Bab 21

213 19 1
                                    

IZRAQ terus menanti guru Meornya masuk menjenguk. Namun wajah orang tua itu tidak pernah dia lihat. Guru Meor tidak pernah menjenguk dia di dalam bilik kecemasan itu. Izraq pandang wajah Kai di sebelahnya. Guru Chen sudah pun berulang kali menjenguk anak dia.

Sudahlah peserta lain entah mengapa tidak langsung dibenarkan masuk. Izraq menjadi penasaran. Apa sebenarnya yang berlaku di luar? Dia langsung tidak tahu. Dan dia sangat terganggu dibiarkan tertanya-tanya begitu.

Kilat masuk ke dalam bilik rawatannya setelah hampir seminggu dia dirawat.

Izraq mendengus, “Apa yang terjadi kepada guru Meor?”

Kilat hanya membalas dengan wajah yang bersalah.

“Beritahu aku jahanam!”

Kilat berhenti di hadapan kaki Izraq yang berbungkus.

“Guru Meor, dia... dah mati dibunuh,”
Izraq terasa mahu pitam mendengarkannya.

“Siapa yang dah bunuh guru Meor? Siapa yang dah bunuh dia!?”

Air mata Izraq yang sudah, bercucuran dengan laju.

“Kau masih ingat janji yang aku akan beritahu kau siapa pembunuh Rose jika kau menang pertandingan Maiya ini?”

Izraq diam, masih memandang tajam kepada Kilat.

“Pembunuhnya adalah pembunuh sama yang telah membunuh guru Meor.”

“Kau tak payah berselindung, jahanam! Beritahu aku siapa dia!!”

“Aku... tak boleh beritahu.”

Izraq mahu bangun. Namun kemudiannya ditahan oleh beberapa doktor yang masuk ke dalam bilik itu.

“Beritahu aku! Beritahu aku! Beritahu aku, atau aku akan cari anak kau, untuk aku bunuh!!”

Kilat terkejut. Ugutan itu, tanpa disangka-sangka menakutkan Kilat hampir separuh mati. Menjadikan dia berpeluh.

“Baiklah! Aku beri kau petunjuk... dia adalah orang sama yang telah menyerang aku enam bulan yang lepas, salah seorang daripada peserta pulau Hakki...”

Kilat kemudian hanya berlalu keluar daripada bilik, meninggalkan Izraq semakin tidak puas hati dengan jawapannya.

**

IZRAQ tidak sempat ditabalkan sebagai pahlawan pulau Hakki. Kilat lebih dahulu mengambil keputusan untuk menghantar semua peserta pulang. Dengan hadiah sagu hati minima sebanyak RM100 ribu ringgit, hampir semua peserta telah pulang dengan rela, dan tidak kurang yang masih belum berpuas hati.

Sedangkan Izraq, dia hanya dihantar kembali ke Malaysia dengan sejumlah wang dan sepucuk sampul surat.

Izraq tiba di rumah nek Ros dengan hati yang tidak langsung tenang. Dia meraba belakang tengkuknya. Kesan cip di belakang itu membuatkan dia terasa ringan bagai bulu burung. Tiada lagi kebimbangan untuk dikenakan Ledak Ngilu.

Izraq memasuki rumah arwah neneknya itu dengan hati pilu. Dia kini sudah pun berusia 20 tahun. Namun dia masih boleh mengingati setiap latihan, setiap denda yang dia jalani daripada arahan nek Ros. Izraq duduk di atas sofa itu, dan dia pandang ke punat merah di belakang salah satu sofa. Izraq tersenyum, dan dia buka surat yang diserahkan Kilat kepadanya.

Izrael,
Pertama-tama sekali aku ingin memohon maaf atas silap yang pernah aku lakukan. Aku bersimpati dengan kehilangan kau. Guru Meor dan nek Ros adalah sahabat aku juga. Tapi aku rasa kau sepatutnya tidak terlalu memikirkan dendam itu. Perjuangan sebenar kau masih belum tamat. Pulau Hakki kini sudah ditabalkan sebagai Pulau Hakrel. Kau mempunyai kuasa terhadap pulau itu. Aku serahkan segalanya kepada kau.

Tidak seperti aku yang mendapatkan pulau itu dengan cara paksa 30 tahun dahulu, aku nak serahkan pulau itu dengan cara baik kepada kau. Lagipun, kau adalah keturunanku. Dan kau telah melakukannya dengan baik seperti yang aku ingini. Untuk itu aku ucapkan terima kasih. Tapi, ada satu perkara yang aku dah terlepas pandang 30 tahun lepas.

Gombla yang tinggal itu akan terus berkembang biak di dalamnya. Kau perlu kembali semula ke pulau itu, Izrael! Perkembangan gombla akan membahayakan kita, manusia. Suatu hari nanti pembiakan mereka dijangka mampu membuatkan umat manusia jatuh. Aku tidak pernah risau sebelum ini. Tapi, sekarang keadaan sudah berbeza. Walaupun mereka tidak selalunya aktif, namun jika kau ambil masa yang sama seperti aku, gombla itu dijangka boleh menguasai sebuah negara besar dalam masa 3 hari sahaja.

Cukup dengan waktu satu bulan mereka menyelinap bagaikan orang yang tak bersalah, seterusnya mengganas dan membunuh dengan kejam tidak semena-mena. Kalau kau tak bertindak segera, gombla-gombla itu akan terus mencari dan berusaha mendapatkan hak mereka di luar pulau itu, Izrael. Kau harus selamatkan tamadun manusia.

Namun kalau kau masih beria untuk melunaskan dendam kau, satu perkara aku boleh beritahu kau mengenai pembunuh itu: dia tidak mempunyai buah pinggang di sebelah kirinya.

Izraq campak surat daripada Kilat. Klu Kilat langsung tak masuk akal. Permintaannya juga tidak masuk akal. Bagaimana untuk dia membanteras pembiakan gombla itu? Dan pula halnya dengan dendam dia, bagaimana dia nak tahu kalau pembunuh guru Meor dan nek Ros itu tidak berginjal? Kata-kata Kilat langsung tak masuk akal di pemikirannya kini.

Izraq naik ke loteng senjata, dan dia mula menyentuh senjata api yang sesetengahnya sudahpun berdebu. Dia perlu mempelajari kembali penggunaan senjata api. Ini penting buatnya kini kerana semua peserta di pulau itu masih ada yang ingin membalas dendam terhadapnya.

“Aku tak mahu membunuh juga. Tapi, daripada aku mati katak kerana mempertahankan maruah orang tua tak guna itu, ada lebih baiknya kalau aku sendiri bersedia dengan mereka. Bersemuka pastinya adalah pilihan yang lebih baik,” fikir Izraq.

Izraq sentuh revolver yang berwarna hitam. Dia tidak semena-mena teringat akan hari nek Ros dibunuh. Izraq perasan ada kesan luka pada bahu pembunuh itu. Tapi dia tidak dapat ingat betul-betul sesiapa yang berkemungkinan mempunyai parut daripada luka itu.

“Kalau betullah orang itu sekufu Andre, adakah mungkin untuk Kai menjadi pembunuh terbabit? Tapi, kalau benar begitu, takkan Kai tak tahu yang datuknya itu mati di tangan nek Ros? Atau, apakah keduanya tidak berkufu sebenarnya? Berkhidmat untuk orang yang berbeza, dengan kepentingan yang berlainan?”

Izraq menggaru kepala.

“Tak, tak mungkin. Masa Kilat beritahu tentang kematian guru Meor, Kai sedang terlantar lagi di sebelahku. Jadi, dia takkan mungkin bunuh guru Meor, yang juga pembunuh nek Ros. Kan?”

Izraq diam sebentar sebelum dia akhirnya mengerti akan petunjuk yang telah diberikan Kilat sewaktu dia dirawat.

“Jika pembunuh nek Ros, dan guru Meor itu adalah orang sama yang telah menyerang kem Kilat, suspek itu hanya boleh jadi antara 6 orang itu. Dan dibuang Kai daripada senarai suspek, yang tinggal kini hanyalah Naga Langit, Kris, Lilly, Timber dan Sandra!”

Izraq mengerutkan dahinya.

“Tapi mereka adalah kawan-kawan aku? Mereka tahu siapa yang penting di dalam hidup aku. Kenapa sanggup dibunuh guru Meor?”

Izraq lepaskan tembakan pada papan penembak dengan amarah. Tidak semena-mena hari itu menjadi hari latihan intensif buatnya. Izraq cuba hampir ke semua senjata api yang pernah diajar nek Ros suatu masa dahulu. Dan sungguhpun waktu itu sangat singkat, Izraq dapat mengingati setiap latihan yang telah diberikan oleh nek Ros.

“Mengapa aku perlu sendiri akhirnya? Bapa yang telah membuangku, dia takkan mungkin kembali lagi untukku. Ianya mustahil. Dan orang lain juga, nek Ros, guru Meor, Ki... lat? Tak mungkin. Tiada siapa yang mampu aku dampingi lagi.”

Izraq menangisi nasibnya sambil dia mendekati meja dan disandarkan tubuhnya.

“Naga Langit...! Kris...! Lilly...! Timber...! Dan Sandra! Di mana kau semua hah!?” jerit Izraq, yang duduk terjatuh. 

Dia tak sanggup memikirkan mana-mana satu pun daripada mereka yang telah melakukan pembunuhan itu. Namun, dalam masa yang sama dia merasa benar-benar tertipu dengan ‘kebaikan’ dan jaga diri oleh pembunuh sebenar yang masih belum dia pastikan siapa.

“Di mana kau semua berada sekarang? Apakah sudah pulang ke negara masing-masing?” bisik Izraq sambil dia menarik rambutnya kasar.

ParutWhere stories live. Discover now