelum dia teringat sesuatu.

“Diari Zaki!”

Izrael keluarkan buku diari itu daripada laci bawah.

Meor. Nama yang tertulis pada muka hadapan buku itu Izrael pandang sekilas. Kemudian dia belek helaian demi helaian muka surat sehingga dia sampai kepada tarikh yang membawa dia kepada 8 tahun yang lalu.

ParutWhere stories live. Discover now