"Sara,esok abang hantar Sara ke rumah mama" Kata Harraz sambil memandang ke arah laptop,jarinya begitu menari di atas keyboard laptop.
"Buat apa awak nak hantar saya ke rumah mama,awak nak pergi mana ?" Tanya Sara lalu meletakkan segelas kopi di atas meja bersebelahan dengan laptop Harraz.Sara segera duduk di atas sofa.
Begitu berat buat Harraz untuk meninggalkan isterinya yang sedang mengandung 9 bulan hanya tunggu masa sahaja anaknya bakal lahir ke dunia ini.
"Abang akan pergi korea kerana abang ada kerja di sana tapi abang tak sanggup nak tinggal Sara dan anak kita" Kata Harraz sambil menggenggam tangan Sara dengan erat.
"Abang pergi je,pasal Sara dan anak kita abang jangan risau lagipun ada mama dan abah kan,mommy dan daddy pun ada,apa yang abang nak risau" Kata Sara sambil tersenyum.
"Lega abang mendengarnya" Kata Harraz lalu berdiri dan duduk disebelah isterinya.
"Awak dah ada nama untuk anak kita ?" Tanya Sara sambil memandang wajah Harraz disisinya.
"Sara suka nama apa ?" Tanya Harraz sambil memegang tangan Sara dan menatap wajah isterinya.
"Sara suka nama Farihah sebab maksud dia gembira,Sara yakin dengan hadirnya cahaya mata kita ke dunia ini dia akan memberi kebahagian kepada kita dan orang-orang lain juga" Kata Sara.
"Pandai isteri abang ni pilih nama"
Kata Harraz lalu mencium tangan Sara."Kalau awak,awak suka nama apa ?" Tanya Sara.
"Saya suka nama alisa,apa kata kita namakan anak kita Tengku Farihah Alisa" Kata Harraz sambil mengangkat keningnya.
"Cantik juga nama tu,saya okey asalkan awak okey" Kata Sara lalu mencium pipi Harraz.
"Pipi je" Kata Harraz sambil memegang pipinya,kemudian dia menunjukkan mulutnya menggunakan tangannya kearah Sara.
"Nakal" Kata Sara lalu menolak muka Harraz menggunakan tangannya.
"Nakal-nakal pun suami awak juga,puan Sara" Kata Harraz lalu mencebik tanda merajuk kerana Sara menolak muka.
"Fikir comel buat macam tu" Kata Sara sambil menyilangkan tangannya dan meniup rambutnya yang menutup dahinya.
"Kalau abang tak comel,kenapa Sara boleh tergila-gilakan abang dulu ?" Kata Harraz sambil memandang Sara dan tersenyum nakal.
"Itu cerita dahulu,ni cerita sekarang" Kata Sara.
"Tapi hati Sara tak pernah berubah kan sama ada dulu ataupun sekarang" Kata Harraz sambil mengenyitkan matanya ke arah Sara.
"Saya dah mengantuk,Sara nak tidur dulu,awak sambunglah buat kerja awak" Kata Sara lalu bangkit dari sofa dan menuju ke arah bilik tidur.
"Thanks for everything,Qaisara Asyillie" Kata Harraz sambil tersenyum memandang Sara yang berjalan memasuki bilik tidur.
"Harraz,pergi sana jaga diri baik-baik,kalau dah masuk waktu makan,jangan kamu tak makan pula nanti sakit susah kami disini" Pesan mommy Harraz.
"Okey mommy" Kata Harraz lalu mencium tangan mommynya dan memeluk mommynya kemudian giliran daddynya pula.
Yang terakhir adalah Sara yang sedang berdiri disisi Puan Diana dari tadi.
"Sara,jaga diri baik-baik dan jaga anak kita kerana dia adalah bukti cinta kita,Sara mesti tunggu abang balik,Ingat jangan lupa solat bila Sara ada masalah Sara mengadu pada Allah kerana Allah maha mengetahui,Sara mesti didik anak kita jadi anak solehah dan dapat banggakan kita suatu hari nanti,Sara nama yang kita bincang kelmarin sangat cantik so abang nak letak nama anak kita Tengku Farihah Alisa binti Tengku Harraz Niezal,mungkin abang tiada masa Sara bertarung nyawa di dalam labour room tapi doa abang sentiasa bersama Sara, I love you my lovely wife.Always remember me.Good bye and see you again" Kata Harraz lalu mengucup dahi Sara.
"Janganlah menangis sayang,abang pasti akan kembali ke pangkuan sayang" Kata Harraz lalu mengesat air mata Sara yang mengalir membasahi pipinya.
"Encik Harraz,barang-barang sudah dimasukkan ke dalam bonet,jadi kita dah boleh bertolak sekarang" Kata pak mat iaitu pemandu daddy Harraz.
"Abang pergi dulu,selamat tinggal" Kata Harraz pada Sara,Sara segera bersalaman dengan Harraz dan mencium tangan Harraz. "Take care" pesan Sara.
"Harraz pergi dulu" Kata Harraz kepada orangtua serta mertuanya.
Baru sahaja Harraz hendak menaiki kereta dia terdengar Sara mengungkapkan sesuatu dan memanggilnya dengan panggilan yang dia ingin dengar selama ini.
"Abang ! I Love you,Sara janji Sara akan jaga anak kita baik-baik,Itu janji Sara sebagai isteri abang"
Harraz berpaling ke belakang sambil menghadiahkan senyuman kepada isterinya,berat hati untuk meninggalkan isterinya namun dia perlu pergi demi kerja.
"bye abang" Kata Sara sambil melambaikan tangannya ke arah Harraz.
Harraz segera masuk ke dalam kereta kerana dia takut dia tak dapat menahan diri lagi. Air matanya mengalir keluar terus disapu dengan tangannya.
"Sara,jomlah masuk" Ajak puan Diana pada anak perempuannya.
Sara mengikuti Puan Diana masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah sofa.
Akhirnya Harraz tiba di bumi korea,Harraz mengenakan jaket tebal yang berwarna hitam kerana cuaca di korea sangat sejuk. Harraz segera menuju ke hotelnya yang bersebelahan dengan syarikat SM entertaiment.
Harraz meletakkan bagasi serta beg galas di bawah berdekatan dengan katil,Harraz segera mengeluarkan iphone miliknya untuk membuat video call dengan Sara tetapi tidak dapat.
"Mungkin Sara tidur sebab masa ni dia selalu tidur,kesian isteri abang maafkan abang sebab buatkan Sara menangis hari ni" Kata Harraz lalu meletakkan iphone di atas meja.Harraz segera mengeluarkan tuala,tshirt berwarna hitam,seluar berwarna coklat dari bagasi miliknya.
Harraz terpandang jaket yang dijahit dengan tangan yang berada di dalam bagasinya, Harraz segera mengeluarkan dan mendapati ada sepucuk surat di dalam jaket itu.
Sara tahu sekarang musim sejuk di korea so Sara hadiahkan abang jaket buatan Sara sejak tingkatan 5 lagi,tapi Sara tak berpeluang untuk memberikannya kepada abang dulu jadi Sara rasa Sara patut beri sekarang sebab Sara yakin abang tak akan membuangnya.Pakai tau penat Sara buat.
"Sudah semestinya abang akan pakai,thanks Sara" Kata Harraz lalu meletakkan jaket buatan Sara di atas katil dan dia segera menuju ke arah tandas untuk membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...