HARRAZ mundar-mandir di hadapan unit kecemasan kerana doktor belum keluar untuk memberitahu keadaan Sara setelah sejam berada di dalam unit kecemasan.
"Macam mana keadaan sara ?" Tanya Puan Diana yang segera datang ke hospital apabila mengetahui Sara dimasukkan ke hospital.
"Doktor masih memeriksa keadaan Sara lagi" Kata Harraz.
"Macam mana boleh jadi macam ini kepada Sara ?" Soal Puan Diana kepada Harraz.
"Harraz pun tak tahu balik-balik sahaja Harraz ternampak Sara terlantar di dalam tandas dalam keadaan kepalanya berlumuran darah" Jelas Harraz kepada Puan Diana.
Selepas beberapa minit kemudian,Doktor keluar dari unit kecemasan menyebabkan Harraz dan orang tua Sara segera meluru ke arah doktor.
"Bagaimana keadaan isteri saya ?" Tanya Harraz kelihatan agak risau dengan kejadian yang menimpa Sara.
"Alhamdulillah,keadaan Puan Sara tidak serius tapi dia masih perlu dirawat di hospital untuk mendapat rawatan lanjut" Kata Doktor yang memakai nametag Norain.
"Syukur alhamdulillah,boleh saya masuk sekarang ? "Tanya Harraz
"Boleh" Kata Doktor Norain sambil mengukirkan senyuman manis.
"Terima kasih banyak-banyak doktor" Kata Harraz.
"Sama-sama" Kata Doktor Norain lalu pergi ke arah bilik X-ray.
"Ma,abah Harraz masuk dulu" Kata Harraz kepada ibu dan bapa mertuannya.
"Okey Harraz kami tunggu di luar" Kata Puan Diana.
Harraz hanya berdiri di sisi katil Sara dan memandang ke arah Sara yang sedang terlena mungkin kerana ubat bius.
"Macam mana kau boleh tercedera ?" Soal Harraz sambil melirik wajah Sara.Harraz memandang ke arah kepala Sara yang terbalut rapi.
'Maafkan aku sebab tak dapat nak lindungi kau sampai kau boleh tercedera macam ini' Gumam hati Harraz lalu dia memegang tangan Sara.
'Kenapa aku rasa lain macam bila lihat dia sakit kenapa aku rasa terseksa juga bila lihat dia terlantar di atas katil seperti ini' Gumam hati Harraz lalu melepaskan tangan Sara apabila jururawat menegurnya daripada belakang.
"Maaf encik,kamu harus pindahkan isteri encik ke wad biasa atas arahan doktor Norain" Kata Jururawat yang memakai uniform putih berambut pendek kelihatab seperti orang cina.
"Ouh okey" Kata Harraz lalu mengundur ke belakang untuk memudahkan jururawat-jururawat membuat kerja.Harraz segera keluar dari unit kecemasa untuk memberitahu kepada ibu dan bapa mertuanya bahawa Sara sudah dipindahlan ke wad biasa.
"Kesian anak mama ini" Kata Puan Diana sambil mengusap perlahan tangan Sara.
"Malam ini mama nak jaga Sara boleh ?" Soal Puan Diana sambil memegang tangan Sara dari tadi lagi.
"Awak ini sepatutnya Harraz yang jaga Sara sebab Harraz suami dia" Kata Abdul Aziz kepada isterinya iaitu Puan Diana.
"Yalah saya tahu tapi jaga Sara dengan baik-baik Harraz sebab dia kesayangan mama dan mama tak suka lihat dia sakit" Kata Puan Diana sebagai pesanan buat Harraz.
"Mama,jangan risau kerana Sara dah jadi tanggungjawab Harraz dan sudah pastinya Harraz akan jaga Sara sebaik mungkin" Kata Harraz untuk menyenangkan hati ibu mertuanya.
"Assalamualaikum" Datin Seri Ayuni dan Dato' Asyraf baru tiba di hospital setelah mendapat berita daripada Harraz memberi salam sebaik sahaja pintu wad ditolak.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...