Perlahan-lahan anak mata Harraz terbuka memandang siling hospital yang berwarna putih.Harraz memandang ke sisi kelihatan Risya yang sedang tidur.
'Pasti dia dah tunggu aku sedar terlalu lama,kesiannya' Gumam hati Harraz sambil menatap wajah Risya yang terlena.
Harraz bangun dengan perlahan-lahan kerana dia tidak ingin mengejutkan Risya daripada tidurnya.
Harraz berjalan ke tandas dengan perlahan-lahan.
Selepas beberapa hari,Harraz sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.
"Farihah,bangun ! Solat subuh selepas itu bersiap-siap ke sekolah" Kata Sara sambil menepuk-nepuk perlahan paha Farihah membuatkan Farihah mengeliat dan menyambung semula tidur.
"Farihah,bangun sekarang nanti lewat pula kamu pergi sekolah" Kata Sara yang tetap bersabar mengejutkan Farihah daripada tidurnya.
"Dah jam berapa mama ?" Tanya Farihah yang masih dalam keadaan mamai.
"Dah jam 6 pagi,sayang bangun-bangun pergi mandi sekarang mama nak turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi" Kata Sara sambil menepuk-nepuk paha Farihah sebelum bangun dari katil Farihah.
"Okey mama" Kata Farihah lalu bangun daripada katil dan mencapai tuala di atas kerusi sebelum masuk ke tandas.
Sara mengemas katil Farihah dan menyalinkan jadual untuk Farihah serta mengambil seragam sekolah tadika dari dalam almari baju lalu disangkut di hadapan cermin.
Sara segera keluar dari bilik Farihah dan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi sebagai alas perut untuk Farihah ke sekolah.
Farihah memakai seragam sekolahnya dan menyisir rambut di hadapan cermin kemudian dia menepek sedikit bedak Johnson di mukannya.
Selesai bersiap Farihah mencapai beg sekolahnya yang berada di atas kerusi.Farihah berjalan dengan perlahan semasa menuruni tangga untuk menuju ke dapur.
"Selamat pagi mama" Tegur Farihah sambil meletakkan beg sekolah di atas kerusi di sebelahnya.Kemudian,dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Sara.
"Selamat pagi anak kesayangan mama" Kata Sara sambil tersenyum.Sara mengambil pinggan untuk meletakkan mee goreng lalu menghulurkannya kepada Farihah.
"Nanti datang awal kalau tak Farihah nak merajuk dua tahun dengan mama" Kata Farihah sambil memegang tali beg sekolahnya.
"Kenapa tak merajuk tiga tahun barulah duit belanja mama tak habis disebabkan Farihah" Kata Sara sambil mengangkat keningnya.
"Mama !" Farihah menghentak-hentak kakinya ke tanah serta menyilangkan tangannya dan juga bermasam muka.
"Mama gurau sahajalah nanti mama cuba datang awal" Kata Sara sambil mengusap kepala Farihah.
"Okeylah mama,Farihah masuk ke dalam dulu" Kata Farihah lalu bersalaman dengan Sara dan mengucup pipi Sara.
"Belajar rajin-rajin" Pesan Sara pada Farihah.
"Mama pun mesti bekerja rajin-rajin jangan malas-malas" Kata Farihah sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri.
"Mama tahulah,dah berbual sekarang kamu pergi masuk ke kelas nanti cikgu marah pula" Kata Sara sambil menyuruh anak perempuannya,Farihah masuk ke dalam kelas kerana waktu pembelajaran akan dimulakan.
"Okey mama,bye" Farihah segera masuk ke dalam kelasnya manakala Sara berjalan ke arah keretanya.
Semasa Sara memandu kereta,dia mendapat satu panggilan dari pada Mina.Sara segera mengambil earphone lalu disumbatkan ke dalam lubang telinganya dan disambungkan pada telefon.
"Assalamualaikum Mina,ada apa call aku ?"
"Waalaikumussalam,Sara aku nak jumpa kau di cafe boleh tak ?"
"Boleh sahaja tapi cafe mana kau nak aku pergi jumpa kau dan jam berapa kita akan berjumpa ?" Sara mengambil coklat yang berada di atas kerusi sebelahnya lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Kita jumpa di Cafe yang selalu kita berjumpa dan kita berjumpa pada jam 6 petang sebab masa tu kau dah habis kerja kan ?"
"Ya aku dah balik jam 6 petang so kita jumpa petang nanti"
"Okey bye"
"Bye,Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Sara membuangkan earphone daripada telinganya lalu diletakkan di atas kerusi sebelahnya.
Jam di dinding menunjukkan jam 5 petang,Farihah segera menyimpan buku-buku dan alat tulis lalu menggalas beg sekolahnya.
Farihah berjalan ke arah cikgu Aslina yang mengajarnya bahasa melayu untuk bersalam sebelum keluar dari kelas.
Farihah berlari keluar dan mendapati Sara belum sampai lagi membuatkan dia berhenti berlari dan hanya berjalan ke arah pagar untuk mencari kereta milik mamanya.
"Mama selalu datang lewat" Ujar Farihah sambil memuncungkan bibirnya dan berjalan ke arah kerusi batu yang berada di sebelah pagar.
Farihah sekadar melihat rakan-rakannya dijemput oleh ibubapa mereka dan semua telah pulang kecuali dia dan seorang budak lelaki yang memakai cermin mata bulat.
"Hai" Tegur Farihah pada budak lelaki yang berkaca mata bulat yang hanya duduk di atas buaian.
"Ha-Hai" Budak lelaki yang berkaca mata itu kelihatan pemalu orangnya dan mukanya berubah merah apabila Farihah menegurnya.
"Marilah duduk di sini" Ajak Farihah sambil menepuk-nepuk kerusi batu disebelahnya.
"Ta-tak apa lah" Kata budak lelaki yang berkaca mata itu sambil membetulkan cermin matanya.
"Okeylah kalau macam tu tapi nama awak apa ?" Tanya Farihah.
"Far-Farhan" Kata budak lelaki yang berkaca matanya itu.
"Ouh,perkenalkan nama saya Farihah" Kata Farihah sambil menghadiahkan senyuman ke arah Farhan membuatkan Farhan berdebar-debar apabila memandang Farihah.
"Farhan !" Harraz meluru ke arah Farhan yang sedang menunggu daripada tadi lagi.
'Uncle ni lah yang tengking mama hari tu' Gumam hati Farihah sambil memandang ke arah Harraz.
"Mana papa ?" Tanya Farhan sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Papa kamu tak dapat datang hari ini sebab dia ada banyak kerja jadi dia minta pertolongan daripada uncle" Kata Harraz sambil tersenyum dan memegang bahu Farhan.
"Papa selalu macam ni" Kata Farhan sambil bermasam muka.
'Farhan awak beruntung kerana awak masih ada papa sedangkan saya sejak lahir lagi belum jumpa papa' Farihah memandang ke arah Farhan dan Harraz.
"Kamu kan yang uncle jumpa di taman dan di pizza hut,maaflah sebab hari tu uncle tertengking mama kamu" Kata Harraz pada Farihah.
Farihah sekadar mendiamkan diri dan memandang ke arah Harraz.
"Uncle minta maaf banyak-banyak kalau uncle ada buat kamu dan mama kamu sakit hati atau terluka" Kata Harraz.
"Kenapa Farihah dan mama nak sakit hati lagipun uncle bukan sesiapa bagi kami berdua" Kata Farihah.
'Kenapa aku terasa bila dia kata aku bukan sesiapa bagi mereka berdua ? Kenapa dengan kau Firash ?" Gumam hati Harraz namun dia cuba tersengih.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...