Bab 9

261 25 3
                                    


“MINUM air ini..” ujar orang tua itu, dan Izraq hanya mengikut dan meminum  air yang diberikan tanpa banyak soal. Seketika kemudian dia ditidurkan kembali oleh orang tua itu dan tersedar beberapa lama selepas itu.

“Si... siapa kau?” tanya Izraq dalam lemah.

Orang tua itu bagaimanapun hanya diam untuk seketika sebelum dia menjawab dengan tenang.

“Namaku... Margas.”

Izraq diam dan kemudian dia melihat kembali kepada orang tua itu.

“Terima kasih Margas."

“Untuk apa?”

“Kerana telah merawat aku?”

Izraq pandang kepada gelembung-gelembung yang sudah semakin surut. Orang tua itu lalu mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Sama-sama. Tapi, jangan fikir aku adalah orang yang baik. Aku hanya akan memberikan kau masa 3 jam sahaja lagi untuk berehat. Selepas itu sesi latihan denganku akan bermula...”

Izraq mengerutkan dahinya.

“Jadi... tuan.”

Izraq tersenyum.

“Baik!”

Margas kemudiannya keluar daripada khemah itu, dan kembali semula tepat tiga jam selepas itu untuk mengejutkan Izraq yang baru sahaja tertidur.

Tubuh Izraq ditolak dengan tongkatnya. Dan saat Izraq buka mata, dia melihat dunia yang cerah.

“Kita di mana?”

“Dalam kem aku."

"Kem... Margas?"

Izraq terpana, dan dia melihat sekeliling. Tiada orang di situ melainkan dia. Kem apakah ini? Untuk apa kewujudannya?

Tap! Kaki Izraq jatuh sebaik tongkat Margas itu dipatukkan ke dalam lututnya. Izraq berpaling dan dia melihat tongkat dengan bentuk kepala naga itu.

“Buka kuda-kudamu!” ujar Margas.

Dan Izraq dengan segera bangun dan membuka kuda-kudanya.

“Sekarang, keluarkan senjatamu.”

Izraq masih merasa kekok, namun dikeluarkan juga kerambitnya daripada kelongsong di sisi kanannya itu. Dan sebaik dia angkat wajahnya, dia terpana melihat kerambit yang lebih antik daripadanya di tangan Margas.

Kerambit yang berhulu kayu dan hanya mempunyai kepanjangan mata pisau mungkin tiga inci sahaja itu membuatkan dia memandang dengan takjub kepada kerambit orang tua itu.

“Ingin merasakannya?” tanya Margas. Sedang Izraq terus mengangguk tanpa berfikir panjang.

Srup! Pantas. Dalam masa kurang sesaat, dan lengan Izraq sudah pun terbelah. Margas kemudiannya dengan tenang mengambil alatan perubatan kecemasannya. Lalu dirawat dan dibalut luka itu.

“Bagaimana, puas hati dapat merasakannya?”

Izraq tersenyum. Dia jarang, malahan payah sekali untuk senyum. Namun entah mengapa kali ini, dia senyum.

“Jadi, aku kirakan kau puas hati?”

“Terima kasih kerana tidak mempersoalkan aku cucu siapa.”

Margas kepucatan mendengarkan kata-kata itu sebelum bunyi panggilan telefon yang tiba-tiba berdering itu menarik perhatiannya kembali. Lalu dia berpaling dan menjawab panggilan telefon itu.

“Ya, suruh dia tunggu dan tidak membenarkan mana-mana polis pun untuk cuba menyelidiki ‘barang’ yang baru beroperasi itu. Baiklah.”

Izraq masih memandang wajah Margas dengan kagum.

ParutWhere stories live. Discover now