"Wow ! Cantiknya bilik ni" Sara berlari memeriksa tandas dan menuju ke balkoni,dia menikmati udara yang segar
Harraz datang ke arahnya dan merangkul pinggang Sara. 'Malam nanti kita keluar' bicara Harraz
"Kita nak pergi mana ?" Tanya Sara sambil memandang wajah Harraz yang kini rapat dengannya.
"Kita bersiar-siar di pantai lagipun pemandangan pada waktu malam sangat cantik" kata Harraz
"Wow ! Bestnya tak sabar nak tunggu malam menjelang" kata Sara dengan begitu teruja
"Tapi malam nanti paket jaket takut Sara sejuk pula lagipun pada waktu malam angin pantai sejuk,so abang pesan awal-awal takut Sara jatuh sakit" Kata Harraz melepaskan tangannya dari melingkari pinggang Sara,Harraz meletakkan tangannya di atas bahu Sara dan memandang wajah Sara.
"Saya tahulah jadi awak tak perlu risau dan kenapa pandang wajah sara lama-lama dah tergodakah ?" Kata Sara lalu tergelak
"If I say yes" Kata Harraz mengangkat keningnya sambil tersenyum senget
"Errr...panasnya, saya pergi mandi dulu" Sara melepaskan diri daripada Harraz dan mengambil tuala di dalam beg pakaian dan segera menuju ke tandas.
Harraz menggeleng melihat Sara. "Tapi seronok juga dapat kacau isteri sendiri" Gumam hati Harraz lalu masuk ke dalam chalet,Dia menutup pintu serta menarik langsir.
"Segarnya !" Sara keluar dengan lengkap berpakaian jubah mandi
"Eh mana Harraz ?" Gumam hatinya apabila melihat Harraz tiada di dalam bilik,Sara segera mencari t-shirt berlengan panjang dan seluar jean biru di dalam beg pakaiannya.
Selepas itu,Sara hanya meletakkan bedak debu safi dan pelembap bibir, Sara menyarungkan shawl biru dikepalanya.
Hasratnya untuk mencari Harraz terbantut kerana Harraz membuka pintu sambil membawa makanan di tangannya.
"Sara nak pergi mana ?" Tanya Harraz sambil meletakkan makanan di atas meja
"Saya nak pergi cari awaklah ,ingatkan dah hilang ke mana" kata Sara lalu membuangkan selendang daripada kepalanya dan diletakkan pada penyangkut baju.
"Abang tak akan kemana so Sara tak perlu risau kerana Abang akan selalu bersama Sara buat selama-lamanya" Kata Harraz mengambil pinggan didalam laci dan memindahkan makanan dari plastik ke dalam pinggan.
"Somtam !" Kata Sara apabila melihat somtam dihidangkan di depan matanya, tangannya baru sahaja ingin mencapai somtam tapi dihalang oleh Harraz
"Kenapa halang saya nak makan somtam ? Tahu tak saya lapar sekarang" Kata Sara sambil membuat muka marah di hadapan Harraz
"Kalau ya pun lapar, biarlah abang baca doa makan dulu" Kata Harraz
"Okey deep" Kata Sara lalu menadah tangan,Harraz membaca doa makan,selesai sahaja Harraz membaca doa makan, Sara segera mencapai somtam di hadapannya, Sara makan dengan penuh berselera
"Tak sangka isteri abang ni kuat makan juga tapi orangnya tetap tak besar-besar" Kata Harraz lalu menyuapkan colek perut ke dalam mulutnya
"Jangan disangka kecil-kecil makan sikit, Jangan disangka besar-besar makan banyak" Kata Sara
"Ni first time abang dengar ukapan seperti, Sara copy paste ayat siapa ?" Kata Harraz sambil ketawa perlahan
"Ayat Sara sendirilah, buat apa copy paste ayat orang macamlah kita ni bodoh tak pandai reka ayat sendiri" Kata Sara lalu meneguk air kelapa
"Apabila Puan Sara berbicara" Kata Harraz lalu mengambil somtam dan menyuapkannya ke dalam mulut.
"Awak..saya nak tu" Kata Sara lalu memuncungkan bibirnya menunjukkan colek perut yang berada berdekatan dengan Harraz
"Ambillah" Harraz menghulurkan pinggan kepada Sara.
"Tak nak makan sendiri, nak awak suapkan." Kata Sara lalu menganga mulutnya di hadapan Harraz
"Makan sendirilah, kan dah besar bukannya baby lagi yang perlu disuap" kata Harraz
"Saya masih baby , so please suap tak akan awak nak tengok baby kelaparan, kalau baby ni menangis susah awak nanti" kata Sara lalu menganga mulutnya
"Nah ! Baby Sara" Harraz menyuapkan colek perut ke dalam mulut Sara
"Sedap" Kata Sara sambil tersengih dan mengunyah perut yang berada di dalam mulutnya
"Sedaplah orang tolong suapkan" Kata Harraz sambil mencuit hidung Sara
"Yes,itu betul awak pun nak juga,nanti mommy Sara suapkan baby Harraz" Kata Sara lalu tergelak, susah untuk dia bayangkan Harraz jadi baby.
"Sindir nampaknya" Kata Harraz lalu menunjukkan muka masam di hadapan Sara
"Alololo baby Harraz janganlah merajuk nanti mommy Sara bancuhkan susu" Kata Sara lalu tergelak
"Dahlah Abang nak mandi" Kata Harraz lalu mengambil tuala dan menuju ke tandas.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...