Bab 28

238 13 1
                                    

DIA tidak mengingati apa-apa. Di dalam minda dia kini kosong. Dia bangun dalam tubuh yang penuh lebam dan luka parah. Sakit pada seluruh badannya terasa begitu dahsyat. Pandangannya terasa tidak penuh. Matanya pasti bengkak teruk.

Ya. Seperti digigit lebah, bengkak. Dan peluk menitik-nitik membasahi kepala. Tapi kenapa terasa gelap cairan peluhnya?

Seorang lelaki tua memasuki bilik gelap itu, dan dia mengarahkan lelaki yang sedang memegang kepala sang banduan itu untuk melepaskannya. Darah yang membasahi wajah itu dia renjis kasar ke tepi.

“Seronok bermalam di sini?” tanya lelaki tua itu.

Sang banduan membisu

“Apa maksud dia?” fikir banduan itu.

Dia menyentuh lantai yang terasa dibasah cecair pekat. Gelap. Matanya tidak nampak. Jiwanya kosong. Dia tidak mampu mengingati apa-apa. Bagaimana dia boleh berakhir di situ. Siapa telah membawa dia ke sini? Daripada mana dia mendatang? Wajah siapa yang terakhir dia melihat? Tangan siapa yang terakhirnya dia sentuhi? Bagaimana wajahnya? Apa namanya?

“Siapa yang sudah kau bunuh itu?” tanya si lelaki tua itu.

Sang banduan terus membisu. Bunuh? Apakah itu pekerjaannya? Apakah disebabkan itu dia terperangkap di sini? Rambut sang banduan direntap lagi. Ditarik sampai ke belakang.

“Aku bertanya. Dan aku... mengharapkan jawapan,” ujar lelaki tua yang bertongkat itu.

Sang banduan membisu lagi. Pang! Satu tamparan singgah ke pipi. Kuat. Menyemburkan darah.

“Arghh...”

“Sakit? Jawab soalan aku kalau kau tak mahu terus sakit.”

Sang banduan meludahkan cecair berdarah dari mulutnya.

“Aku tak ingat siapa orang itu...”

“Biar aku tolong kau mengingatinya.”

Beberapa lelaki berbadan besar diisyaratkan untuk ‘menyelesaikan’ sang banduan. Pukulan daripada semua sisi terasa menyakitkan. Bergilir-gilir dan berpanjangan. Terasa seperti tidakkan berkesudahan. Namun akal si banduan masih memikirkan soalan yang sama.

“Siapakah aku?”

Sang banduan cuba bangun.

“Siapakah kamu? Mengapa pukul aku? Siapa yang dah aku bunuh?”

Selama tiga hari diseksa dan tubuhnya lunyai. Mukanya bengkak-bengkil. Badannya cedera parah. Tulang rusuknya patah riuk. Dan dia dibawa ke sebuah bandar lengang. Tong sampah hijau itu adalah destinasi seterusnya. Di atas timbunan plastik hitam, dia bakal dicampak.

Malam itu gelap dan manusia tidak ramai lalu lalang pada waktu itu. Si lelaki tua itu keluar daripada keretanya yang bertinted gelap.

Sang banduan yang sedang parah itu cuba untuk membuka mata. Namun hanya cahaya lampu jalan yang terlebih terang di atas kepalanya. Satu pistol diletakkan ke dadanya.

“Ingat siapa yang sudah kau bunuh,”

Sedang sang banduan itu tersedu dengan penuh penyeksaan. Bunyi yang keluar daripada kerongkong bengkaknya itu ditahan-tahan.

“Tung... tunggu."

Sang banduan merintih.

"Setan, se... sekurang-kurang... nya, beri... tahu nama... a... ku.”

Lelaki tua itu menghenjut kaki sang banduan dengan tongkatnya.

“Hei budak tak guna, walau kau lupa nama, namun nampaknya kau tak lupa biadap kau.”

ParutWhere stories live. Discover now