Bab 7

270 23 0
                                    

“ASSALAMUALAIKUM, Timber...” ucap guru Meor kepada anak muridnya itu.

“Ya, walaikumsalam guru Meor.” Timber menjawab dengan kekok. “Hari ini saya bawa seorang rakan.” 

Timber  pandang wajah Izraq.

“Oh, peserta akhir tu ya?” tanya lelaki yang bermisai itu dan Timber segera mengangguk sambil dia duduk di atas pangkin.

“Ke mari, budak,” panggil guru Meor yang masih memandang pada buku di atas mejanya itu.

Izraq mengikut arahan dan melangkah dengan tenang. Langsung tidak dia duga marabahaya yang bakal mendatang.

Guru Meor tiba-tiba bangun, melangkah ke hadapan Izraq dan melepaskan satu tumbukan yang ditahan Izraq dengan tangannya. Lalu peluang diambil guru Meor untuk menyiku pipi kiri anak muda itu.

Izraq hilang keseimbangan dan guru Meor mengunci tangannya kemas pada bahagian bahu Izraq dari belakang. Sebelah tangannya lagi kemudian dia capai pada kelangkang Izraq, dan ditarik pinggang seluar anak muda itu dari hadapan, dan di bawa ke belakang. Menjadikan Izraq hampir berbalik sebelum dia tersungkur di atas tanah.

“Selamat datang ke dunia persilatan moden, anak muda,” ujar guru Meor dengan tenang. Izraq pula tidak segera bangun.

Dia mengingati kembali langkah guru Meor itu tadi sebelum guru Meor menawarkan tangannya untuk membantu Izraq bangun.

Izraq ambil masa beberapa lama sebelum dia pandang tangan yang dihulurkan guru Meor itu. Lalu dia sambut, bangun. Dan dengan laju dia melompat serta melepaskan beberapa tumbukan kepada guru Meor sebelum tangannya laju menyelinap ke belakang. Dan dia kuncikan cengkamannya pada bahu orang tua itu. Guru Meor terperanjat. Sedang tubuh Izraq yang kecil itu sedang bergantungan pada sebelah sisi kanan tubuhnya yang besar dan sasa.

“Kau bagus budak. Bagus. Benar-benarkah kau nak membuktikan yang kau ini cucu Kilat?”

Guru Meor tertawa. Namun ketawa guru Meor serta-merta padam saat dia merasakan alat senjata yang telah lama mahu dia lupakan itu pada torsonya.

“Jangan kaitkan aku dengan Kilat!” marah Izraq sambil dia menekan sedikit kerambitnya pada tubuh guru Meor, menjadikan guru Meor mengangguk patuh.

“Baiklah. Aku rasa kau dah boleh lepaskan aku sekarang?”

Guru Meor angkat tangan tanda menyerah. Dan Izraq tarik kembali tangannya yang bersenjata, sebelum dia melompat ke arah belakang guru Meor.

Pendarahan dalam mulut akibat tersembam wajah ke tanah tadi Izraq ludah keluar, sebelum dia kesat dengan tangan kirinya dan dia merenung tajam kepada orang tua itu. Guru Meor kelu. Dia berpaling kepada Izraq, dan dipandang luka pada bahagian rusuk kanannya itu.

“Aku... dah lama mengharapkan untuk tidak berjumpa lagi dengan senjata pembunuh yang paling membawa maut itu. Tapi Izraq, kau benar-benar adalah orang kedua yang pernah memilihnya. Duduklah dahulu. Aku ingin ke dalam sebentar.”

Guru Meor masuk ke dalam khemahnya, dan dia tinggalkan Izraq bersama Timber. Izraq ambil tempat di sebelah gadis itu. Dan sama-sama menanti guru Meor.

"Kau tak apa-apa?"

Timber tunjukkan arah pada bibirnya.

"Ahh... ini? Tak ada apa-apa. Aku ok."

Timber dan Izraq kembali diam sebelum guru Meor keluar dengan membawa air bunga.

“Minumlah anak muda. Ia baik untuk tubuh kau...”

Izraq pandang wajah guru Meor untuk beberapa lama sebelum dia teguk air itu bersama Timber.

ParutWhere stories live. Discover now