DS 43

7.2K 204 12
                                    

"Risya,berseri-seri I lihat you hari ni" Tegur rakan sekerja Risya yang bernama Nurin.

"Mestilah sebab malam ni I akan pergi dinner dengan Harraz opps lupa dengan Firash" Kata Risya sambil meletakkan tangan dibibirnya,hampir sahaja rahsia terbongkar.

"Ouh patutpun I lihat you bahagia je" Kata Nurin.

"Of course" Kata Risya sambil tersenyum.

"Ermm Risya,I keluar dulu sebab I harus jumpa Encik Aiman di office dia,bye" Kata Nurin sambil melambai-lambai tangan sebelum keluar dari bilik make-up Risya.

"Bye" Risya melambai-lambai tangannya ke arah Nurin.

"Kan aku dah kata kau silap cari masalah dengan orang yang salah,Qaisara Asyillie" Kata Risya sambil merenung cermin di hadapannya.

"Mama !" Jerit Farihah sambil berlari ke arah Sara.

"Farihah,hati-hati nanti jatuh" Pesan Sara pada anaknya.

"Okey mama" Kata Farihah lalu melarikan diri dari Fanirah yang sibuk mengejarnya.

"Kamu macam mana sekarang ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil menuangkan teh ke dalam cawan.

"Macam mana apa,Mommy ?" Tanya Sara sambil memandang hairan Datin Seri Ayuni.

"Kamu dah dapat lupakan pasal kematian Harraz ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil menghulurkan secawan teh kepada Sara.

"Alhamdulillah Sara boleh hadapi dugaan ini tapi lupakan Harraz ? Rasanya sampai bila-bila Sara tak boleh nak lupakan Harraz" Sara mengambil secawan teh yang dihulurkan Datin Seri Ayuni kepadanya.

"Baguslah kalau macam tu,bukan apa cuma mommy tak nak kamu terlalu rindukan Harraz sampai kamu lupakan Farihah" Kata Datin Seri Ayuni sambil memegang tangan Sara serta merenung anak mata Sara.

"Mommy,Sara tak akan pernah lupakan Farihah Sara tak akan abaikan dia kerana Farihah adalah bukti cinta kami dan Farihah menyebabkan Sara mampu bertahan sampai sekarang" Sara memegang erat tangan Datin Seri Ayuni lalu dihadiahkan senyuman dibibirnya.

"Mama ! Farihah lapar" Kata Farihah yang baru datang dan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Datin Seri Ayuni manalah Fanirah duduk di sebelah Sara.

"Ouh Farihah lapar,Jap Tok mi ambilkan kuih" Datin Seri Ayuni mengambil kuih baulu lalu diberikan kepada Farihah.

"Gomawo Tok mi" Kata Farihah sambil tersengih menampakkan giginya.

"Gomawo ? Apa tu ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil menunjukkan muka hairan di hadapan Farihah.

"Gomawo maksudnya terima kasih" Kata Farihah sambil tersenyum dan makan kuih baulu.

"Siapa yang ajarkan ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil mengusap kepala Farihah.

"Mama" Kata Farihah,mulutnya dipenuhi baulu.

"Anak,menantu semua sukakan korea sekarang cucu pula" Kata Datin Seri Ayuni menggelengkan kepala dan memandang Sara dan Fanirah yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Kak Sara,malam nanti kita keluar nak ?" Tanya Fanirah.

"Keluar pergi mana ?" Tanya Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Pergi makan pizza" Kata Fanirah lalu memasukkan kuih baulu ke dalam mulutnya.

"Tapi..."

"Nak ikut juga,ala Mama bolehlah lagipun dah lama Farihah tak makan pizza" Kata Farihah.

"Betul cakap Farihah,bolehlah kak Sara,jebal" Kata Fanirah sambil membuat muka comel di hadapan Sara dan membuat suara kanak-kanak semasa menggunakan perkataan 'jebal'.

"Ermm..."

"Please Kak,dah lama Fanirah nak makan pizza" Kata Fanirah tidak ubah perangainya seperti kanak-kanak.

"Farihah pun nak juga,bolehlah mama" Giliran Farihah pula membodek mamanya hanya kerana satu pizza.

"Okey tapi semua mesti siap awal kalau nak pergi" Kata Sara.

"Yeah !" Maka secara automatik suara kegirangan kedengaran.

"Mommy nak ikut ?" Tanya Sara selepas menghirup teh yang sederhana panas.

"Tak apalah korang sahaja yang pergi sebab malam nanti Mommy dan Daddy kamu nak pergi ke Tahlil arwah Pak cik Osman,kawan baik Daddy kamu" Kata Datin Seri Ayuni.

"Ouh" Kata Sara.

"Farihah,jom pilih baju" Ajak Fanirah lalu meletakkan cawan di atas meja dan berdiri serta menghulurkan tangan kepada Farihah.

"Jom" Farihah berkata dengan riang,dia menyambut huluran tangan Fanirah.

"Bahagia je Mommy tengok Farihah dengan Fanirah" Kata Datin Seri Ayuni lalu tersenyum melihat Farihah berjalan dengan riangnya.

"Biasalah dia kan rapat dengan mak su dia" Kata Sara sambil meletakkan semua cawan dan pinggan ke dalam dulang lalu mengangkatnya ke dapur.

"Letak je dalam singki biar Mommy yang cuci" Kata Datin Seri Ayuni.

"Tak apa lagipun sikit je" Kata Sara sambil mencuci cawan dan pinggan.

"Dah selesai sekarang Sara naik atas dulu sebab nak cuci badan lagipun lepas ni Sara nak keluar dengan diorang" Kata Sara sambil mengelap tangannya dengan tuala kecil.

Sara menuju ke bilik Fanirah kelihatan Farihah sedang mencuba pakaian kanak-kanak perempuan yang dibeli Fanirah baru-baru ini.

"Cantik tak ?" Farihah menunjukkan gaun labuh berwarna pink kepada Sara,sempat lagi menari dengan riangnya.

"Cantik,you always beautiful forever" Kata Sara sambil memegang bahu Farihah dan tersenyum mula terbit dibibirnya.

"Thank you Mama,Mama pun selalu jadi wanita yang cantik di mata Farihah" Kata Farihah lalu memeluk Sara dengan erat.

"Mama je" Kata Fanirah sambil menyilangkan tangannya tanda merajuk.

"Mak su pun cantik juga" Kata Farihah sambil berpaling memandang Fanirah.

"Ya mak su selalu cantik,tak payah kata mak su dah tahu" Kata Fanirah sambil mendepakan tangannya tanda riak

"Mak su tak baik tau riak,nanti Allah tarik kecantikan tu baru tahu sepatutnya Mak su bersyukur dengan kecantikan yang Mak su ada sekarang" Farihah mula dengan ceramahnya.

"Deep,ish Farihah ni kecil-kecil dah pandai ceramah nanti besar nak jadi ustazah ke ?" Tanya Fanirah sambil mencuit hidung Farihah.

"Kalau Allah izinkan apa salahnya" Kata Farihah sambil tersenyum.

"Dah-dah berbual sekarang pergi nanti lewat pula pergi makan pizza itupun kalau masih nak pergi" Kata Sara.

"Of course Farihah nak pergi" Farihah segera mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik.

Sara hanya menggelengkan kepala melihat telatah si comel yang bernama Tengku Farihah Alisa.

"Fanirah,Kak Sara keluar dulu" Kata Sara sambil berjalan keluar.

"Okey Kak Sara" Kata Fanirah selesai mengambil baju,seluar dan selendang dari almari baju.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now