Bab 34

191 15 0
                                    

KELIBAT seorang gadis daripada seberang jalan itu mengejutkan Izrael sewaktu dia mahu memasuki kereta.

“Kenapa, Izrael?” tanya Aslan.

“Tak... ada... apa.”

Izrael masuk kereta dan dia memandang ke seberang jalan. Gadis itu sedang tersenyum dan memandang ke bawah. Tangan bersilang di dadanya.

Izrael terus merenung dan gadis itu tiba-tiba menegakkan ibu jari, jari hantu dan kelingkingnya.

“Apa yang cuba kau beritahu?” bisik Izrael.

Gadis itu tersenyum. Dan dia berlalu pergi. Izrael terpinga-pinga. Apakah ada pengertiannya?”

**

Trutt! Trutt!

Izrael bangun daripada tidurnya dan menjawab panggilan telefon itu.

“Helo?”

Tiada jawapan oleh si pemanggil. Lalu Izrael menjarakkan telefon bimbit itu daripada wajahnya. Panggilan nampaknya masih lagi aktif.

“Helo...?”

Masih tiada berjawapan.

“Assamualaikum... siapa ni?”

“Wa... alaikumussalam, Izrael. Ini aku, Margas.”

Izrael terdiam.

“Apa kau nak, orang tua tak guna?”

Margas diam. Kemudian ketawa berdekah-dekah.

“Nyawa kau,” jawabnya.

“Siapa... yang dah aku bunuh?”

“Anak aku. Kau dah lupa?”

“Kau... yang dah buat aku lupa. Sekarang beritahu aku, siapa aku? Apa yang berlaku kepadaku sebelum ini? Dan anak kau. Siapa yang dah aku bunuh tu? Kau dah bunuh Mia, kan? Sekarang kau boleh hentikan kegilaan kau. Aku takkan membunuh orang yang tak bersalah lagi. Cukup dengan Mia, dan... budak yang tak bersalah itu.”

“Hahahahaha.”

Margas diam.

“Kau boleh salahkan aku sebab dah paksa kau bunuh Mia. Tapi, Dali? Itu adalah salah kau sendiri. Siapa suruh kau percaya perempuan bijak macam Mastura?”

Izrael melepaskan hembusan nafas yang dalam.

“Jadi kau tak ada kena-mengena dengan pembunuhan tu?”

“Hmm... aku pun tak pasti. Sebab apa kau jumpa Mastura? Dan apa yang sudah kau janjikan kepada dia? Atas engkau sama ada aku ada kena-mengena atau tak dengan apa yang telah kau lakukan.”

Izrael mengepal tangannya dalam kegeraman. Orang tua tu tak boleh menafikan penglibatannya. Dialah segala sebab Dali terbunuh. Budak naif tu takkan mati sia-sia kalau tak sebab Margas yang telah menyebabkan Dr Mia terbunuh. Dan kini, dia pula yang terpaksa menanggung akibat atas dendam terhadap orang tua itu pula.

“Izrael, aku... akan maafkan perbuatan kau yang telah membunuh anak aku dahulu, kalau kau berjaya buat Aslan mengahwini Kara.”

Izrael terkejut. Permintaan itu tak masuk akal dan bodoh baginya.

Tidak, bukan soal Aslan atau Kara masalahnya sekarang, tapi adalah mengapa si Margas nak menyibuk dalam kehidupan peribadi Aslan pula? Apa hubungan mereka sebenarnya? Izrael melepaskan keluhnya.

“Mengapa kau perlu menyibuk dalam kehidupan sahabatku?”

Ketawa Margas di hujung panggilan membuatkan dia jengkel.

ParutWhere stories live. Discover now