"BAGUSLAH Kalau kamu berdua suka" Kata Datin Seri Ayuni sambil tersenyum ke arah Sara dan Harraz.Sara juga menayangkan senyuman di wajahnya.
"Mummy,macam mana dengan kerja Harraz di pejabat nanti ? Kalau Harraz pergi honeymoon siapa nak tolong Harraz buat kerja di pejabat ?" Soal Harraz.
"Daddy kan ada itu Harraz tak perlu kisahkan sebab daddy boleh uruskan semuanya lagipun itu kan pejabat daddy juga" Kata Dato' Asyraf kepada Harraz membuatkan Sara tersengih kecil sendirian.
"Maaf tiba-tiba Sara teringatkan benda lawak" Kata Sara apabila sedar semua menumpu tumpuan kepadanya.
'Padahal dia gelakkan aku ingat aku tak tahu kau gelak pasal apa ?' Bisik hati Harraz.
"Malam ini menginap di rumah mummy lagipun dah lewat malam kalau kalian balik sekarang" Kata Datin Seri Ayuni kepada anaknya,Harraz dan menantunya.
"Sara okey sahaja tapi suami Sara sahaja yang tak tahu okey atau tak" Kata Sara sambil mengjongket keningnya ke arah Harraz.
"Harraz okey sahaja mummy tapi mungkin Sara tak biasa sebab dia mana pernah tinggal di rumah ini" Kata Harraz sambil mengjongket keningnya semula ke arah Sara.
"So,kalian bolehlah menginap di sini malam ini" Kata Datin Seri Ayuni sa. Il tersenyum melihat keakraban anaknya dan menantunya.
"Okey mummy" Kata Harraz dan Sara serentak.
"Nah !" Harraz melemparkan baju tidur milik Fanirah ke atas katil untuk diberikan kepada Sara.
'Tak boleh beri dengan cara sopan ? Perlukah lemparnya ke atas katil ? Nasib baik suami kalau tak dah lama aku penyek-penyek sampai kecil' Gumam hatinya.Tangannya digenggam kerana geram dengan sikap Harraz.
"Kau dah kenapa pandang muka lama-lama ? Aku tahulah aku handsome" Kata Harraz lalu mencapai tuala dan jubah mandi.
'Cis ! Perasan betullah tapi memang handsome pun suami aku seorang ini' Gumam hati Sara sambil merenung tajam ke arah Harraz.
"Kau dah kenapa tengok muka aku sampai perlu tenung dengan tajam macam ini ?" Tanya Harraz sambil merapatkan mukanya ke muka Sara membuatkan pipi Sara kemerah-merahan.Jantungnya juga tak berhenti berdegup dengan kencang.
"Perlukah muka kau merah sampai macam itu sekali itu baru aku rapatkan muka sahaja bukannya buat apa-apa pun" Kata Harraz tergelak kecil lalu masuk ke dalam tandas.
"Apa maksud dia ? Perlulah sebab dia dah buat aku malu geram betullah boleh pula dia cakap macam itu.Malu aku !" Kata Sara dengan nada yang perlahan lalu dia menumbuk bantal dan menekup mukanya pada bantal.
"Kau tidur di sofa aku tidur di atas katil sebab ini rumah aku" Kata Harraz kepada Sara.
'Asyik-asyik aku sahaja yang tidur di atas sofa dah sakit pinggang aku ini' Bisik hati Sara tidak puas hati diperlakukan seperti ini oleh Harraz iaitu suami sendiri.
"Awak nak solat subuh ?" Tanya Sara apabila melihat Harraz sudah lengkap berpakaian jubah dan kopiah.Namun,Harraz sekadar mengangguk sahaja.
"Tunggulah sekejap saya pergi ambil wudhuk" Kata Sara lalu bergegas masuk ke dalam bilik air.
"Siap" Kata Sara selesai memakai telekung dan membentangkan sejadah di belakang Harraz.Mereka solag subuh secara berjemaah.
"Awak" Sara menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Harraz.
Selepas itu,Sara menyimpan telekung dan sejadah di atas rak.Kemudian,dia mencapai tuala untuk mandi.
"Awak,saya turun dulu" Kata Sara kepada Harraz yang sedang sibuk melayani telefonnya.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
DragosteQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...