Bab 36

203 15 0
                                    

TRUT! Trut!

Izrael tidak langsung mengendahkan panggilan telefon yang berdering. Dia masih menumpukan perhatiannya pada kaca televisyen. Berita penahanan Margas membabitkan kes rogol seorang gadis bawah umur ditonton dengan geli hati.

Izrael ketawa, di dalam benaknya. Tidak dia sangka seorang lelaki yang tua seperti Margas itu masih mampu dan sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti itu.

“Kau lebih layak mati daripada terus hidup. Apa masih belum puas lagi dengan keseronokan hidup yang kau perlakukan atas penderitaan orang lain?” bisik Izrael sebelum dia terpandang gambar Afwan di sebelah kaca televisyen.

Izrael teringat akan kata-kata Margas. Dia juga tak sangka Aslan adalah anaknya, yang mana menjadikan Afwan sebagai cucunya.

“Kenapa agaknya orang tua itu mahu Aslan mengahwini Kara, ya?” bisik Izrael sebelum dia mendengar suara Afwan daripada luar rumah.

Lalu Izrael segera bangun dan membuka pintu hadapan. Wajah bekas isteri Aslan itu Izrael pandang tajam

“Mi... na.” ujarnya.

“Ah, Izrael. Aslan ada?”

Izrael menggeleng, lalu Mina berpaling untuk beredar. Namun segera dipanggil oleh Izrael kembali.

“Kamu... tak... apa... apa?”

Mina perlahan mendekati Izrael.

“Izrael, boleh tak kamu bantu saya untuk memenangi kembali hati Aslan?”

Izrael terpempan, dengan wajah yang terpamer tenang. Dia diam membisu dan terus mencuri pandang kepada Afwan.

“Ah... maafkan saya kerana meminta dengan melulu begini. Saya tahu yang saya ni macam perempuan yang tak tahu malu kerana minta benda macam ni sekarang.”

“Cik... Mina.”

Mina terdiam dan terpaku memandang mata Izrael yang baru dia sedari berwarna hazel itu.

“So... al... jodoh... kamu... serah... kan... ke... pada... Dia.”

Mina menundukkan wajahnya dan menangis sebelum dia berpaling kembali ke keretanya. Izrael juga hanya mampu memandang sahaja penyesalan Mina, sedang Afwan di sebelahnya turut dapat merasakan kesedihan oleh ibunya itu.

“Ibu dan abah memang takkan kembali bersama kan?”

“Siapa... tahu... apa... ba... kal... jadi.”

“Apa maksud abang?”

“Tak... ada... apa... apa... Afwan.”

Afwan hanya diam sebelum dia menundukkan wajahnya dan masuk ke dalam rumah. Beg sekolah dia lontar ke atas kerusi, lalu dipandang kaca televisyen itu dengan terkejut.

“Ah..atuk!” ujar Afwan.

Izrael terpempan. Wajah Margas di kaca televisyen itu dia pandang dengan takjub.

“Berani sungguh orang tua ini bertemu dengan Afwan?”

Izrael sudah mengepalkan tangannya.

“Dari... pada... mana... kamu... ke... nal... dia... Afwan?”

“Atuk ni pernah datang jumpa Afwan di sekolah. Dia perkenalkan dirinya sebagai datuk Afwan. Dan dia suruh Afwan rahsiakan mengenai hal ini daripada pengetahuan abah. Abang jangan beritahu abah pula ya?”

Izrael terdiam. Tak dia sangka Margas berani mendedahkan dirinya yang sebenar kepada Afwan.

“Untuk... apa... dia... jum... pa... kamu?”

ParutWhere stories live. Discover now