DS 17

11.7K 312 9
                                    

SARA berpaling ke kanan memandang Harraz yang sedang menikmati aiskrim sambil melihat burung-burung di dalam sangkar.

"Harraz,saya nak tanya sesuatu boleh ?" Tanya Sara sambil menjilat aiskrim yang dipegannya.Sesuka dia sahaja memanggil suaminya dengan nama.

"Sara muda 6 tahun kan,boleh tak panggil saya abang" Kata Harraz

"Tak payah mengada lagipun kekoklah nak panggil abang nanti bila dah sedia Sara panggilah awak 'abang' boleh ?" Kata Sara lalu dia menampar paha Harraz.

"Ouch,nampak saja kecil telapak tangan itu tapi bila dia mula menampar Allah saja yang tahu bagaimana rasanya" Kata Harraz,sempat lagi dia menjeling Sara.

"Itu sikit saja tak akan dah sakit" Kata Sara lalu diakhiri dengan ketawa.

"Ketawa ya nanti abang kerjakan baru tahu" Harraz meletakkan tangannya di atas bahu Sara.

"Eh ! ada apa di sana,jomlah kita pergi tengok" Kata Sara sambil menunding jari untuk menunjuk kepada Harraz di depan sana ada ramai orang sedang berkumpul.

"Malaslah nak jalan,kita duduk saja di sini menikmati angin sempoi-sempoi bahasa" Kata Harraz kepada Sara.

"Tak nak di sana pun ada angin juga,jomlah jomlah jomlah" kata Sara sambil menarik Harraz supaya mengikutinya.Kerenahnya tidak ubah seperti anak kecil.

"Okey" Kata Harraz lalu bangun dari tempat duduknya.Akhirnya dia akur dengan Sara.

"Wow ! ularlah awak,tengok tu comel kulit dia warna kuning" Kata Sara dengan perasaan gembira.Ini merupakan first time dia lihat ular di depan mata dia sendiri.

"Sara,jomlah balik lagipun buang masa saja  tengok ular dan ular ini bahayalah" Kata Harraz,mukanya sudah berkerut kerana Harraz takut ular sebenarnya.

"Alah saya nak peganglah ular itu,awak tak nak sentuhkah kulit dia ?" Kata Sara dengan nada manja sambil mencuit-cuit bahu Harraz.

"Apa ? Sentuh ? Jangan mengada nak pegang atau sentuh ular itu lagipun kalau dia gigit dia lapar lepas itu makan kita macam mana ?" Soal Harraz kepada Sara.

"Bolehlah abang Harraz" Sara semakin mengusik Harraz malah dia mengelipkan matanya ke arah Harraz.

"Tak boleh,abang kata ular itu bahaya maksudnya bahayalah awak tahu tak kalau kita kena gigit kita boleh mati nanti ? Abang tetap tak nak pegang ular itu walaupun awak buat muka comel kelip-kelip mata abang tetap dengan pendirian abang" Kata Harraz sambil menyilangkan tangannya.

"Kamu berdua nak cuba pegang ?" Tanya penjaga ular itu.

"Tak...."

"Boleh juga" Kata Sara sambil tersenyum.Sesuka hati dia sahaja memotong percakapan Harraz menyebabkan Harraz memandang ke arahnya namun dia mengukir senyuman sahaja.

Penjaga ular itu meletakkan ular di atas bahu Sara,Sara hanya memegang kepala dan ekor ular tersebut.

"Awak,tengok ular ini,nak pegang tak ?" Tanya Sara,tak habis-habis mengusik Harraz dari tadi lagi.

"Tak nak" Kata Harraz berkeras tak nak pegang ular yang dipegang oleh Sara sekarang.

"Boleh tak ambilkan gambar kami berdua ?" Tanya Sara pada penjaga ular itu.

"Boleh saja" Kata penjaga ular itu.

"Awak bagilah telefon kepada dia kita ambil gambar guma telefon awak dulu and nanti gambar itu awak sent melalui whatsapp" Kata Sara.

"Okey" Kata Harraz lalu mengeluarkan telefonnya daripada poket lalu menghulurkannya kepada penjaga ular itu.

"Rapatlah dengan saya,tak akanlah nak  bergambar jaraknya jauh sekali" Kata Sara sambil tersengih melihat suaminya yang ketakutan sekarang.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now