DS 42

7.8K 190 8
                                    

"Mak cik,saya nak sate Rm lima belas ringgit" Kata Harraz.

"Okey" Kata Penjual sate itu sambil tersengih ke arah Sara dan Harraz.

"Lepas ini awak nak balik ke atau awak masih nak berasa di sini ?" tanya Sara sambil memandang ke arah Harraz.

"Kita makan di sini,Sara okey tak kalau tak okey kita boleh balik" Kata Harraz.

"Sara okey je" Kata Sara sambil tersengih.

"Mak cik tengok kamu sesuai sangat bagaikan pinang dibelah dua" Kata Penjual sate itu sambil tersenyum manis.

"Terima kasih" Ucap Sara dan Harraz.

"Dah berapa bulan ?" Tanya Penjual sate itu pada Sara.

"Dah 9 bulan" Kata Sara sambil tersenyum.

"Ouh kalau macam tu jaga diri baik-baik" Kata Penjual sate itu sambil menghulurkan sebungkus sate kepada Sara.

"Cukupkah ? Kenapa tak beli lebih ?" Tanya Sara pada Harraz.

"Tak apalah Sara makanlah lagipun abang dah kenyang" Kata Harraz sambil menarik tangan Sara menuju ke tempat duduk yang telah disediakan.

"Betul ni Sara makan seorang diri ?" Tanya Sara sambil menunjukkan reaksi bahagia.

"Betul,Sara abang nak pergi belikan air sekejap,Sara tunggu di sini seorang diri tak apa-apa kah?" Tanya Harraz.

"Janganlah risau lagipun ramai orang di sini" Kata Sara sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Abang pergi sekejap sahaja" Kata Harraz lalu berlari ke arah kedai air minuman.

Harraz datang ke tempat Sara sambil membawa dua gelas plastik minuman di tangannya.

"Nah !" Sara mengambil air minuman yang dihulurkan Harraz kepadanya.

"Thank you awak" Kata Sara sambil mengunyah sate ayam.

"Cubalah ucap thank you sayang" Kata Harraz.

Sara memandang Harraz dengan pandangan tiada perasaan mulutnya pula sibuk mengunyah sate

"Makan tak kongsi pun dengan abang" Kata Harraz sambil mencucuk-cucuk pipi Sara dengan jari telunjuknya.

"Tadi awak sendiri yang kata 'tak apa lah Sara makanlah lagipun abang dah kenyang' Tak ingat ?" Kata Sara sambil mengajuk percakapan Harraz.

"Bila masa abang cakap macam tu,?" Tanya Harraz sambil meletakkan tangannya di atas bahu Sara.

"Orang nak makan ni janganlah kacau" Kata Sara sambil menunjukkan muka marah di hadapan Harraz namun ia tidak dapat menakutkan Harraz.

"Okey abang tak kacau Sara makan,janganlah marah" Kata Harraz sambil mengusap perlahan kepala Sara.

Sara makan dengan penuh berselera sehingga meninggalkan kesan comot di tepi bibirnya.

"Nak lagi ?" tanya Harraz sambil mengambil plastik sampah di tangan Sara lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

"Dah kenyang" Kata Sara sambil tersengih.

Harraz memegang wajah Sara."Dah nak jadi Ibu pun masih lagi makan comot macam kanak-kanak" Kata Harraz lalu mengambil tisu di dalam poket dan mengelap kesan comot di tepi bibir Sara.

"Tak apa makan comot pun sebab ada orang sudi lapkan" Kata Sara sambil memegang tangan Harraz supaya berhenti mengelap kesan comot di tepi bibirnya.

"Dah pandai bermanja-manja ni,siapa yang ajarkan ?" Kata Harraz sambil mencuit pipi Sara.

"Encik Harraz yang ajarkan" Kata Sara sambil tersengih.

"Ermm boleh percayakah ?" Kata Harraz sambil mengangkat keningnya.

"Terpulang nak percaya atau tidak" Kata Sara sambil menggigit lembut bibir bawahnya.

"Jom" Ajak Harraz,Tangan di hulurkan ke arah Sara.

"Pergi mana ?" Sara memandang suaminya yang berdiri di hadapannya.

"Ikut je abang" Kata Harraz sambil tersenyum dan masih menghulurkan tangannya ke arah Sara.

Sara menyambut huluran suaminya.Harraz memegang tangan Sara sehingga tiba di sebuah tasik.

"Kenapa kita datang ke sini ?" Tanya Sara sambil memandang suaminya dengan hairan.

"Lihat ke depan" Kata Harraz sambil membuat isyarat dengan mata supaya Sara memandang ke arah tasik.

"Wow !" Kata sara dengan teruja sambil menutup mulutnya dengan tangan.

"Cantiknya" Kata Sara sambil memandang ke arah tasik,Kelihatan beberapa ekor itik rekaan yang mempunyai tulisan.

I Love Qaisara Asyillie forever

"Bila masa abang rancang semua ini ?" Tanya Sara lalu mengalihkan pandangan ke arah Harraz.

"Secret" Kata Harraz.

"Thank you sebab sudi lakukan semua ini demi Sara" Kata Sara sambil menitis air mata bahagia.

"Everything for you and our junior" Kata Harraz lalu mengesat air mata Sara dengan tangannya lalu dicium dahi Sara.

"I love you too" Sara memandang wajah Harraz yang kini rapat dengannya.

"Mama !" Sara tersedar dari lamunan apabila terdengar Farihah memanggilnya.

'Farihah !' Detik hati Sara tatkala mendengar Farihah menjerit memanggil namanya.

"Farihah ! Mama datang" Kata Sara sambil berjalan menuju ke balik anak perempuannya,Farihah.

"Kenapa ni,Farihah ?" Tanya Sara bergegas ke arah anaknya.

"Farihah nak pergi ke rumah Tok mi boleh tak mama ?" Tanya Farihah.

"Huh ! Farihah ni buat mama terkejut sahaja,ingat apa tadi" Kata Sara menghembus nafas lega.

"I'm sorry" Kata Farihah sambil menundukkan mukanya.

"Sayang,mama tak marah pun nanti lepas ni kita pergi rumah tok mi" Kata Sara sambil memegang wajah Farihah.

"Betul ni mama ?" kata Farihah sambil tersengih,Sara sekadar mengangguk sahaja.

"Yeah pergi rumah tok mi boleh jumpa dengan Mak su Fanirah" Kata Farihah sambil mengangkat tangannya.

"Jumpa mak Su Fanirah je ? Tok mi dan Tok daddy kamu tak nak jumpa ?" Tanya Sara sambil mengangkat keningnya.

"Of course Farihah nak jumpa tok mi dan tok daddy juga" Kata Farihah.

"Ya mama tahu,mama saja nak test kamu tadi" Kata Sara sambil tersengih dan mengusap belakang Farihah.

"I know" Kata Farihah sambil mencucuk-cucuk pipi Sara.

"Harraz" Kata Sara sambil merenung wajah Farihah.

'Kelakuan Farihah sama seperti Harraz' Detik hati Sara

"Mama kenapa ? Tiba-tiba sebut nama papa ? Mama rindu papa ?" Tanya Farihah.

"Maaflah tiba-tiba mama terikutkan perasaan" Kata Sara sambil mengusap kepala Farihah.

"Tak apa Farihah faham" Kata Farihah sambil tersenyum.

"Sekarang Farihah pergi mandi selepas itu kita pergi rumah tok mi" Kata Sara sambil menyuruh anaknya masuk ke dalam tandas.

"Okey mama" Kata Farihah.

"Assalamualaikum" Sara mengetuk pintu rumah mak mertuannya.

"Waalaikumussalam" Datin seri Ayuni membukakan pintu rumahnya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now