Bab 27

176 13 0
                                    

#salam semua..sori lambt update n bab berterabur. Ntah kenapa pulak bab ni bleh terlepas pndg..n ari ni sya mungkin akan update bbrapa chapter

"ASSALAMUALAIKUM.." ucap seorang wanita daripada luar rumah itu.

Izraq pandang jam di dinding, sudah pukul 10 malam. Izraq serba-salah untuk membuka pintu. Namun setelah lama salam diberi, Izraq akhirnya menyerah. Topi dia pakai, dan dia buka pintu itu.

Tetamunya adalah seorang wanita yang cantik, barangkali berusia lingkungan awal 40-an. Izraq memandangnya hairan. Dia tidak mengenali wanita itu. Namun diajaknya juga masuk.

"Saya... Mastura."

Izraq termangu. Dia pernah mendengar nama itu, lalu diteliti kembali wajah wanita itu.

Dia adalah wanita sama yang datang sewaktu Izraq tinggal bersama nek Ros.

"Kamu ke sini untuk apa... puan?"

"Saya nak minta tolong. Mak cik Sofea, dia cakap kamu juga adalah salah seorang peserta pertandingan Maiya?"

"Y... ya, saya adalah..."

"Naga Langit bukan?"

Izraq hampir-hampir sahaja terlupa yang dia telah menyamar sebagai Naga Langit dengan mak cik Sofea. Jika dia mendedahkan hal sebenar, pasti mak cik Sofea kecewa mendapat tahu hal anak angkatnya itu. Izraq tak ada pilihan lain.

"Ya. Saya Naga Langit."

"Saya... nak minta kamu bunuh seseorang."

Izraq diam, terpaku.

"Saya hanya nak kamu bunuh seorang bayi. Tolonglah saya."

"Apa? Tidak. Maaf, puan..."

"Tolonglah, Margas nak jadikan bayi saya sebagai pembunuh. Saya tak mahu!"

Izraq berpaling.

"Kurang ajar Kilat. Kau memang masih nak meneruskan tradisi bodoh tu? Tahukah kau penderitaan yang terpaksa kami deritai?" bisik Izraq.

"Tolonglah Naga Langit. Bayi saya masih kecil. Dia tidak tahu apa-apa. Kamu... bunuhlah dia sewaktu dia masih bayi. Atau dia akan membesar menjadi pembunuh!"

"Maaf."

"Saya dah membiarkan seorang lagi budak menjadi pembunuh untuk Margas sebelum ini. Izraq, dia..."

Mastura menangis.

"Saya tak nak anak saya jadi macam budak itu. Saya tak mahu mempunyai anak yang sanggup membunuh nyawa orang yang tak berdosa tanpa rasa takut dan bersalah."

Mastura memandang wajah Izraq yang sudah kepucatan. Wanita itu rupanya mahu menyelamatkan Izraq sebelum ni. Izraq menarik nafas dalam.

"Aku dah banyak membunuh orang. Mungkin tidak mengapa untuk aku membunuh seorang lagi bayi yang tidak bersalah sebelum dia menjadi jiwa yang banyak dosa seperti aku."

Izraq berpaling.

"Baiklah kalau macam tu."

ParutWhere stories live. Discover now