DS 22

10.6K 249 2
                                    

BLOUSE bercorak bunga-bunga kecil yang berwarna biru dan seluar hitam diambil dari dalam almari oleh Sara.

"Tak sabarnya nak pergi pantai" Kata Sara dengan gembira. Dia begitu teruja kerana dia akan pergi bercuti dengan Harraz.

"Excitednya dia nak pergi pantai" Kata Harraz yang baru selesai mandi dan mengambil pakaiannya yang telah disiapkan Sara yang mana diletakkan baju dan seluar di atas katil.

"Mestilah excited, dah lama Sara tak pergi pantai, nanti kita minum air kelapa ya awak" Kata Sara sambil tersengih ke arah Harraz.

"Nak minum air kelapa saja?" Soal Harraz sambil menyarung baju ke badannya.

"Ada banyak lagi tapi kena kongsi sebab makanan yang Sara nak makan nanti banyak, Sara dah listkan dalam otak Sara semalam" Kata Sara sambil menilik dirinya di cermin.

"Mestilah kena kongsi baru sweet" Kata Harraz.

"Awak cepatlah nanti lambat sampai" Kata Sara kepada Harraz yang sedang menarik bagasi manakala Sara sudah berjalan mendahului Harraz.

"Amboi ! Suka hati dia saja nak mengarah orang padahal dalam bagasi barang dia yang banyak" Kata Harraz lalu meletakkan beg ke dalam bonet kereta.

"Sorry, sorry" Sara tersengih sambil menyatukan dua telapak tangannya sebagai memohon maaf. Lalu, mereka berdua masuk ke dalam kereta.

"Sara masih marahkan abang pasal kejadian hari itu?" Tanya Harraz supaya perkara itu tidak disimpan di fikiran Sara.

"Taklah, buat apa Sara nak marah lagipun awak tak salah pun dan kita dah berbaik kan jadi Sara dah tak nak fikirkan perkara tersebut" Kata Sara.

"Alhamdulillah, Sara mesti yakin yang abang tak akan curang sebab abang dah mula cintakan Sara, bagi abang Sara sahaja isteri abang" Kata Harraz sambil menarik nafas lega. Dia jujur pada Sara yang dia sebetulnya cintakan Sara.

"Saya percaya dan Sara nak minta maaf sebab hari itu Sara tak sengaja tengking awak, Sara pun cintakan awak" Kata Sara.

"It's okey, bukan salah Sara pun lagipun abang pasti semua perempuan akan buat macam Sara buat kalau lihat suami dia bersama perempuan lain" Kata Harraz.

"Tahu tak apa tapi kan Sara laparlah" Kata Sara sambil menggosok perutnya yang sudah berbunyi kerana lapar.

" Ingatkan apalah tadi, kalau macam itu kita berhenti makan di kedai yang berada di hadapan sana" Kata Harraz.

"Okey cik suami yang kacak, yeah !" Kata Sara sambil mengangkat tangannya, Harraz memandang Sara pelik.

"Eh ! terlebih pula" Kata Sara lalu menurunkan tangannya. Tiba-tiba terasa malu bersikap sedemikian.

Harraz menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Sara persis kanak-kanak. Senyuman terbit dibibirnya dek kelakuan Sara.

Harraz memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Mereka berdua turun daripada kereta dan berjalan memasuki kedai makan tersebut.

"Ini menunga" Kata pelayan itu sambil memberi 2 menu kepada Harraz dan Sara. Mereka berdua membelek-belek menu tersebut.

"Saya nak nasi putih, kailan ikan masin, tomyam seafood, ice cream green tea, Bandung ais" Pesan Sara.

"Banyaknya Sara makan " Kata Harraz yang terkejut mendengar Sara membuat pesanan. Tak padan dengan badan kecil tapi selera besar !.

"Well lagipun hari ini Sara tak makan lagi, awak pun pesanlah nak makan apa sebab suami saya bayar" Kata Sara yang membuat lawak tapi tak menjadi. Harraz pula membuat muka.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now