"GELAPNYA orang di rumah ini memang tak nak buka suiskah ?" Kata Harraz lalu menekan suis lampu namun tidak menyala.
"Mungkin elektrik terputus sebab hujan kut" Kata Harraz lalu pergi ke suis utama dan menekannya ke atas semula.
"Sara !" Jerit Harraz yang ternampak Sara terlantar di atas lantai apabila lampu sudah menyala lalu dia segera ke tempat Sara.
"Sara ! Bangunlah kenapa kau tidur sini" Kata Harraz sambil menepuk perlahan pipi Sara namun Sara tetap tidak sedarkan diri dan pipinya terasa agak panas.
"Dia demam ?" Kata Harraz lalu mengangkat Sara ke bilik dan meletakkan Sara di atas katil dengan perlahan-lahan.
Harraz segera menuju ke dapur untuk mengambil basin yang berisi air serta tuala di dalam almari.
Harraz merendamkan tuala kecil di dalam basin yang berisi air lalu dia meletakkan tuala kecil yang basah itu di atas dahi Sara.
"Tak apa rasanya kalau aku tinggal dia sekejap" Kata Harraz lalu bangun dari katil.
"Jangan tinggalkan saya,Harraz saya takut" Sara memegang tangan Harraz membuatkan Harraz berpaling memandangnya kelihatan Sara masih memejamkan matanya.
Harraz melepaskan keluhan berat dan berkata "kesian juga aku lihat dia"
"Aku takkan tinggalkan kau hari ini so tidurlah sepuas-puasnya" Kata Harraz lalu duduk di tepi Sara manakala tangannya dia biarkan sahaja Sara memegangnya dan akhirnya Harraz terlelap di samping Sara.
"Harraz saya cintakan awak sejak dulu lagi saya mengaku sayalah yang selalu intip awak sampai awak rasa rimas dan akhirnya pindah sekolah" Kata Sara dalam keadaan masih tidur.
"Dia menginggau tak sangka dia yang intip aku dulu sampai rimas aku dibuatnya" Kata Harraz kemudian tersenyum.
'Asal kau senyum pula Harraz sah otak dah tak betul' Bisik hati Harraz kemudian menyambung tidurnya semula.
'Dia jaga aku semalam ? Aku harap aku tak menginggaulah semalam okey think positive Qaisara' Bisik hati Sara sambil tersenyum memandang tangannya yang dipegang oleh Harraz.
"Kan bagus kalau hari-hari dia macam ni dengan aku" Kata Sara sambil tersenyum memandang Harraz yang sedang tidur.
Sara menyentuh perlahan kening milik Harraz kemudian tangannya beralih mengusap rambut milik Harraz lalu dia menyentuh pipi milik Harraz.
'Semua tentang awak saya suka lihat awak sangat handsome di mata saya dan kalau ada orang kata awak hodoh di mata mereka namun di mata saya awak tetap handsome,my dear husband' Bisik hati Sara.
"Uhmm" Harraz mengeliat membuatkan Sara berhenti menyentuh pipi Harraz.
"Harraz ! Bangun dah pagi" Sara mengejutkan Harraz dengan menggoncang perlahan bahu Harraz.
"Dah pagi ?" Harraz tersedar dari tidur dan masih lagi dalam keadaan separuh sedar.
"Ya dah pagi awak" Kata Sara sambil menguntumkan senyuman manis kepada Harraz.
"Ouh" Jawab Harraz sepatah lalu dia bangun untuk menyelak langsir dan membuka tingkap.
"Sara ! Kau rasa macam mana sekarang ? Kalau tak sihat kita pergi klinik lepas sarapan nanti" Kata Harraz berpaling ke belakang dan memandang Sara.
'Tak apalah lagipun saya rasa demam saya dah kebas sebab ada orang jagakan semalam" Kata Sara.
"Ermm bangunlah selepas itu ambil wudhuk lepas tu kita solat subuh berjemaah" Kata Harraz lalu menyising lengan bajunya.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomansaQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...