DS 61

10.2K 229 9
                                    

"Papa ! Mama !" Teriak Farihah lalu Harraz dan Sara segera memeluknya dengan begitu erat sekali.

"Farihah,mama rindukan Farihah" Kata Sara sambil mengusap belakang Farihah.

"Papa pun rindukan Farihah juga" Kata Harraz sambil mengusap kepala Farihah.

"Farihah pun rindukan papa dan mama juga" Kata Farihah sambil mengigit bibir bawahnya lalu air matanya mula mengalir.

"Shhh ! Jangan nangis mama dan papa kan dah ada bersama Farihah sekarang" Kata Harraz sambil mengesat air mata Farihah.

Harraz segera bangun dan memegang tangan Sara dan Farihah lalu memandang ke arah Risya dengan pandangan sangat marah.

"Perkahwinan ini dibatalkan !" Kata Harraz dengan begitu lantang.

"Ma-mana boleh,you kan dah janji nak kahwin dengan I you mesti kahwin dengan I juga tak kira bagaiman pun !" Risya menghentak kakinya ke lantai dan mengenggam tangannya.

"Aku takkan menduakan Sara dan bila masa aku berjanji yang aku akan berkahwin dengan perempuan macam kau yang sanggup menculik demi kepentingan sendiri" Kata Harraz.

"Asslamualaikum,boleh saya tahu siapa cik Batrisya Sabrina ?" Soal seorang anggota polis atau dikenali sebagai inspektor Fatya yang datang bersama dua orang polis lagi.

"Waalaikumussalam,dia cik Batrisya Sabrina" Kata Harraz sambil menunding jari ke arah Risya.

"Kami terpaksa tahan Cik Batrisya atas kesalahan membunuh pada lima tahu yang lalu dan cubaan membunuh Encik Harraz serta dia telah melanggar lari seorang perempuan beberapa hari yang lalu" Kata Inspektor Fatya sambil berjalan ke arah Risya.

"Jangan dekat !" Arah Risya sambil mengacukan pistol ke arah pihak polis.

"Sila letakkan pistol sekarang sebelum kami bertindak dengan lebih keras" Kata Inspektor Fatya sambil mengacukan pistol ke arah Risya juga.

"Risya,tolong jangan jadi macam ni lebih baik kamu ikut mereka ke balai" Kata mummy Risya.

"Mummy ! Risya tak nak masuk penjara ! Kenapa mesti Risya yang menderita ?!" Marah Risya lalu mengacukan pistol ke arah Harraz sekeluarga.

"Kalau aku tak boleh bahagia kau sekeluarga harus mati !" Kata Risya lalu cuba menarik picu pistol itu.

Bang !

Tembakan telah dilepaskan oleh pihak polis kearah Risya dan terkena pada tangannya yang memegang pistol menyebabkan polis segera menangkap Risya.

2 tahun kemudian.

"Farihah !" Panggil Sara dari dapur yang sedang menyediakan sarapan pagi buat anak dan suaminya.

Tetapi tiada sahutan dari anak mahupun suaminya.Sara segera menanggalkan apron yang tersarung di badannya.

Sara segera melangkah keluar dari dapur dan hendak menaiki tangga tetapi dia ternampak seekor arnab sedang berlari berhadapan dengan kolam.

"Eh arnab siapa pula ?" Soal Sara lalu berjalan ke arah arnab itu.

Apabila dia hendak menangkap arnab itu berlari ke arah hadapan rumahnya.Sara sekadar tersenyum sahaja.

"Nak main ya ?" Soal Sara lalu berjalan mengikuti arnab itu perlahan-lahan sehinggalah dia ternampak banyak makanan terhidang di atas meja.

"Farihah ?" Kata Sara apabila ternampak Farihah sedang duduk di atas kerusi dan mengukirkan senyuman kepadanya.

"Hai mama" Kata Farihah membuatkan Sara memandang pelik ke arahnya dan sekarang dia tak nampak lagi kelibat Harraz.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now