Bab 17

264 17 0
                                    

SUDAH 4 tahun sejak pertandingan yang pertama itu diadakan. Izraq masih lagi meneruskan latihan dengan guru Meor, dan melakukan beberapa latihan susulan dengan Kilat. Semua orang kini mengenali dia dengan nama Izrael.

Hanya beberapa orang sahaja yang masih memanggil dia dengan  nama Izraq. Sedangkan bagi orang lain, nama Izrael sudah terlalu sebati dengan dirinya.

Izraq bagaimanapun sebenarnya langsung tidak suka dengan panggilan itu. Mungkin jika tidak terlalu dibunyikan sebegitu, dia masih suka. Tapi nama Tukang Cabut Nyawa itu tidak untuknya. Dia tidak berkelayakan.

“Aku bukanlah seorang yang... suci, atau terlalu adil, ataupun juga... layak untuk mencabut nyawa?” fikir Izraq, tanpa menyedari yang fikiran itu bakal menghantuinya untuk beberapa lama.

Kini Izraq sudahpun mahir dalam urusan pemburuan. Dia sudah boleh tangkas melangsaikan sendiri burung untuk disembelih, walaupun sang burung sedang berterbangan. Dia sudah tahu mengesan lubuk tupai. Dan dia juga sudah jumpa beberapa lagi haiwan yang boleh dia makan.

Izraq makin mahir dalam urusan menghidupkan api. Dia malahan tahu menghidupkan api di atas dahan pokok sekalipun, untuk dia nikmati kehangatan dan keromantisan cahaya api itu ditempat tinggi. Untuk membuat dia lupa dan kurang diganggu oleh cahaya bulan yang sangat menggoda dan menyeksa jiwanya.

Dan yang penting Izraq sudah pun mahir dalam urusan mengelakkan diri daripada musuh. Dia sudah boleh naik pantas ke atas pokok saat dia melihat gombla datang berkeliaran secara tiba-tiba, atau beramai-ramai. Dia boleh menyelinap di dalam semak, mahupun di atas tanah untuk mengelakkan musuh di atas pokok. Itupun tidak begitu berguna lagi kemahiran itu kini. Kebanyakan peserta yang tinggal kini adalah rakan-rakannya. Mereka telah mengerti adat perlawanan, akan ada yang menang, dan akan ada yang mati. Jadi mereka mula menghargai waktu di luar masa berburu.

Tapi ada satu kemahiran yang ingin Izraq jebakkan dirinya, namun dia tidak mampu. Kemahiran dalam urusan cinta. Sudah ada perasaan lain yang tumbuh antara dia dan Lilly. Sayangnya dia masih tidak dapat membawa dirinya untuk melupakan apa yang telah datuk Lilly lakukan terhadap Gama. Dendam antara cucu itu terpendam jauh di dalam sudut sanubarinya.

Sungguh pun begitu dia masih lagi berkongsi pokok sama yang telah dia dan Lilly kongsikan pada waktu berburu itu. Dan Lilly juga masih lagi menukar bajunya di sebalik batang pokok yang menghalang pandangan mereka masing-masing, masih menantikan dia menghabiskan kumat-kamitnya sebelum dia memulakan bicara yang terkadang romantis.

Dan Izraq, sehingga kini masih tidak mampu melakukan yang lebih daripada itu. Tidak pernah keluar pun perkataan cinta. Dan dia masih tidak mampu fokus di bawah sinar rembulan, tidak tahu kenapa.

“Izraq,” panggil Lilly lembut. “Boleh aku ke dahan sana, dengan kamu?”

Izraq memandang ruangan dahan yang masih muat untuk menampung mereka berdua itu sebelum dia melepaskan pandangannya ke arah gombla yang sedang aktif di bawah. Hatinya keberatan untuk menyetujui. Namun pada akhirnya  dia hanya memberikan jawapan ya, meninggalkan dia menunggu untuk Lilly berpindah dahan, dan duduk rapat dengannya.

Izraq dapat merasa darah yang sedang laju, memanaskan tubuhnya. Dan dia lalu berpaling memandang Lilly yang sudah lama merenung wajahnya.

“Kamu... mempunyai hidung yang sangat mancung, ya?” soal Lilly perlahan. “Dan, bibir yang sangat tebal.”

Izraq tahan bahu Lilly saat hidung mereka bertemu dan bibir mereka hampir tersua. Izraq menggeleng, membuatkan Lilly tersentap dengan perbuatannya.

“Kenapa? Kau... tak cintakan aku?”

Izraq diam. Kemudian dia turun daripada pokok itu dan mula dikerumuni gombla. Izraq tiada pilihan lain selain melawan.

Sungguh pun pagi esok adalah lebih penting memandangkan gombla itu akan menjadi lebih ganas. Dan malam itu sepatutnya dia menyimpan tenaga untuk pertarungan yang lebih sengit, namun dia tak dapat naik kembali untuk bersama dengan Lilly malam itu. Dia bimbang akan terjadi perkara yang dia tidak mahu.

ParutWhere stories live. Discover now