Bab 35

179 11 0
                                    

IZRAEL masuk ke dalam bilik rawatan dan persalinan itu dalam keadaan dipapah oleh Zaki.

“Terima kasih.”

“Sama-sama, Izrael.”

Izrael duduk dan hanya dibaringkan sahaja pada lantai itu. Tiada doktor, tiada paramedik, atau sesiapa pun yang tahu mengenai perubatan di situ. Mereka hanya tersedia dengan beberapa helai tuala. Dan setelah duduk beberapa lama barulah beberapa kuih tiba di dalam bilik. Itupun telah diberitahu yang ianya ditaja oleh beberapa ‘peminat’ Izrael di luar itu.

Izrael teguk air mineral itu dan dia memandang wajah Zaki.

“Jadi siapa aku yang sebenarnya?”

“Seorang pahlawan,” jawab Zaki pantas, membuat Izrael tergelak.

Sungguh pun begitu, suara Izrael tidak kedengaran seperti dia sedang ketawa. Dan Zaki yang curiga segera membuka penuh topeng pada wajahnya itu.

“Kenapa dengan muka kau?”

Izrael menundukkan wajahnya kemudian dia merenung kembali wajah Zaki.

“Aku... disimbah asid. Saraf wajah aku mati dan walaupun dah dibedah, aku tak dapat memberikan sebarang reaksi. Aku tak boleh mengeksperesikan senyuman, kemarahan atau kesedihan. Hanya ada satu eksperesi untuk semua reaksi.”

“Siapa yang dah buat  semua ni kepada kau?”

“Margas.”

“Hah!?” Zaki terkejut, sedang Izrael terus memakai kembali topeng wajahnya itu.

“Abang Zaki,” ujar Mastura yang datang tiba-tiba di belakang keduanya.

Zaki berpaling dan Mastura memberikan isyarat untuk dia keluar dahulu daripada bilik itu, meninggalkan dia dan Izrael.

Zaki menganggukkan kepalanya dan berpaling kembali memandang Izrael sebelum dia berlalu keluar. Mastura membiarkan Zaki melalui sisinya, tanpa melepaskan pandangan kepada Izrael.

“Kau...adalah seorang lelaki yang sangat perkasa,” ujar Mastura sambil dia melibaskan rambut panjangnya itu ke belakang.

Izrael jadi tak selesa. Dia hanya diam menantikan perkara yang mahu diperkatakan Mastura. Dan Mastura sentuh lembut tangan Izrael sebaik dia melihat tiada reaksi daripada pemuda itu.

“Aku sukakan seorang lelaki yang perkasa. Dan aku... tak suka bila perempuan di luar menjerit nama kau dan melihat diri kau.”

Izrael diam. Dia tak mahu membalas kata. Perlakuan wanita itu sahaja sudah dia tahu agak tidak terkawal.

“Datin Mastura.”

“Ya..?” jawab Mastura, manja.

“Boleh tak kalau saya minta datin hentikan pertarungan ni? Saya tak mahu membunuh orang. Tolonglah.”

Mastura tersenyum. Dia datang merapati Izrael. Makin dekat dan dekat. Sehingga tubuh mereka terpisah hanya seinci. Izrael hanya membatukan dirinya. Dia akan bertindak dalam beberapa masa sahaja lagi. Tapi, dia masih berharap yang Mastura sanggup mempertimbangkan permintaannya.

“Datin.”

Izrael halang tangan Mastura yang sudah mahu membuka topengnya, dalam jarak wajah yang begitu hampir itu.

“Datin dan Dato’... hanya saya anggap sebagai ibu dan bapa saya. Tolong jangan paksa saya buat perkara yang mungkin memberi kesan yang lebih buruk kepada kita...”

“Apa!?”

Muka Mastura mencuka. Dia berpaling.

“Pastikan kau jaga keselamatan kau. Kerana sekarang aku lebih suka tengok kau keluar sebagai mayat!”

ParutWhere stories live. Discover now