"SARA..." Sara tergagap-gagap untuk memberitahu Datin Seri Ayuni.
"Sara apa ?" Soal Datin Seri Ayuni lalu berjalan ke arah Sara semula.
"Mummy sebenarnya Sara nak pergi ke tandas sekejap" Kata Sara pada Datin Seri Ayuni.
"Sara ini kan mummy ingatkan apalah tadi pergilah mummy tunggu di butik" Kata Datin Seri Ayuni kepada Sara.
"Terima kasih mummy Sara pergi sekejap saja" Kata Sara lalu segera berlari ke arah tandas yang berada di hujung bangunan berdekatan dengan Secret Garden.
Sara keluar dari tandas dan membetulkan tudungnya di hadapan cermin lalu dia memandang wajahnya yang dipantulkan pada cermin.
"Siapa perempuan itu ? Kenapa dia sering keluar dengan Harraz ? Takkan dia teman wanita Harraz ?" Soal Sara dengan nada suara yang perlahan.
Sara berjalan keluar dari tandas dan dia terlihat Harraz begitu bahagia bersama perempuan itu.
"Kalau dengan aku tak pernah senyum macam itu tapi dengan perempuan itu boleh pula" Kata Sara dengan rasa tidak puas hati sekali.
"Apa kata aku beli kamera sebagai ganti kamera hari itu mesti harraz suka dan mungkin boleh baiki hubungan kami berdua" Kata Sara lalu berjalan menuju ke kedai kamera yang berada di hadapan Secret Garden.
"Cik,ada tak kamera seperti ini ?" Tanya Sara pada penjual itu sambil menunjukkan gambar kamera di dalam telefon miliknya.
"Ada,sekejap saya ambilkan" Kata penjual itu lalu mengambil kamera yang berada di dalam almari kaca.
"Betullah cik kamera yang inilah saya cari selama ini,berapa harganya ?" Tanya Sara dengan begitu teruja kerana menjumpai kamera yang sama dengan kamera Harraz.
"Rm 899 ringgit" Kata penjual itu kepada Sara sambil tersenyum melihat gelagat Sara persis kanak-kanak sebaik sahaja penjual itu menunjukkan kamera tersebut kepada Sara.
Sara mengeluarkan duit daripada dompetnya dan dihulurkan kepada penjual itu.
"Terima kasih datang lagi" Ucap penjual itu lalu menghulurkan beg plastik yang berisikan kamera di dalamnya kepada Sara.
"Sama-sama in sha Allah" Kata Sara lalu mengambil beg plastik tersebut dan tersenyum manis ke arah penjual itu.
Sara keluar dari kedai kamera dengan senyuman di wajahnya dan berkata di dalam hati.
'Harraz mesti suka kamera yang aku beli ini dan aku mesti rebut hati dia dan aku akan pastikan rumah tangga kami tetap utuh'
"Harraz,kenapa dengan perempuan itu awak boleh bermesra namun dengan saya pandang pun tak nak" Kata Sara sambil berdiri di hadapan kedai kamera dan memandang ke arah kedai Secret Garden.
"Risya,nak rasa kek ini ?" Soal Harraz sambil menghulurkan sesudu kek kepada Risya lalu menyuapkan Risya.
"Alamak aku terlupa pula yang aku datang dengan mummy mesti mummy tanya kenapa lambat sangat aku pergi ke tandas" Kata Sara lalu berjalan menuju ke tempat Datin Seri Ayuni.
"Hah ! Sara kenapa lambat sangat kamu pergi tandas ?" Soal Datin Seri Ayuni yang sudah selesai membayar baju di kaunter.
"Tadi tiba-tiba Sara rasa sakit perut" Kata Sara lalu tersengih.
"Okey jomlah kita pergi makan sebab mummy dah lapar" Datin Seri Ayuni mengajak Sara untuk pergi makan bersamanya.
"Mummy apa kata kita masak di rumah lagipun hari dah nak gelap mesti daddy dan Fanirah pun lapar juga" Kata Sara.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...