Bab 32

164 13 4
                                    

“EH, Izrael. Awal kau turun?” tanya Aslan sebaik dia melihat Izrael sudahpun berada di tingkat bawah, menghirup udara di pintu utama rumah itu.

“Ya...”

“Ada nak ke mana-mana?”

Izrael hanya mengangguk

“Ke mana?”

Izrael dongakkan kepalanya, merenung tajam kepada Izrael. Masih memikirkan apakah dia perlu memberitahu Aslan hal sebenar atau pun tidak.

Bunyi deringan telefon daripada beg Aslan kemudiannya mengalihkan dia daripada topik perbualan itu, membuat Izrael hanya mampu memandangnya tajam.

“Ah, sekejap ya, Izrael. Ada panggilan daripada Kara... helo. Ya Kara?”

Izrael hanya membiarkan sahaja Aslan berbual dengan rakan sekerjanya itu. Dan sebaik Aslan mematikan panggilan itu, Izrael menghampirinya.

“Apa?”

“Kara... wa... nita... yang... baik.”

Aslan tersenyum. Sebentar kemudian dia menarik rambutnya ke belakang.

“Ya, dia memang wanita yang baik, Izrael. Tapi semua wanita pun boleh menjadi baik kan? Atau... kau ada maksud yang lain?”

“Ba... ik... untuk... kau.”

Aslan tersenyum.

“Mungkin.” Stoking dipakai.

“Me... mang... suka... dia... kan ?”

Aslan bangun, dan memandang tajam pada wajah Izrael.

“Mungkin. Mungkin baik untuk aku. Hanya itu, Izrael. Tak lebih dari tu.”

“Kau... patut... mula... li... hat... dia... seba... gai... wani... ta.”

Aslan hanya membisu sebelum dia melangkah keluar daripada rumah. Dan Izrael hanya hantar Aslan dengan pandangan mata sahaja.

Sebaik kereta Aslan hilang dari pandangan matanya, Izrael  periksa peti masuk mesejnya. Satu mesej masuk beberapa minit yang lalu.

Aku ada di seberang jalan.

Izrael pandang kereta waja di seberang jalan. Pegawai polis itu sedang tersenyum memandangnya.

“Kai.”

Menyampah melihatkan seorang pegawai polis yang berkhianat kepada negara.

“Seberapa hebatkah orang atasannya?” fikir Izrael yang tenang menuju ke kereta itu.

“Aku ingat kau takut.”

“Aku tak pernah takut.”

Kai mencebik.

“Kau perlukannya sekali-sekala. Perasaan selepas kau melepasinya, adalah yang terbaik!”

“Tapi, apa boleh buat. Aku lebih suka menguasai perasaan itu.”

Kai gelak.

“Kau bagus, Izrael. Kau tak pernah berubah. Kau masih Izrael yang dahulu. Hahaha.”

“Kau... dah lama kenal aku?”

Kai menganggukkan kepalanya.

“Kita membesar bersama-sama di dalam pulau itu, Izrael.”

“Pulau?”

“Kau tak perlu tahu mengenai masa lalu kau sekarang. Kau hanya perlu tumpukan kepada perlawanan kau sekarang. Itu sahaja.”

“Siapa lawan aku?”

ParutWhere stories live. Discover now