“Macam mana keadaan dia sekarang ?” Soal Sara dalam kerisauan,dari tadi lagi Sara asyik mundar-mandir dalam bilik tidurnya memikirkan keadaan Harraz sekarang.Tangannya pula memegang telefon Harraz.
“Kenapa aku risau pula pasal dia ? Dia bukan sesiapa bagi aku” Sara merenung telefon milik Harraz.
“Mama !” Farihah menolak perlahan pintu bilik Sara,di tangannya dia memeluk teddy bear yang sederhana besarnya.
“Masuklah sayang” Kata Sara apabila melihat Farihah yang datang ke biliknya.
“Mama,jom pergi tengok uncle” Ajak Farihah membuatkan Sara memandang Farihah dengan pandangan yang bingung sekali kerana secara tiba-tiba Farihah mengajaknya untuk melawat Harraz.
“Kenapa kamu nak pergi melawat uncle ? Lagipun sekarang dah lewat malam nanti kita pergi esok” Kata Sara sambil memegang tangan kecil milik Farihah.
“Tadi Farihah mimpi pasal uncle dan dalam mimpi tu Farihah panggil uncle dengan panggilan papa lepas tu uncle terus peluk Farihah dan berkata 'Farihah anak papa,lama dah papa tak jumpa kamu papa sangat rindukan kamu papa minta maaf kerana selama ini papa tak ada disisi kamu dan mama'” Kata Farihah lalu menunduk memandang lantai.Air mata sedikit demi sedikit mula menitis jatuh ke lantai.
Sara mengangkat wajah Farihah lalu dipandang lama,tangannya sibuk mengesat air mata Farihah yang mula membasahi pipi si gadis kecil itu.
“Shuh jangan menangis lagi nanti mama bawa kamu pergi jumpa uncle mama janji mama pasti bawa kamu” Kata Sara sambil membuat tanda piece.
“Promise ?” Tanya Farihah sambil menunjukkan jari kelingking lalu Sara mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Farihah.
“So,please don't cry again” Kata Sara sambil mengukirkan senyuman kepada Farihah.Farihah sekadar mengangguk sahaja.
“Sara..” Perlahan-lahan anak mata Harraz terbuka,Dia memandang ke arah siling yang berwarna putih dan memandang ke sisinya.
“Aku dimana ni ?” Ujar Harraz sambil memegang kepalanya.Ingatannya mula kembali menyelubungi dirinya.
“Rafi” Harraz teringatkan kawannya yang tersempit di dalam kereta yang hampir meletup.
“Bagaimana keadaan Rafi sekarang ? Sara,aku perlu jumpa dia sekarang” Kata Harraz lalu menyelakkan selimut yang menyelimuti dirinya dan bangkit daripada katil.
“Encik Firash nak pergi mana ?” Tanya jururawat yang baru memasuki biliknya.
“Siapa Firash ?” Tanya Harraz bingung dia memandang ke arah jururawat yang juga menayangkan riak wajah bingung apabila Harraz bertanyakan soalan seperti itu.
“Firash tu nama enciklah” Kata jururawat itu.
“Mungkin cik salah orang sebab nama saya bukan Firash tapi saya adalah..” Baru sahaja Harraz ingin memberitahu Risya sudah memasuki bilik itu.
“Firash,baguslah you dah sedar you tahu tak yang I risau sangat bila lihat you pengsan kelmarin” Kata Risya sambil memeluk Harraz.
“Lepaskan I sekarang Risya” Kata Harraz membuatkan Risya melepaskan pelukannya.
“I rasa gembira sangat bila lihat you dah sedar semula and you tahu tak ini semua salah perempuan tak guna tu sebab dialah you pengsan macam ni,dasar perempuan tak sedar diri suami dah meninggal dunia masih lagi nak menggatal dengan teman lelaki orang..”
Harraz segera menampar pipi Risya kerana bercakap benda yang tidak elok tentang Sara.
“Firash,apa semua ni ? Kenapa you tampar I memang betul kan apa yang I cakap tentang dia” Kata Risya sambil memegang pipinya.
“Memang patut aku tampar kau sebab kau mengata tentang isteri aku” Kata Harraz,kelihatannya dia agak marah sekarang.
“You dah ingat ?” Soal Risya terkejut mendengar kata-kata Harraz.
“Ya aku dah ingat semuanya aku ingat isteri aku adalah Qaisara Asyillie dan kau adalah perempuan jahat yang selalu cuba memisahkan kami berdua tapi aku bersyukur kepada Allah kerana rancangan kau tak berjaya”
Kata Harraz sambil menunding jari telunjuk ke arah Risya.“I cintakan you sebab tulah I lakukan semua ini,kita kahwin bulan ni sayang” Kata Risya sambil memeluk Harraz.
Sara dan Farihah yang baru tiba di hospital dan segera ke wad Harraz.Apabila tiba di bilik Harraz,Sara memulas perlahan-lahan tombol pintu itu dan terkejut melihat kejadian itu lalu beredar daripada situ.
“Sara !” Harraz segera melepaskan diri daripada Risya dan mengejar Sara yang sudah meninggalkannya jauh.
'Kenapa aku masih berharap ? Lagipun mereka akan berkahwin pada bulan ni,aku memang bodoh sebab menyangka dia adalah suami aku' Bisik hati Sara,dia pantas mengesat air mata yang mula membasahi pipinya.
“Tunggu Sara” Harraz sempat mengejar Sara lalu memegang tangan Sara supaya berhenti.
“Jangan pergi” Kata Harraz membuatkan Sara memandang ke belakang.
“Abang minta maaf kerana abang pergi meninggalkan Sara terlalu lama tapi abang janji abang takkan tinggalkan Sara lagi.Selama 6 tahun ini mesti Sara terlalu rindukan abang kan ?” Kata Harraz sambil mengesat air mata Sara namun Sara sekadar mengangguk sahaja.
“Abang,Sara ingatkan abang betul-betul tinggalkan Sara dan Farihah.Abang tahu tak semasa Sara dapat tahu abang meninggal dunia dalam kemalangan di Korea jantung Sara bagaikan berhenti berdegup namun Sara kuatkan diri demi anak kita Farihah,abang tahu tak setiap saat setiap detik hati Sara asyik teringatkan abang teringat kenangan manis kita” Kata Sara sambil menangis teresak-esak.
“Abang minta maaf sebab terlalu lama tinggalkan Sara” Kata Harraz lalu menarik Sara ke dalam dakapannya.
“Bila Sara ternampak abang buat kali pertama Sara dapat rasakan yang suami Sara dah kembali ke pangkuan Sara namun Sara silap kerana masa itu abang lupakan Sara dan abang mengaku yang abang teman lelaki Risya abang tahu tak pada masa itu hati Sara bagaikan dihunus pedang bagaikan ditikam bertubi-tubi dan Sara juga berfikiran bahawa kenapa Sara diperlakukan seperti ini ? Apa salah Sara ?” Kata Sara menangis di dalam pelukan Harraz membuatkan baju Harraz dibasahi air mata Sara.
“Maaf sebab abang hilang ingatan pada masa itu tapi kalau abang tak hilang ingatan pasti abang takkan luahkan kata-kata itu pada Sara kerana Sara adalah isteri yang abang cintai” Kata Harraz sambil memegang wajah Sara dan memandangnya dengan pandangan sayu lalu dikesat air mata Sara dengan ibu jarinya.
“Papa” Akhirnya Farihah bersuara jua apabila mengetahui hal yang sebenarnya.Rasa rindunya terhadap seorang papa akhirnya diluahkan dan dia juga dapat merasakan kehadiran seorang papa di dalam hidupnya.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...