DS 34

7.2K 196 2
                                    

“Aku ingat apa tadi ?” Kata Mina sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Hehe tapi aku betul-betul lapar,aku rasa nak makan mee kari” Kata Sara sambil mengusap perutnya menandakan dia serta bayi dalam kandungannya lapar.

“Kejap aku nak call khuzairi” Kata Mina lalu mengambil telefon bimbit di dalam beg tangannya.

Mereka bertiga tiba di shopping mall dan tempat pertama yang mereka kunjungi adalah medan selera kerana semua sudah lapar.

Sara memesan mee kari dan teh'o ais manakala Mina memesan bihun sup dan jus oren, Khuzairi pula memesan nasi ayam dan apple juice.

Sementara menunggu makanan serta minunan tiba ke meja mereka.Mereka berbual tentang diri masing-masing.

“Hah ! Khuzairi,kau sekarang kerja apa ?” Tanya Sara.

“Aku jadi ahli perniagaan,kini akulah yang menguruskan syarikat daddy aku di sini” Kata Khuzairi.

“Ouh,tak sangka semua dah berjaya sekarang cuma tinggal kita je” Kata Sara sambil memandang ke arah Mina.

“Apa pula aku ?” Kata Mina sambil mengerutkan dahinya.

“Ye lah,kita je yang tak sambung belajar” Kata Sara.

“Walaupun aku tak sambung belajar tapi aku bekerja sekarang” Kata Mina sambil tersenyum.

“Bila masa pula kau kerja ?” Tanya Sara kini dia pula yang mengerutkan dahinya.

“Aku jual online je” Kata Mina.

“Tak beritahu pun aku ni lah kawan bila susah cari aku bila senang lupakan aku” Kata Sara dengan dramanya.

“Tak payah berdrama lebihlah,tu makanan dah sampai” Kata Mina menyebabkan Sara memandang ke arah pelayan yang datang ke arah meja makan mereka.

Selesai Khuzairi membaca doa makan,mereka segera menikmati makanan tersebut dengan penuh berselera lebih-lebih lagi Sara yang berbadan dua.

Selesai Khuzairi membayar makanan di kaunter, mereka menuju ke arah kedai baju couple, Mina berjalan dengan Khuzairi untuk memilih baju mereka manakala Sara berjalan seorang diri untuk memilih baju untuknya dan Harraz.

“Yang ni nampak macam budak-budak pula” Kata Sara sambil memegang baju yang bergambar kartun di tangannya.

“Yang ni nampak over sangat,Harraz pasti tak suka” Kata Sara sambil memegang baju berwarna pink bergambar love dan ada rebeh di leher.

“Yang ni rasanya dah okey,simple pun simple sesuai untuk kami berdua” Kata Sara sambil memegang baju yang berwarna putih yang bertulis Queen di tangan kirinya dan baju berwarna hitam yang bertulis King di tangan kanannya.

“Dah selesai pilih ?” Tanya Mina sambil datang ke arah Sara bersama Khuzairi.

“Dah,jom lah pergi bayar” Kata Sara lalu menuju ke arah kaunter diikuti Mina dan Khuzairi dari belakang.

Selesai membeli pakaian, Mina dan Khuzairi menghantar Sara pulang ke rumahnya.

“Bye korang,drive elok-elok” Kata Sara sambil melambai-lambaikan tangannya.

“Bye,nanti ada masa kita keluar bersama lagi but next time ada Harraz keluar juga” Kata Mina.

“In sha allah” Kata Sara.

Selepas kereta milik Khuzairi sudah pergi dari kawasan rumahnya, Sara mengunci pagar dan masuk ke dalam rumah.

Sara masuk ke bilik untuk menukarkan pakaiannya. Selepas itu, dia menuju ke dapur untuk masak makan tengah hari untuk Harraz.

“Nak masak apa ni ?” Kata Sara sambil memikirkan apa yang perlu dia masak sekarang.

“Hah ! Apa kata aku masak ayam pedas pasti Harraz suka lagipun dia makan je apa yang aku masak” Kata Sara lalu masak ayam pedas buat Harraz.

Selesai memasak, Sara menunaikan solat zohor sementara menunggu kepulangan Harraz.

Ekzos milik kereta Harraz kedengaran menyebabkan Sara segera menuju ke arah pintu dan membukannya.

Sara menyambut kepulangan Harraz dengan senyuman dibibirnya dan menyilangkan tangannya ke dada.

“Nampaknya orang rumah tak boleh berpisah dengan abang ni” Kata Harraz sambil keluar dari kereta dan tersenyum memandang Sara.

“Macam mana kerja hari ni ?” Tanya Sara menuju ke arah Harraz dan mencium tangan Harraz,beg dari tangan Harraz segera dia ambil.

“Okey tu okey tapi hati ni tak tenang memikirkan sang isteri yang sedang hamil tiada disisi” Kata Harraz sambil merangkul leher Sara.

“Amboi ayat dia” Kata Sara sambil memandang wajah Harraz yang sangat dekat dengannya.

“Sara masak apa hari ni,sedapnya bau” Kata Harraz sambil mencuit hidung Sara.

“Ayam pedas” Kata Sara lalu melepaskan dirinya daripada Harraz.

“Wah ! Sedapnya” Kata Harraz memuji masakan isterinya apabila makanan tersebut di hadapannya baru sahaja dia nak duduk Sara segera menghalangnya dan berkata “Tak boleh ! Lepas mandi dan solat baru boleh makan”

“Tapi abang lapar,bolehlah” Kata Harraz.

“Sara kata tak boleh maknanya tak boleh, Now Sara nak awak pergi mandi dan solat zohor selepas itu baru boleh makan” Kata Sara tidak ubah seperti seorang ibu sedang menyuruh anaknya yang degil.

“Okey” Harraz berjalan menuju ke arah biliknya untuk mandi dan solat zohor.

Harraz segera ke arah meja makan, Sara membawa keluar ais bandung ke arah meja tiba-tiba Sara mengadu

“Bau busuk apa ni ?” Sara menutup hidungnya.

“Mana ada bau busuk,bau minyak wangi abanglah” Kata Harraz pelik dengan kelakuan Sara.

“Bau busuk,awak makanlah dulu” Kata Sara menutup hidungnya dan pergi ke arah sofa.

“Tapi siapa nak teman abang makan ?” Tanya Harraz sambil membuat muka kasihan pada Sara.

“Makan seorang dirilah kalau awak nak berada dekat dengan saya,jangan pakai minyak wangi tu” Kata Sara.

“Okey” Akhirnya Harraz makan seorang diri Sara yang melihat Harraz berasa kasihan sepatutnya dia melayani Harraz makan tetapi dia tak boleh nak hidu bau minyak wangi Harraz menyebabkan dia ingin muntah.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now